Powered By Blogger

Monday, August 29, 2011

Sentiasa Berterima Kasih





Saya hakikatnya dipilih.

Walaupun saya memilih.

Sebab itu saya sentiasa berterima kasih.

Kerana saya sedar diri yang sebenarnya terpilih.



salam lebaran dari pekerja DIA ;

Faizal Ismail 

mintak maaf bnyk2 ^_^

Tuesday, August 23, 2011

Apakah nilai seorang perempuan solehah?







Berapakah harganya di sisi Allah SWT?

Jawab Al-Khawarizmi, pakar Matematik Islam:
......


Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang '1" tiada...

Maka, tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali nilai " 0"

oleh itu,nilailah diri anda wahai wanita 

anda mampu melakukan yang terbaik

Sunday, August 14, 2011

Ikhlas Seperti Membuang Hajat



Ikhlas Seperti Membuang Hajat .

Anda percaya ?

Mari kita lihat ;
1) Tidak pernah menghitung jumlah kotoran yang dia keluarkan.
2) Tidak pernah berusaha untuk menahan-nahan kotoran yang akan dikeluarkan itu.
3) Tiada penyesalan dan tidak pernah mengharapkan kotoran itu untuk diambil kembali.
4) Tidak pernah mengungkit-ungkit kembali tentang kotoran yang sudah dikeluarkan itu.
5) Tidak suka diceritakan pada yang lain .
6) Dan tentu sahaja , merasa lega setelah membuang kotoran tersebut bukan membuatnya tersiksa.

Sama atau tidak ?

Begitulah ikhlas yang perlu kita amalkan ;
1) Tidak pernah menghitung jumlah ikhlas yang dilakukan.
2) Tidak pernah berusaha untuk menagguh-nangguhkan melakukan perkara yang di niatkan ikhlas .
3) Tiada penyesalan dan tidak pernah mengharapkan balsan dari keihlasan yang dilakukan.
4) Tidak pernah mengungkit-ungkit kembali tentang perkara ikhlas yang sudah dilakukan itu.
5) Tidak suka menceritakan akan apa yang dilakukan .

Jom kita ikhlas !

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya





Ramadhan ; Rindu Ramadhan


Moga terhibur dan bermnfaat.... ^_^

Wednesday, August 10, 2011

Sunday, August 7, 2011

Bicara Ayat-Ayat Cinta ; Adakah kita begitu?




Jika kita rasa malas, berat & tidak bersemangat membaca Al-Quran. 

Ada satu signal yang perlu kita amati . Apakah tanda itu?

Itu tanda kekerasan hati & kesannya ialah kita akan ditimpa 

kesusahan di dunia,
 
terhimpit dengan pelbagai masalah kehidupan 

dan diancam dengan azab di akhirat. 

Sebaliknya jika sentiasa akrab dengan Al-Quran, 

hati akan menjadi lembut dan jernih, 

fikiran menjadi cerdas, 

perasaan kian tenteram & anggota badan menjadi cergas.
 
Adakah kita begitu?