Powered By Blogger
Showing posts with label faizal records. Show all posts
Showing posts with label faizal records. Show all posts

Sunday, October 7, 2012

Mula Kembali . Moga Istiqamah , Itu HarapanKu




Bergerak kearah yang Allah redha .

Moga-moga , selepas kerehatan dalam bidang penulisan yang agak lama , dan permulaan untuk hari ini , akan menjadi istiqamah untuk meneruskan usaha yang kecil ini .

Untuk permulaan , satu sahaja yang ingin saya kongsikan ialah , "Mari Perbaiki Diri".


Tuesday, May 29, 2012

Menuju Pintu Harapan



Rasanya dah lama tidak berpuisi .
Kali ni berpusi , menggantikan AWAN.
Moga ada manfaat untuk kita semua .
|
|
|
|
|
|
|

Aku menuju pintu harapan diwaktu
manusia lain sedang tidur .
Aku menuju pintu harapan kerana keyakinan
tetang sebuah harapan .

Sebuah harapan tentang perjalanan
Sebuah perjalanan yang bakal menemukan aku dengan pelbagai ragam
Kerana itu aku perlu menuju pintu harapan
Agar aku tidak lagi berhenti kerana ketandusan .

Menuju pintu harapan diwaktu
manusia lain sedang tidur .
Mengadu tentang diriku , mengadu tentang perjalanan
mengadu tentang cinta , menanam sebuah harapan
Agar aku sentiasa dibawah perlindungan Dia diwaktu perjalanan.

Ia juga tentang cinta .
Ya cinta dan harapan .



Tuesday, May 22, 2012

Keluarga Pendakwah , Terbaik Sungguh !




Setiap yang bergelar Muslim itu adalah pendakwah . Meraka berperanan sebagai agen dakwah untuk menyebarkan Islam .

Dakwah itu bermula dari sekecil dan seremah-remeh perkara kepada sebesar dan sepenting perkara kerana hanya Islamlah satu-satunya agama yang mengambil berat akan hal tersebut .

Belajar menjadi pendakwah dari ibu bapa . Mungkin nampak macam aneh , tapi itulah kepastian .

“Bangun , pergi sembahyang sekarang ”

“Nak makan kene baca doa dulu”

“Kalau kamu sayang ummi dan abi , pasti Allah sayang kamu juga ”

Ini cuma sekadar perbulan biasa , namun luar biasa kesannya . Ya , luar biasa . Kerana kata-kata dan didikan itulah , kita dapat merasai Islam yang dibina sejak bermula dari rumah . Dengan kata-kata itu jugalah , kita hari ini mampu lagi mempertahankan akidah kita .

Mungkin nampak mudah , tetapi dengan belaian dan jambatan hati yang di bina antara anak dan ibu bapanya , dapat melahirkan anak yang soleh , anak yang mampu berkhidmat untuk orang tuanya .

Inilah kesan dakwah yang bermula dari rumah . Segala-galanya bermula dengan usaha dari seorang ibu dan keringat dari seorang ayah .

Jika usaha ini berterusan , maka akan berteruslah cahaya dakwah kepada beberapa generasi yang akan datang .

Mungkin juga doleh dikatakan MLM dalam bidang dakwah ^^

  


Saturday, May 5, 2012

Muhasabah



Muhasabah tidak semestinya pada perkara yang gagal sahaja , bahkan ia perlu dalam setiap perkara yang dilakukan sama ada kejayaan telah dicapai atau masih dalam usaha untuk mencapai kejayaan .

Orang yang gagal seharusnya bersyukur kerana tidak diuji dengan nikmat dan kejayaan sepertimana 
ujian buat orang yang berjaya .



Friday, May 4, 2012

AWAN ; Maher Zain




AWAN ? Maher Zain ?
Kali ini , cerita tentang pemberian .
Erti hidup pada memberi ?
Moga bermanfaat untuk semua termasuk saya .
|
|
|
|
|
|
|

“Abang tunggu tempat biasa ye” , pesanku.

“Terima kasih abang” , jawab isteriku.

“Sama-sama sayang”

Aku tersenyum . Salamnya mengakhiri perbualan kami .

Cermin sisi kereta aku betulkan .Aisyah dan Humairah masih lagi leka dengan buku yang baru sahaja aku belikan tadi . Memang perlu dilatih sejak kecil lagi , agar mereka sudah terbiasa dengan suasana membaca .

Aisyah dengan celoteh bersama adiknya membuatkan aku tersenyum dan ketawa sendirian . Seakan ibunya . Tingkah lakunya buat aku senang disamping Humairah yang mula belajar celoteh bersama kakaknya .

“Aisyah , nak jadi macam ibu tak ?” , tanyaku kepadanya .

“Jadi apa ayah ?”, mudah jawapanya .

“Jadi doktor”

“Doktor tu apa ?” , pertanyaan .

“Aisyah ingat lagi tak , waktu Humairah sakit dulu , kan ibu bawa jumpa doktor . Ingat lagi tak ?”

“Owhh ingat – ingat” , ketawa dia menjawab pertanyaanku.


“Kalau jadi doktor , boleh tolong orang . Nanti  semua sayang kat kita . Allah sayang , ayah sayang , ibu sayang , Humairah sayang , semua sayang . nak tak ?”

“Nak – nak” , manja . Seakan meniru gaya Upin Ipin.

Aku tersenyum .

 “Hidup untuk memberi sebanyak-banyaknya , bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya ” . Begitulah pesanan terakhir yang sempat aku kutip sebelum aku meninggalkan alam persekolahan . Tugas sebagai BADAR di asrama sungguh mengajar aku erti sebuah kehidupan .

Punat kekunci pintu kereta kutekan . Isteriku masuk . Senyumannya manis ditambah lagi kehadiran dua puteri kesayangannya .

“Ibu , tadi Aisyah dah ngaji ” , sapa Aisyah kepada isteriku.

“Bagusnya anak ibu .Ngaji dengan siapa ?”

“Dengan ayah la” , jawabnya dengan nada riang . Mana tidaknya , dipuji ibunya yang tercinta .

“Pandainya anak ibu ni” , kata isteriku sambil menggosok sedikit kepala dua puteri kesayangannya .

“Sayang , cuba tengok dalam beg plastik tu ada apa” , aku mengarahkan isteriku melihat hadiah yang ku belikan untuknya sedang aku , mula untuk fokus pada pemanduan .

“CD Maher Zain ?”

“Ha`ah la . Takkan CD Lady Gaga pula”

“Abang ni , suka manjakan sayang sangat tau . Apa-apa pun terima kasih ya abang sayang”

Aku mula menarik perhatian Aisyah manakala Humairah sudah mula bergerak kepangkuan ibunya .

“Aisyah nak tau tak , dulu ayah bersaing dengan Maher Zain untuk kahwin dengan ibu . Tapi nasib baik , ibu pilih ayah” , ceritaku kepada Aisyah.

“Abang ni....” , isteriku menjelingku dengan sedikit malu .

Pinggangku dicubit manja .

Aisyah hanya tersenyum . Mungkin belum lagi memahami apa yang cuba aku sampaikan .

Aku dan isteriku tersenyum . Suasana didalam kereta bertambah ceria .

“Tiba-tiba abang teringat cikgu Hasni , cikgu sekolah MRSM kita . Sayang ingat lagi ?” , tanyaku.

“Ingat , tapi kenapa tiba-tiba teringat”, soalnya .

“Sebab dia pernah pesan kat abang sebelum abang tinggalkan sekolah lepas SPM dulu . Dia cakap , hidup ini memang untuk berbakti sebagai bekalan di sana yang kekal abadi . Hidup untuk memberi sebanyak-banyknya , bukan menerima sebanyak-banyaknya”

Isteriku tersenyum .

“Maka apalah gunanya hidup ini kalau tidak mampu berbakti sesama makluk . Hubungan dengan Allah kita jaga , hubungan dengan hamba kita pelihara , pasti hidup jadi bahagia .  Maka tidak teragak-agak kalau abang katakan , yang abang bangga dan syukur sebab , isteri abang salah seorang dari penggerak-penggerak jiwa menyebarkan kebaikan . Moga apa yang sayang usahakan sampai pada pengetaran jiwa anak-anak kita” , sambungku.

“Abang pun apa kurangnya . Seorang motivatior yang mampu menggetarkan jiwa yang mendengar setiap bicara abang . Bukankah itu juga jariah , khidmat , pemberian ? Sayang lagi bertuah sebab dapat abang sebagai suami . Malah , setia menunggu sayang dan bergerak untuk membawa sayang kearah yang Allah reda” , balas isteriku sambil memandang wajahku .

“Itulah tandanya sayang . Sebab , kalau sayang , kita akan membawa orang yang kita sayangi bergerak kearah syurga dan reda Allah dan bukannya murka serta neraka Allah” , jawabku .

Kami tersenyum . Syukur . 

Tuesday, May 1, 2012

Paradise






I remember when I first met you
I felt that God answered my call
There was that one place I always thought about
And I just wanted to be there with you
The place that no eye has ever seen
The place that no heart has ever perceived
I had a great feeling inside of me
That one day I’ll be there with you
And now that we’re here feeling so good
About all the things that we went through
Knowing that God is pleased with us too
It’s not a dream, this is so true
Feeling the peace all around
Seeing things we could never imagine
Hearing the sound of rivers flow
And we know we’ll be here forever
The feeling is indescribable
Knowing that this is our reward
Do you remember the hard times we went through?
And those days we used to argue
But there was not one thing that could bring us down
‘Cause we always had in our minds
The place that no eye has ever seen
The place that no heart has ever perceived
The place we’ve been promised to live in forever
And best of all, it’s just me and you
I remember us praying at night
And just dreaming about this together
I’m so blessed to have you in my life
And now we can enjoy these blessings forever
Paradise is where we are now
Paradise, a dream come true
Paradise, O what a feeling!
Paradise, thank You Allah!
---------------------

Lagu ni ada orang hantar kat email saya .
Maka dengan tersenyumnya , saya kongsikan bersama kalian .
Moga bermanfaat untuk semua khususnya buat saya .
Lagu ni dinyanyikan Maher Zain dalam album 'Forgive Me' .
^^

Saturday, March 3, 2012

AWAN ; Sayang , Kerana Allah




AWAN kali ini berkaitan kerana Allah .

Sejauh mana kita buat sesuatu itu kerana Allah ?

Moga bermanfaat terutamanya buat saya .

Bonus kali ini , watak utama dah ada anak . 

|
|
|
|
|
|

Hujan masih lagi membasalahi bumi Bangi pada malam ini . Dan aku masih lagi bersama isteriku duduk di atas sofa merah di ruang tamu . Isteriku membaringkan kepalanya di atas bahuku sedang aku masih lagi memegang erat jari jemarinya .


Macam orang yang baru bercinta pun ada juga . 


Tiba-tiba terdengar satu suara yang menggetarkan tubuhku .


"Sayang abang sangat-sangat . Rindu abang sangat-sangat"


Tersenyum . Itu luahan isteriku .


"Sayang sayang juga . Lagi sayang dari sayang , sayang abang . Kira lagi hebatla sayang abang untuk sayang  " , balas ku dengan nada memujuk .


Kami ketawa bersama . Wajahnya berubah kemerah-merahan tanda malu.

“Sayang abang ni , masih tak paham lagi ehh ?” , tanya ku sambil memegang tangan isteriku .

Hangat . Terasa getaran dari isteriku.

“Tak paham lagi la”, mudah jawabnya .

Mukanya menjadi kelat seketika . Mulutnya dicemekkan sedikit , tanda minta penjelasan dari ku .

Aku mengukirkan senyuman . Dahinya ku cium . Tersenyum seketika kami .

“Hmmm........”

“Sayang ingat lagi tak waktu kita bercinta dulu ? Masa tu , kita jarang berhubung ditambah pula dengan syarat cinta kita yang memerlukan kita membuat persedian diri sebelum akad . Ingat lagi tak sayang abang ni ? ” , tanyaku sebagai memulakan perbualan .

“Ha`ah ingat lagi . Masa tu abang pesan , kita kena persiapakan diri dulu sebab, kita nak keputusan yang baik untuk bakal anak-anak kita ” , jawab isteriku dengan senyuman .

“Ingat lagi tak pesan abang ? ”

“Pesan yang mana ek ? Pesan tentang perubahan kah ? ”

Keningnya diangkatkan sedikit .

“Ha`ah . Masa itu , abang pesan , kalau kita nak berubah , jangan sesekali berubah kerana manusia , tapi berubah kerana Allah ” , jawab ku sambil tersenyum .

“Ingat lagi abang ” , balas isteriku .

“Okey , jom kita muhasabah balik . Hakikatnya , kita ini manusia . Manusia ini nak mudah je kerjanya. Nak itu , nak ini , tapi nak mudah je . Kadang-kadang , manusia ni juga suka menunjuk-nunjuk . Lakukan perubahan , tapi bersebab . Sebabnya kerana duniawi , bukan datangnya perubahan dek kerana timbul dari hati . Lakukan perubahan bukan kerana Allah ”

Matanya memandangku dengan penuh perhatian .

“Bila manusia lakukan perubahan kerana manusia , dan bukanya kerana Allah , maka keputusannya dapatlah macam apa yang dia akan dapat . Ya , dia akan berubah , tapi dia kan penat . Sebabnya , manusia terhad pada penglihatanya untuk melihat perubahannya itu . Tapi jika dia lakukan perubahan kerana Allah , maka dia kan bahagia , kerana penglihatan Allah tidak terhad  ”

“Macam amalan juga . Kalau kita lakukan sesuatu amalan itu just kerana seseorang , tapi bukan kerana Allah dan tak ikhlas , maka kita akan penat . Percaya tak ? Lihat je orang disekeliling kita . Mereka bekerja , tapi mereka akan terasa penat . Jawapannya mudah sebab , mereka bekerja bukan kerana Allah , tetapi mereka bekerja kerana sesuatu . Ya , kerana sesuatu . Tapi , cube kita lihat mereka yang bekerja ihklas kerana Allah , mereka akan tenang je . Kalau penat pown , penat sebab letih , bukan penat macam yang bekerja kerana sesuatu ” , tambahku .

Isteriku menambah “Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.”

Kami tersenyum . Syukur kerana aku dikurniakan isteri yang memahami.

Dari riak wajahnya , aku tahu yang dia sudah mengerti .

“Kerana kita hamba , maka kita memang layak diuji ” , bisik hatiku.

Tiba-tiba kedengaran satu suara .

“Ibu , Humairah koyakkan kertas along . Macam mana along nak colour ?” , ngadu anak sulung kami , Aisyah .

Aisyah anak sulong kami , manakala Humairah merupakan adik kepada Aisyah .

“Aisyah nak colour apa ? ”tanyaku sambil memujuk .

“Aisyah nak colur pelangi , macam blog ayah tu ” , jawabnya dengan senyuman .



Wednesday, February 15, 2012

AWAN ; Doa Dengan Yakin


( Gambar sekadar hiasan sahaja ^^ )

Perjalanan AWAN diteruskan dengan doa.
Moga ada manfaat untuk kita bersama termasuk saya .

|
|
|
|
|
|

Awak , ari tu kami melawat sedara saya yang baru balik haji . Tenanag je bila tengok dia orang , rasa sayu je , tiba-tiba rasa nak pergi sana . Tapi , saya nak pergi dengan awak . Boleh tak ? Maksud saya kita pergi sana waktu kita dah halal lah ehh

-----------------------------------------------------------------------------

Jam sudah menunjukkan jam 2 pagi . Kami masih menghabiskan masa di dalam kawasan Masjidil Haram , menghadap ke arah Ka`abah . Sayu dan syahdu malam ini .

Hasrat yang sudah lama kami mohon bersama akhirnya Allah bagi juga jalan untuk mencapainya . Malam ini adalah malam terakhir kami di sini , kerana esok kami akan pulang ke Malaysia. Maka , sudah sempurnalah ibadah umrah kami .

“Sayang , rapat sikit dengan abang . Ada someting yang abang nak cakap ” , aku memulakan bicara dengan isteriku .

“Apew pulak tak boleh . Sayakan isteri abang . Bukankah , isteri itu sentisa dekat dengan suami ? Tapi , abang nak cakap apa ek ? Berdebar pulak saya”, balas isteriku dengan iringan senyum yang menguntum.

“Sebelum abang nak beritahu , abang nak nyanyi sikit boleh ? Tapi syaratnya , sayang kene pejam mata dulu . Cari feeling , sebab suara abang tak berapa sedap . Manalah tau kalau sayang pejam mata , tiba-tiba suara abang jadi sedap”, aku membalas.

“Abang ni , suka sakat saya kan. Okey , cepatlah nyanyi , dah lama tak dengar abang nyanyi”, isteriku membalas.

Manisnya senyummu menawan kalbuku
Ayu wajahmu pesona bak salju
Lembutnya tingkahmu penyejuk jiwaku
Sopan-santunmu pengikat kasihku

Syukur-syukur pada-Mu ya Esa
Kau kau kurnia dia yang setia
Menemani sepi kembara

Jujur setiamu tiada tandingan
Nur kasihmu membawa bahagia
Senyum tawamu penghibur resahku
Tingkatkan taqwa
Perteguh imanmu

Kusemai kasih ku titip mesra
Ingin kucurahkan rahasia hati ini

Bersatu hati berpadulah jiwa
Bersama kita mencari ridha-Nya
Ya Ar-Rahman..Ya Ar-Rahim
Satukan kami dunia akhirat


Dengan suara bernada perlahan , aku menyanyikan lagu Isteriku dari kumpulan Syifa . Aku perasan , isteriku asyik tersenyum sepanjang nasyid itu aku dendangkan . Pipinya mula kemerah-merahan tanda malu . Walaupun isteriku seorang yang sederhana , namun dia tetap cantik .

Habis sahaja aku nyanyikan lagu itu , aku meminta dia membuka mata dan memandangku .

“Sayang tahu , sejak abang kenal sayang , Allah sedikit sebanyak didik diri abang . Lebih bersemangat , lebih bermatlamat dan lebih bersabar . Malah , Allah didik abang dengan sikap , yakin dengan doa”

Mata isteriku betul-betul memandang kearahku . Perhatiannya diberikan 100% kepada percakapanku. Nampak macam teruja , mungkin juga kerana terkasima dengan suaraku agaknya .

“Abang pernah doa , agar Allah bawa kita samapai ke Baitullah ni . Setiap hari abang doa , malah lepas je sayang beritahu hasrat sayang pada abang , abang mula kumpul duit , mula tanam azam . Paham tak maksud abang ? ”

“Ce abag cerita dulu , saya dengar je dulu”

“Maksudnya , bila kita berhajat sesuatu , jangan lupa doa pada Allah . Hakikatnya , semua yang ada ini Allah yang punya , maka , kita mintaklah pada Dia . Tapi , ramai orang silap dalam ketika doa . Mereka berdoa , tapi hanya sekadar berdoa tanpa usaha . Bukankah Allah mahu lihat usaha kita ? ”

“Kadang-kadang , apa yang kita doa itu , Allah cepat makbulkan . Kadang-kadang juga apa yang kita doa itu Allah lambat makbulkan , malah kadang-kadang doa tersebut langsung Allah tidak makbulkan . Buka bererti Allah tak suka kita atau suka kita , tapi Allah nak uji kita ”

“Tapi , sayang kene ingat bahawa , Allah tahu mana yang terbaik untuk kita . Bila mana Allah lambatkan atau tangguhkan doa hambanya , sebenarnya Allah sedang mendidik dan mengujinya . Ya , menguji kesabaran dan keimanannya sebagai hamba . Malah mereka ini Allah didik mereka dengan sifat istiqamah dan tidak mudah putus asa . Tujuannya mungkin Allah nak pagar hati dan imannya agar bila dah dapat apa yg di hajati , tak mudah bangga diri , lupa Allah , malah tinggalkan ibadat”

“Bagi yang Allah tak makbulkan doanya , Allah tahu mana yang terbaik untuknya . Mungkin dia tak dapat apa yg dia hajati , tapi mungkin Allah dah aturkan sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang dia hajati . Malah , kalau kita perhatikan , orang-orang dari golongan ini , Allah tawarkannya dengan ketenangan hati . Pernah alami kan ? ”

Isteriku tersenyum mendengar apa yang aku sampaikan . Dia membetulkan cermin matanya . Bahasa tubuhnya menandakan bahawa , dia paham akan apa yang aku cuba sampaikan .

“Sya, abang nak ucap selamat hari lahir . Semoga dengan bertambahnya usia sayang , maka bertambahlah usaha sayang untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik . Bila dah tambah umur ini juga , harap-harap bertambahlah juga ketaatan dan ketaqwaan dan jauh dari kemurkaan .Moga-moga , sayang abang ni boleh jadi isteri yang solehah , ibu yang mithali . Doktor yang beriman . Abang tak ada hadiah , tapi Allah bantu abang untuk realisasikan hajat sayang sembilan tahun lepas . Kira macam hadah jugalah eh”

Aku tersenyum .

“Hari-hari saya dapat hadiah . Hadiah berkongsi hidup dengan abang . Rasa bahagia dan selamat je bila abang ada dengan saya . Alhamdulilah , saya tak tau nak cakap macam mana lagi . Sangat-sangat terharu . Allah sahaja yang tahu apa perasaan saya sekarang . Terima kasih abang . Terima kasih ” , kain telekungnya basah dek mutiara jernih yang mengalir tanda syukur. Isteriku seorang yang cukup sensitif , mudah sahaja mengalirkan air mata .

Sangat terharu . Sayu .

Aku hanya sekadar tersenyum tanda syukur . Tahan punya tahan , maka ia mengalir juga . Kami sama-sama mengalirkan air mata kesyukuran atas nikmat ini dan atas doa kami yang telah Allah makbulkan .

Tiba-tiba , isteriku diam . Air matanya dikesat . Senyum manjanya di ukur kembali . Perutnya di gosok-gosok .

“Abang , yang dalam perut ni pula , Allah hadiahkan untuk abang . Abang dah nak jadi ayah , dan sayang dan nak jadi ibu  ”

Aku terdiam . Terkasima seketika . Alhamdulilah , itu perkataan pertama yang aku keluarkan dari kotak mulutku . Mengeletar seluruh tubuhku , hanya Allah sahaja tahu betapa gembiranya aku pada saat itu . Syukur.

Isteriku menambah , "Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih."

Sebelum pulang ke hotel , kami sempat melakukan solat sunnat hajat dan sujud syukur . Sewaktu perjalanan pulang , isteriku sempat lagi mengusik .

“Jal oh Jal . Sweet sungguh la suami saya . Romantik sungguh , ni yang saya sayang sangat ni ”


Sunday, February 12, 2012

AWAN ; Belajar Dari Ikan





Pantas aku mengeluarkan telefon pintarku. Nama isteriku kucari, dan kemudian punat dail kutekan.

Aku menunggu.

Kedengaran panggilanku diangkat. Salamnya mendahului suaraku. Aku tersenyum.

“Ada orang beritahu abang , Adriana Edlina rindu abang. Betul ka ?”

“Mestilah rindu kat abang ”

“Malam ni , abang nak ajak sayang dengan anak-anak kita keluar makan kat luar ”

“Eh , kenapa pelik tiba-tiba ni ? Sayang ada buat salah kah ?”

“Saje je . Dah lama kita tak makan kat luar sama-sama . Lepas isya boleh tak ? Ayang siapkan anak-anak ya . Before that , malam ni , kita pakai baju warna sama eh .”

“Boleh diatur semuanya , tapi , abang nak bawa kami makan di mana ? Ce cerita sikit , kenapa tiba-tiba nak ajak kami keluar makan kat luar . Rasa pelik pulak saya di buatnya?”

“Rahsia . Malam ni baru abang beritahu .”

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - - - - - - - - - - -

“Macam mana kerja di hospital baru , okey tak ? ”

Isteriku tersentak . Mulutnya berhenti dari mengunyah makanan . Soalan yang aku utarakan itu benar-benar mengubah situasi mood kami malam ni .

“Kenapa abang tanya macam tu ? ” , isteriku menyoal.

“Saja nak tanya , manalah tahu ada beza antara Batu Pahat dengan Bangi ni ” , senyumku terukir.

“Beza . Ada yang bezanya . Ada yang baik , ada juga yang tak baiknya . Kadang-kadang , pelik pulak cara diaorang buat kerja . Tak pe la , lama-kelamaan insyaAllah okey ” , isteriku menjawab .

Aku masih lagi kurang berpuas hati dengan jawapannya . Dari bola matanya yang agak berlainan , nampak sangat , ada perkara yang dia sembunyikan .

“Sayang pernah pergi lautkan . Air laut masin kan  ”

Dia menganggukkan kepalanya tanda setuju .

“Pernah tak sayang belajar dari ikan ? ”

Mukanya berubah . Mungkin dia tidak paham akan apa yang aku maksudkan .

“Okey macam ni . Air laut masin , tapi walau semasin-masin mana pun air laut itu , rasa ikan tetap tidak masin . Malah air laut itu lansung tidak mempengaruhi keenakkan rasa ikan tersebut . ”

“Inilah yang kita boleh pelajari dari ikan . Jangan sekali-kali dicorakkan dengan suasana , sekiranya suasana yang kita hadapi itu negatif . Memang ada orang cakap , masuk kandang kambing , kita mengembek , masuk kandang kerbau kita menguak , tapi kita tak bolehlah ambilnya secara mutlak . Mana yang baik kita ikut , mana yang tak baik , tak payahlah terpengaruh ”

Isteriku tersenyum . Bola matanya yang sejak dari tadi agak blur , kita bertukar keseri-serian menandakan dia paham akan apa yang cuba aku sampaikan .

“Kita kene jadi virus . Betul tak bang ? Sebab , kalau situasi kat sekeliling kita tak berapa elok , kita sendiri , kalau boleh menjadi virus untuk menyebarkan kebaikan .”

“Benar sayang . Lepas ni , abang tak nak tengok , bila sayang balik rumah , muka monyok je . Boleh tak sayang abang ni ?” , balasku dengan nada yang agak memujuk.

Tersenyum aku bila melihat keletah Aisyah dan Humairah bila makan ayam goreng kegemarannya .

“Aisyah , Humairah , tolong ayah boleh ? Pergi sebelah ibu , lepas tu tutup mata ibu”

Isteriku terpinga-pinga . Tindakan anak-anaknya yang manja itu benar-benar membuatnya tersenyum.

“ 1 , 2 , 3,  okey bukak mata . Selamat ulang tahun untuk kita sayang . Hari inikan 12 Februari ” , aku menghulurkan Jambangan bunga ros merah bersama sebungkus hadiah .

“Terima kasih abang . Saya ingatkan abang lupa .”

“Mana abang boleh lupa . Abangkan sayang Adriana Edlina . Bidadari abang tu ” , aku menuju kearah isteriku . Pipinya ku cium , diikuti Aisyah dan Humairah .

Hangat . Mungkin , rasa kasih sayang antara kami benar-benar mekar . Moga cinta kami sampai syurga dan Allah reda .

Sunday, February 5, 2012

Langkah 12 Rabiulawal - Sejauh Mana Saya Melangkah




Hari ini , saya masih lagi dapat menghirup dan menikmati cinta .

Hari ini juga , Allah masih pilih saya sebagai senarai yang akan di bangkitkan pada 12 Rabiulawal 1433 bersamaan 5 Februari 2012.

Alhamdulilah , saya dah sampai umur 19 tahun . Tapi itu kalau mengikut pengiraan dalam bulan Islam dan kalau mengikut masihi , saya masih lagi 18 ^^

Maka oleh itu , umur saya mula bertambah . Mula bertambah . Mula bertambah .

Saya terfikir , sejauh mana saya memanfaatkan umur ini ? Sejauh mana saya membina kematangan dalam hidup ini .

Menyingkap 19 tahun yang telah berlalu , teringat saya pada aturan yang Allah telah lakukan . Sampai sekarang , saya macam tak percaya yang saya bergerak sebagai antara penyebar rasa Islam . Sampai sekarang , saya masih tak percaya yang saya dapat melangkah sejauh ini . Mana tidaknya , saya sendiri pernah terlantar di jalan raya dalam keadaan berdarah dan saat itu nyawa saya tergantung-gantung antara langit dan bumi .

19 tahun ini mengajar saya akan erti hidup .

Hidup yang penuh dengan naik turunnya . Hidup yang penuh dengan gegarannya dan cahayanya .

Satu hari , sahabat saya pernah membandingkan umur muda kita dengan umur muda Sultan Muhammad Al-Fateh . Sejauh mana persamaan ? Sejuah mana perbezaan .

Dalam umur lebih kurang 23 tahun , Sultan Muhammad Al-Fateh telah berjaya memimpin Islam dan mengalahkan tembok-tembok nafsu dalam dirinya . Tapi kita ?

Mengikut pengiraan , saya hanya tinggal lagi beberapa tahun untuk menandingiinya . Tapi sejauh mana saya berusaha dan bergerak ?

Semakin bertambah umur kita , semakin bertambah masa untuk kita kembali pada Dia .

Moga Allah jemput saya dan kita semua dalam keadaan kita telah bertaubah malah diterima taubat kita itu dan kita tidak lagi berhutang dengan sesiapa pun .

Moga hari ini menjadi batu lonjakkan untuk saya berubah kearah yang lebih baik dan Allah reda .



Hikmah Rasulullah SAW Dan Buah Limau




Hari ini Maulidur Rasul . Takdir masih lagi bersama kita , untuk sama-sama menikmatinya . 


Setiap tahun , Maulidur Rasul terus di sambut . Tapi sejauh mana , kita menghayati nikmat berada di bulan kelahiran nabi . Sejauh mana , kita melazimi untuk mengambil hikmah dalam setiap teladan yang Rasulullah SAW lazimi . 


Moga -moga , Maulidur Rasul kali menjadi satu batu lonjatan untuk kita lebih mencintai Baginda . Semperna Maulidur Rasul kali ini , ingin saya kongsikan cerita di sebalik hikmah akhlak Rasulullah SAW . Kisah ini berkisah tentang Rasulullah SAW menghadapi buah limau . 


Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.


Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.


Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."


Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Rasulullah SAW Mekar di Hati 




Wednesday, February 1, 2012

Solusi Relasi ; Kaya dan Miskin



Kaya tidak menjadikan kita lebih tinggi harga diri.

Miskin juga tidak menjadikan kita lebih mulia.

Kaya dan miskin boleh menjadi sebab manusia kufur.

Kaya dan miskin juga boleh menjadi sebab manusia bersyukur.

--------------------------------------------------------------------------

Kata-kata ini saya petik dari kata-kata Ustaz Hasrizal . 
Pada saya , kata-kata ini sangat bernyawa .
Kerana itu saya kongsikan di ruangan Solusi Relasi , 
agar jawapan kepada persoalan dan pemasalan kita itu 
dapat memperbaiki hubungan kita dengan Allah . 
Mari bermuhasabah , mari bergerak kearah yang Allah reda.


Tuesday, January 17, 2012

AWAN ; Jika Kamu Bantu Agama Allah , Pasti Allah Bantu Kamu


( Gambar ni just hiasan je , menyerikan lagi penulisan kali ini ^^ )

Siri AWAN meneruskan langkahnya .
Moga Allah reda dan buka hati kita untuk mencintaiNYA 
lebih dari segala-galanya.
|
|
|
|
|
|
|



Kami sama-sama duduk di atas sofa . Walaupun aku keletihan kerana kesibukkan kerja, aku akan sentiasa sembunyikan keletihan aku bila bersamanya kerana , ada ketenangan akan aku peroleh bila bersamanya .

“Abang nak minum air apa ? ”, tanya isteriku dengan nada yang lembut .

“Air oren ” , balas ku dengan senyuman.

“Mana ada air oren kat rumah kita ”

“Air kelapa ? ” , sekali lagi aku membuat permintaan . Kali ini sengaja aku meminta air yang pelik , tanda aku mengusiknya .

“Abang ni. Suka kenakan ayang tau ”

Kami ketawa . Mukanya mula kemerah-merahan tanda malu .

“Abang tau , ayang dah buatkan carrot susu untuk abang kan . Abang nak air tu la”

Dia tersenyum senang . Ketawa.

Kami berkongsi minuman kegemaran , caroot susu . Mungkin inilah orang kata , merpati dua sejoli .

Selepas beberapa minit berlalu , dia membawakan aku segelas caroot susu bersama dua biji coklat ferrero rocher .

“Sya , duduk sebelah abang boleh ?”

“Abang ni manjalah ”

Kami ketawa . Dia mula bergerak kesebelahku . Kepalanya diletakkan di atas bahuku .

“Abang manja ? Bukankah budak manja ni juga yang berjaya ketuk pintu hati ayang ?”

“Sebab budak yang berjaya ketuk hati ayang ni manja , maka ayang terimalah seadanya . Mungkin sebab anak bongsu , sebab itu manjanya terbawa-bawa sampai dah kahwin ” , dia membalas sambil tersenyum .

“Maksudnya di sini , ayang memang suka orang manja la kan ”

“Sebab budak manja tu suami saya , kerana itu saya kena belajar manja dari dia  ”

Kami ketawa . Mukanya kemerah – merahan tanda malu dengan aku .

Dari gerak tubuhnya , ada sesuatu yang ingin di sampaikan . Dia membukakan bungkusan coklat yang di bawanya untukku .

“Abang ni untungkan . Mampu berjuang lebih untuk Islam . Semangatnya lebih kuat dan hebat berbanding perempuan . Cemburu juga saya pada abang sebab saya hanya jaga rumah , jaga anak , kemas rumah . Tertanya-tanya juga , apa sumbangan saya pada Islam ”

Aku tersenyum .


“Sya ku sayang , bukankah kamu juga penyumbang pada Islam . Dari seorang wanita lahir penyumbang kepada ummah . Seorang ulama , nabi hatta penggerak semangat jihad juga lahir dari seorang wanita ”

Dia masih terdiam.

Sambil mencium umbun-umbunnya aku menambah , “ bagaimana kalau perempuan-perempuan berhenti mendidik anak ? Bukankah peratus untuk melahirkan mujahid yang terbilang kian kurang . Bila si isteri tidak menjaga suaminya dengan baik , adakah suaminya mampu bergerak memperjuangkan agamanya dengan sempurna malah menjadi pemimpin tanpa semangat dari seorang isteri ”

“Tidak perlu perempuan menganggkat senjata , tapi kerana seorang perempuan , bisa mencorakkan para pemimpin Islam sejak dari kandungan dan dari rumah . Bukankah itu juga sumbangan ? ”

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” Surah Muhammad ayat 7.

“Jal oh ejal”, dia membalas dengan senyuman tanda paham .