Showing posts with label hamba. Show all posts
Showing posts with label hamba. Show all posts
Wednesday, October 10, 2012
Hujan . Kita Marah . Panas . Kita Bising .
Penyusunan Allah sangat terbaik .
Ya , penyusunan Allah sangat terbaik buat hambaNya . Namun kadang-kala kita menyalahkan Allah sedangkan , setiap penyusunannya sangat terbaik untuk kita .
Hujan . Kita marah . Panas . Kita bising .
Itu dan itulah berulang kali setiap masa , setiap masa .
Satu kisah yang saya ingin kongsikan pada kali ini ialah kisah seorang ulamak pada masa dahulu . Punyai hikmah yang tersendiri di samping kezuhudannya yang tersendiri .
Monday, March 5, 2012
Bicara Yang Menggetarkan Fahri , Adakah Kalian Memerhati
Fahri .
Mungkin ramai yang kenal Fahri .
Seorang pemuda yang begitu sempurna , malah diangkat menjadi
watak utama dalam Ayat-ayat Cinta .
Baik novel hatta filemnya , Ayat-ayat Cinta benar-benar menarik
perhatian masyarakat sama ada di tanah airnya ataupun di Malaysia .
“Saya suka cerita tu . Bagus untuk mereka yang bercinta” ,
respon seorang mahasiswa .
“Saya dah menonton 5 kali filemnya . Novelnya pulak saya dah
khatam empat kali ” , reaksi seorang pelajar perempuan .
Lihat , impaknya sangat besar !
Tapi , Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman El Shirazy hanya
dilihat cinta sebagai tunjang utama . Tapi hakikatnya , Habiburrahman El
Shirazy punya maksud tersirat dalam karya ini . Ya , yang tersirat itu ada pada
babak Fahri bersama jeriji besi didalam tembok penjara bersama lelaki gila .
Adakah kalian memerhati ? .
Baru-baru ini , saya mengambil masa untuk menonton filem itu
sekali lagi , supaya benar-benar hadam akan apa yang cuba disampaikan oleh
lelaki gila tersebut . Terdiam sejenak , terfikir saya dibuatnya .
*****************
Baju Fahri ditarik , “Kau masih ingat lagi Fahri akan apa
yang Yusuf katakan? ” , tanya orang gila itu .
Nafas mereka masing-masing turun naik , turun naik . Orang
gila itu menyambung , “Ya Allah jika memang kehidupan penjara lebih bererti
padaku daripada dunia luar maka aku lebih untuk memilih tinggal dipenjara tapi
dekat dengan Mu daripada aku bersama manusia pendusta”
“Allah sedang berbicara kepadamu tentang SABAR dan
IKHLAS......SABAR dan IKHLAS itulah Islam”
“Tapi apa salah saya pada Allah ” , rungut Fahri .
“Istifar Indonesia , istifar ! Allah sedang memberitahu kamu
supaya jangan sombong ! Ingat siapa diri kamu !” , bicara waras seorang gila .
*****************
Sudah memerhati ? Mungkin ia suatu dialog biasa-biasa , tapi
hakikatnya , ia membawa satu pengajaran yang sangat luar biasa .
Manusia , jangan sombong !
Kalaulah kamu ditakdirkan handsome , punyai suara yang sedap
, berketerampilan , kamu masih lagi memegang staus HAMBA .
Kalaulah kamu merupakan pelajar terbaik , pandai , disukai
ramai orang , fasih bertutur , kamu masih lagi memegang status HAMBA .
Kalaulah kamu ditimpa kemalangan , berbulan-bulan di
hospital , derita sakit itu , derita sakit ini , kamu masih lagi berstatuskan
HAMBA .
Kalaulah kamu dikeji , dihina , masih lagi melakukan
kemungkaran , masih lagi berseronok melakukan perkara yang mengundang marah
Allah , kamu juga berstatus HAMBA .
Maka , sudah menjadi resmi HAMBA ialah , diuji oleh PEMILIK
HAMBA ; ALLAH .
Allah punyai hak keatas kita , maka ALLAH berhak untuk
menguji kita . Maka , hamba yang lupa dirinya sebagai hamba , akan merasa tidak
sedia untuk menerima ujian dari Dia . Dalam taatnya , dengan segera dia melatah
mempersoalkan kewajaranya dirinya menjadi seperti ini , mempersoalkan dirinya
diuji .
“Patutkah manusia
menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ; “kami beriman” ,
sedangkan mereka tidak diuji ? ” ( Al-Ankabut ; 2 )
Maka , di saat kamu menghadapi kesulitan dalam pembelajaran
, difitnah rakan , menghadapi kemalangan , sering merasa duka cita , memeiliki pelbagai nikmat , punyai suami yang memahai maka
ketahuilah , Allah sedang berbicara dengan kamu .
Moga bermanfaat untuk semua termasuk saya .
Saturday, March 3, 2012
AWAN ; Sayang , Kerana Allah
AWAN kali ini berkaitan kerana Allah .
Sejauh mana kita buat sesuatu itu kerana Allah ?
Moga bermanfaat terutamanya buat saya .
Bonus kali ini , watak utama dah ada anak .
|
|
|
|
|
|
Hujan masih lagi membasalahi bumi Bangi pada malam ini . Dan aku masih lagi bersama isteriku duduk di atas sofa merah di ruang tamu . Isteriku membaringkan kepalanya di atas bahuku sedang aku masih lagi memegang erat jari jemarinya .
Macam orang yang baru bercinta pun ada juga .
Tiba-tiba terdengar satu suara yang menggetarkan tubuhku .
"Sayang abang sangat-sangat . Rindu abang sangat-sangat"
Tersenyum . Itu luahan isteriku .
"Sayang sayang juga . Lagi sayang dari sayang , sayang abang . Kira lagi hebatla sayang abang untuk sayang " , balas ku dengan nada memujuk .
Kami ketawa bersama . Wajahnya berubah kemerah-merahan tanda malu.
Macam orang yang baru bercinta pun ada juga .
Tiba-tiba terdengar satu suara yang menggetarkan tubuhku .
"Sayang abang sangat-sangat . Rindu abang sangat-sangat"
Tersenyum . Itu luahan isteriku .
"Sayang sayang juga . Lagi sayang dari sayang , sayang abang . Kira lagi hebatla sayang abang untuk sayang " , balas ku dengan nada memujuk .
Kami ketawa bersama . Wajahnya berubah kemerah-merahan tanda malu.
“Sayang abang ni , masih tak paham lagi ehh ?” , tanya ku sambil
memegang tangan isteriku .
Hangat . Terasa getaran dari isteriku.
“Tak paham lagi la”, mudah jawabnya .
Mukanya menjadi kelat seketika . Mulutnya dicemekkan sedikit ,
tanda minta penjelasan dari ku .
Aku mengukirkan senyuman . Dahinya ku cium . Tersenyum seketika
kami .
“Hmmm........”
“Sayang ingat lagi tak waktu kita bercinta dulu ? Masa tu , kita
jarang berhubung ditambah pula dengan syarat cinta kita yang memerlukan kita
membuat persedian diri sebelum akad . Ingat lagi tak sayang abang ni ? ” ,
tanyaku sebagai memulakan perbualan .
“Ha`ah ingat lagi . Masa tu abang pesan , kita kena persiapakan
diri dulu sebab, kita nak keputusan yang baik untuk bakal anak-anak kita ” ,
jawab isteriku dengan senyuman .
“Ingat lagi tak pesan abang ? ”
“Pesan yang mana ek ? Pesan tentang perubahan kah ? ”
Keningnya diangkatkan sedikit .
“Ha`ah . Masa itu , abang pesan , kalau kita nak berubah , jangan
sesekali berubah kerana manusia , tapi berubah kerana Allah ” , jawab ku sambil
tersenyum .
“Ingat lagi abang ” , balas isteriku .
“Okey , jom kita muhasabah balik . Hakikatnya , kita ini manusia .
Manusia ini nak mudah je kerjanya. Nak itu , nak ini , tapi nak mudah je .
Kadang-kadang , manusia ni juga suka menunjuk-nunjuk . Lakukan perubahan , tapi
bersebab . Sebabnya kerana duniawi , bukan datangnya perubahan dek kerana
timbul dari hati . Lakukan perubahan bukan kerana Allah ”
Matanya memandangku dengan penuh perhatian .
“Bila manusia lakukan perubahan kerana manusia , dan bukanya kerana
Allah , maka keputusannya dapatlah macam apa yang dia akan dapat . Ya , dia
akan berubah , tapi dia kan penat . Sebabnya , manusia terhad pada
penglihatanya untuk melihat perubahannya itu . Tapi jika dia lakukan perubahan
kerana Allah , maka dia kan bahagia , kerana penglihatan Allah tidak terhad ”
“Macam amalan juga . Kalau kita lakukan sesuatu amalan itu just
kerana seseorang , tapi bukan kerana Allah dan tak ikhlas , maka kita akan
penat . Percaya tak ? Lihat je orang disekeliling kita . Mereka bekerja , tapi
mereka akan terasa penat . Jawapannya mudah sebab , mereka bekerja bukan kerana
Allah , tetapi mereka bekerja kerana sesuatu . Ya , kerana sesuatu . Tapi ,
cube kita lihat mereka yang bekerja ihklas kerana Allah , mereka akan tenang je
. Kalau penat pown , penat sebab letih , bukan penat macam yang bekerja kerana
sesuatu ” , tambahku .
Isteriku menambah “Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk
beribadah kepada-Ku.”
Kami tersenyum . Syukur kerana aku dikurniakan isteri yang
memahami.
Dari riak wajahnya , aku tahu yang dia sudah mengerti .
“Kerana kita hamba , maka kita memang layak diuji ” , bisik
hatiku.
Tiba-tiba kedengaran satu suara .
“Ibu , Humairah koyakkan kertas along . Macam mana along nak
colour ?” , ngadu anak sulung kami , Aisyah .
Aisyah anak sulong kami , manakala Humairah merupakan adik kepada
Aisyah .
“Aisyah nak colour apa ? ”tanyaku sambil memujuk .
“Aisyah nak colur pelangi , macam blog ayah tu ” , jawabnya dengan
senyuman .
Friday, March 2, 2012
Bukan Macam Naik Lif
Mahu tingkatkan diri bukannya macam naik lif .
Tekan butang , terus sampai atas bumbung.
Perjalanan panjang dan kita perlu sabar serta istiqamah.
Layak Diuji
HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki
HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji
HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA
HAMBA yang lupa dirinya sebagai HAMBA , tidak bersedia
untuk menerima ujian
------------------------------------------------
" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : 'kami beriman' , sedang mereka tidak diuji ? "
( Al- Ankabut ; 2 )
Wednesday, February 15, 2012
AWAN ; Doa Dengan Yakin
( Gambar sekadar hiasan sahaja ^^ )
Perjalanan AWAN diteruskan dengan doa.
Moga ada manfaat untuk kita bersama termasuk saya .
|
|
|
|
|
|
“Awak , ari tu kami melawat
sedara saya yang baru balik haji . Tenanag je bila tengok dia orang , rasa sayu
je , tiba-tiba rasa nak pergi sana . Tapi , saya nak pergi dengan awak . Boleh
tak ? Maksud saya kita pergi sana waktu kita dah halal lah ehh ”
-----------------------------------------------------------------------------
Jam sudah menunjukkan jam 2 pagi . Kami masih menghabiskan masa di
dalam kawasan Masjidil Haram , menghadap ke arah Ka`abah . Sayu dan syahdu
malam ini .
Hasrat yang sudah lama kami mohon bersama akhirnya Allah bagi juga
jalan untuk mencapainya . Malam ini adalah malam terakhir kami di sini , kerana
esok kami akan pulang ke Malaysia. Maka , sudah sempurnalah ibadah umrah kami .
“Sayang , rapat sikit dengan abang . Ada someting yang abang nak
cakap ” , aku memulakan bicara dengan isteriku .
“Apew pulak tak boleh . Sayakan isteri abang . Bukankah , isteri
itu sentisa dekat dengan suami ? Tapi , abang nak cakap apa ek ? Berdebar pulak
saya”, balas isteriku dengan iringan senyum yang menguntum.
“Sebelum abang nak beritahu , abang nak nyanyi sikit boleh ? Tapi
syaratnya , sayang kene pejam mata dulu . Cari feeling , sebab suara abang tak
berapa sedap . Manalah tau kalau sayang pejam mata , tiba-tiba suara abang jadi
sedap”, aku membalas.
“Abang ni , suka sakat saya kan. Okey , cepatlah nyanyi , dah lama
tak dengar abang nyanyi”, isteriku membalas.
Manisnya
senyummu menawan kalbuku
Ayu
wajahmu pesona bak salju
Lembutnya
tingkahmu penyejuk jiwaku
Sopan-santunmu
pengikat kasihku
Syukur-syukur
pada-Mu ya Esa
Kau
kau kurnia dia yang setia
Menemani
sepi kembara
Jujur
setiamu tiada tandingan
Nur
kasihmu membawa bahagia
Senyum
tawamu penghibur resahku
Tingkatkan
taqwa
Perteguh
imanmu
Kusemai
kasih ku titip mesra
Ingin
kucurahkan rahasia hati ini
Bersatu
hati berpadulah jiwa
Bersama
kita mencari ridha-Nya
Ya
Ar-Rahman..Ya Ar-Rahim
Satukan
kami dunia akhirat
Dengan suara bernada perlahan , aku menyanyikan lagu Isteriku dari
kumpulan Syifa . Aku perasan , isteriku asyik tersenyum sepanjang nasyid itu
aku dendangkan . Pipinya mula kemerah-merahan tanda malu . Walaupun isteriku
seorang yang sederhana , namun dia tetap cantik .
Habis sahaja aku nyanyikan lagu itu , aku meminta dia membuka mata
dan memandangku .
“Sayang tahu , sejak abang kenal sayang , Allah sedikit sebanyak
didik diri abang . Lebih bersemangat , lebih bermatlamat dan lebih bersabar .
Malah , Allah didik abang dengan sikap , yakin dengan doa”
Mata isteriku betul-betul memandang kearahku . Perhatiannya
diberikan 100% kepada percakapanku. Nampak macam teruja , mungkin juga kerana
terkasima dengan suaraku agaknya .
“Abang pernah doa , agar Allah bawa kita samapai ke Baitullah ni .
Setiap hari abang doa , malah lepas je sayang beritahu hasrat sayang pada abang
, abang mula kumpul duit , mula tanam azam . Paham tak maksud abang ? ”
“Ce abag cerita dulu , saya dengar je dulu”
“Maksudnya , bila kita berhajat sesuatu , jangan lupa doa pada
Allah . Hakikatnya , semua yang ada ini Allah yang punya , maka , kita
mintaklah pada Dia . Tapi , ramai orang silap dalam ketika doa . Mereka berdoa
, tapi hanya sekadar berdoa tanpa usaha . Bukankah Allah mahu lihat usaha kita
? ”
“Kadang-kadang , apa yang kita doa itu , Allah cepat makbulkan .
Kadang-kadang juga apa yang kita doa itu Allah lambat makbulkan , malah
kadang-kadang doa tersebut langsung Allah tidak makbulkan . Buka bererti Allah
tak suka kita atau suka kita , tapi Allah nak uji kita ”
“Tapi , sayang kene ingat bahawa , Allah tahu mana yang terbaik
untuk kita . Bila mana Allah lambatkan atau tangguhkan doa hambanya ,
sebenarnya Allah sedang mendidik dan mengujinya . Ya , menguji kesabaran dan
keimanannya sebagai hamba . Malah mereka ini Allah didik mereka dengan sifat
istiqamah dan tidak mudah putus asa . Tujuannya mungkin Allah nak pagar hati
dan imannya agar bila dah dapat apa yg di hajati , tak mudah bangga diri , lupa
Allah , malah tinggalkan ibadat”
“Bagi yang Allah tak makbulkan doanya , Allah tahu mana yang
terbaik untuknya . Mungkin dia tak dapat apa yg dia hajati , tapi mungkin Allah
dah aturkan sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang dia hajati . Malah ,
kalau kita perhatikan , orang-orang dari golongan ini , Allah tawarkannya
dengan ketenangan hati . Pernah alami kan ? ”
Isteriku tersenyum mendengar apa yang aku sampaikan . Dia membetulkan
cermin matanya . Bahasa tubuhnya menandakan bahawa , dia paham akan apa yang
aku cuba sampaikan .
“Sya, abang nak ucap selamat hari lahir . Semoga dengan bertambahnya usia
sayang , maka bertambahlah usaha sayang untuk menjadi hamba Allah yang lebih
baik . Bila dah tambah umur ini juga , harap-harap bertambahlah juga ketaatan
dan ketaqwaan dan jauh dari kemurkaan .Moga-moga , sayang abang ni boleh jadi
isteri yang solehah , ibu yang mithali . Doktor yang beriman . Abang tak ada
hadiah , tapi Allah bantu abang untuk realisasikan hajat sayang sembilan tahun
lepas . Kira macam hadah jugalah eh”
Aku tersenyum .
“Hari-hari saya dapat hadiah . Hadiah berkongsi hidup dengan abang
. Rasa bahagia dan selamat je bila abang ada dengan saya . Alhamdulilah , saya
tak tau nak cakap macam mana lagi . Sangat-sangat terharu . Allah sahaja yang
tahu apa perasaan saya sekarang . Terima kasih abang . Terima kasih ” , kain
telekungnya basah dek mutiara jernih yang mengalir tanda syukur. Isteriku
seorang yang cukup sensitif , mudah sahaja mengalirkan air mata .
Sangat terharu . Sayu .
Aku hanya sekadar tersenyum tanda syukur . Tahan punya tahan ,
maka ia mengalir juga . Kami sama-sama mengalirkan air mata kesyukuran atas nikmat
ini dan atas doa kami yang telah Allah makbulkan .
Tiba-tiba , isteriku diam . Air matanya dikesat . Senyum manjanya
di ukur kembali . Perutnya di gosok-gosok .
“Abang , yang dalam perut ni pula , Allah hadiahkan untuk abang .
Abang dah nak jadi ayah , dan sayang dan nak jadi ibu ”
Aku terdiam . Terkasima seketika . Alhamdulilah , itu perkataan
pertama yang aku keluarkan dari kotak mulutku . Mengeletar seluruh tubuhku ,
hanya Allah sahaja tahu betapa gembiranya aku pada saat itu . Syukur.
Isteriku menambah , "Jika
kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan
jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih."
Sebelum pulang ke hotel ,
kami sempat melakukan solat sunnat hajat dan sujud syukur . Sewaktu
perjalanan pulang , isteriku sempat lagi mengusik .
“Jal oh Jal . Sweet sungguh la suami saya . Romantik sungguh , ni
yang saya sayang sangat ni ”
Wednesday, February 8, 2012
Isteriku
Manisnya senyummu menawan kalbuku
Ayu wajahmu pesona bak salju
Lembutnya tingkahmu penyejuk jiwaku
sopan-santunmu pengikat kasihku
Syukur-syukur pada-Mu ya Rabb....
Kau karuniai dia yang setia
Menemani sepi kembara
Jujur setiamu tiada tandingan
Nur kasihmu membawa bahagia
Senyum tawamu penghibur resahku
Tingkatkan taqwa
Perteguh imanmu
Kusemai kasih titip mesraku
Ingin kucurahkan rahasia hati ini
Bersatu hati berpadulah jiwa
Bersama kita mencari ridha-Nya
Ya Ar-Rahman..Ya Ar-Rahim
Satukan kami dunia akhirat
Syukur-syukur pada-Mu ya Rabb
Kau karuniai dia yang setia
Teguh kasih penawar duka
Jujur setiamu tiada tandingan
Nur kasihmu membawa bahagia
Senyum tawamu penghibur resahku
Tingkatkan taqwa
Perteguh imanmu
--------------------------------------------------------------
Bulan ini , bulan Februari . Bulan cinta palsu .
Bulan di mana orang ramai berpura-pura , berkonon- konon
memberikan cinta pada kekasihnya .
Maka , saya pilih lagu ini sebagai penawar kepada cinta palsu .
Cinta yang lebih bermatlamat .
Menyemai cinta kearah redha Allah dan menyampaikannya sehingga syurga.
Moga bermaanfaat untuk kita semua termasuk saya .
Sunday, February 5, 2012
Langkah 12 Rabiulawal - Sejauh Mana Saya Melangkah
Hari ini , saya masih lagi dapat menghirup dan menikmati cinta .
Hari ini juga , Allah masih pilih saya sebagai senarai yang
akan di bangkitkan pada 12 Rabiulawal 1433 bersamaan 5 Februari 2012.
Alhamdulilah , saya dah sampai umur 19 tahun . Tapi itu
kalau mengikut pengiraan dalam bulan Islam dan kalau mengikut masihi , saya
masih lagi 18 ^^
Maka oleh itu , umur saya mula bertambah . Mula bertambah .
Mula bertambah .
Saya terfikir , sejauh mana saya memanfaatkan umur ini ?
Sejauh mana saya membina kematangan dalam hidup ini .
Menyingkap 19 tahun yang telah berlalu , teringat saya pada
aturan yang Allah telah lakukan . Sampai sekarang , saya macam tak percaya yang
saya bergerak sebagai antara penyebar rasa Islam . Sampai sekarang , saya masih
tak percaya yang saya dapat melangkah sejauh ini . Mana tidaknya , saya sendiri
pernah terlantar di jalan raya dalam keadaan berdarah dan saat itu nyawa saya
tergantung-gantung antara langit dan bumi .
19 tahun ini mengajar saya akan erti hidup .
Hidup yang penuh dengan naik turunnya . Hidup yang penuh
dengan gegarannya dan cahayanya .
Satu hari , sahabat saya pernah membandingkan umur muda kita
dengan umur muda Sultan Muhammad Al-Fateh . Sejauh mana persamaan ? Sejuah mana
perbezaan .
Dalam umur lebih kurang 23 tahun , Sultan Muhammad Al-Fateh
telah berjaya memimpin Islam dan mengalahkan tembok-tembok nafsu dalam dirinya
. Tapi kita ?
Mengikut pengiraan , saya hanya tinggal lagi beberapa tahun
untuk menandingiinya . Tapi sejauh mana saya berusaha dan bergerak ?
Semakin bertambah umur kita , semakin bertambah masa untuk
kita kembali pada Dia .
Moga Allah jemput saya dan kita semua dalam keadaan kita
telah bertaubah malah diterima taubat kita itu dan kita tidak lagi berhutang
dengan sesiapa pun .
Moga hari ini menjadi batu lonjakkan untuk saya berubah
kearah yang lebih baik dan Allah reda .
Wednesday, February 1, 2012
Solusi Relasi ; Kaya dan Miskin
Kaya tidak menjadikan kita lebih tinggi harga diri.
Miskin juga tidak menjadikan kita lebih mulia.
Kaya dan miskin boleh menjadi sebab manusia kufur.
Kaya dan miskin juga boleh menjadi sebab manusia bersyukur.
--------------------------------------------------------------------------
Kata-kata ini saya petik dari kata-kata Ustaz Hasrizal .
Pada saya , kata-kata ini sangat bernyawa .
Kerana itu saya kongsikan di ruangan Solusi Relasi ,
agar jawapan kepada persoalan dan pemasalan kita itu
dapat memperbaiki hubungan kita dengan Allah .
Mari bermuhasabah , mari bergerak kearah yang Allah reda.
Sunday, January 15, 2012
Solusi Relasi ; Berbuat Baik
Solusi Relasi . Slot terbaru saya .
Kenapa Solusi Relasi ?
Jawapannya , penyelesaian pada perhubungan dengan Rabbi .
InsyaAllah , sebulan dua kali . Kali ini , lebih mudah dan santai .
Istimewa kali ini , boleh dapatkan juga di facebook saya .
Moga Allah bantu kita ^^
|
|
|
|
|
|
|
Berbuat baik itu bahagia .
Ada ketenangan terselit disana .
Jom jadi baik , jom sebarkan bahagia
^^
Wednesday, January 11, 2012
Solusi Untuk Bahagia dan Tenang
Ramai yang mengatakan mereka tidak berasa bahagia dan tenang .
Maka , jawapan bagi persoalan tersebut ialah
kembali mengingati Allah .
Bagaimana caranya ?
Baca Al-Quran dan tidak tinggalkan solat.
---------------------------------------------------------------
Dah solat , dah baca Al-Quran tapi
masih lagi belum bahagia dan tenang .
Solusinya , mengingati Allah dalam setiap perkara dan bukan hanya
ketika solat dan baca Al-Quran sahaja.
"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah
(mengesakan ibadahnya) kepada-Ku"
( Adz Dzariat:56)
Sunday, January 8, 2012
BIDADARI ; Kamu Begitu Mahal
Kali ini khas buat wanita ^^
Saya umumkan , saya antara pencinta wanita . Wanita sangat
mahal pada pandangan saya .
Mana mungkin saya tidak mencintai wanita kerana , saya
sendiri lahir dari rahim wanita .
Seorang doktor , guru , perdana menteri , perogol hatta
sesiapa sahaja lahir dimuka bumi ini , lahir dari rahim wanita kecuali Nabi
Adam .
Tiada manusia hebat . Semuanya sama . Lahir dari seorang
wanita . Namun , kehebatan seseorang manusia itu lahir bila ada seorang wanita
yang hebat bersama mereka . Itulah ibu .
Maka , jika rosak wanita , maka , rosaklah masa depan dunia
.
Wanita itu mahal , kerana itu mereka juga Bidadari .
Apa punca mereka mahal ?
Kerana Islam meletakkan wanita di tempat yang tinggi nilainya
. Malah , Islam sendiri menggariskan aurat wanita yang berbeza dengan aurat
lelaki . Lebih tertutup . Susah dinampakkan , kecuali yang halal sahaja
dibenarkan melihat aurat wanita .
Menutup aurat itu menunjukkan keperibadian wanita itu
sendiri . Ya , saya tidak bohong !
Buktinya wanita juga boleh diibaratkan seperti barang kemas
, intan permata . Kerana apa , kerana mereka mahal , kerana itu saya samakan
mereka dengan barang kemas dan intan permata .
Pernah ke kedai menjual emas ?
Pernah ke pasar ?
Kedua-dua tempat ini ada menjual barang kemas dan intan
permata , namun ada perbezaan .
Jika kita ke kedai menjual emas , kita lihat , mereka yang
menjual emas ini ada caranya tersendiri . Barang-barang kemas dan intan permata
itu diletakkan di atas para yang cantik untuk tujuan pameran . Malah ia
diletakkan cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelakkan dikhianati .
Bahkan , ada juga yang tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatan dan
hanya dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja .
Lain pula jadinya jika kita lihat di pasar . Ada juga
menjual barang kemas , tapi bagaimana cara penjualannya ?
Ringkas sahaja . Hanya di pamerkan di atas tempat yang
biasa-biasa sahaja . Terdedah kepada pengunjung , malah mudah untuk dicuri .
Tapi ada yang mahu mencuri ? Jawapannya , tidak . Ya , jawapannya tidak kerana
ianya hanya biasa-biasa dan tiada nilaiannya , malah ada juga yang dari
kelompok tiruan .
Nampak ?
Mari renungi bersama .
Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya .
Sunday, January 1, 2012
2012 Atau 1433
Masa sentiasa bergerak .
Kita duduk , berlari , diam atauapa sahaja sekalipun ,
masa tetap bergerak.
---------------------------------------------------------------------------
Setiap tahun kita berazam .
Tahun hijrah kita berazam .
Tahun masihi pun kita berazam .
Tapi ....
# Saya tamatkan penulisan kali ini dengan "Tapi" supaya kita berfikir.
Wednesday, December 21, 2011
KearahNya
Lindungilah daku dari kejahatan
Yang menipuku dari kemanisan iman
Bawalah daku kearah cinta suci Mu
Berilah daku keredhaan dan syurgaMu
#Mereka yang tidak mencari Allah SWT,tidak mentaatiNya,
memang sukar hendak bertemu dengan ketenangan sejati.
Kerana bukankah ketenangan itu adalah milik Ilahi?
Wednesday, December 14, 2011
Muhasabah Sakit
Baik handsome , cantik dan berkerjaya ,
hatta dia seorang raja mahupun seorang yang popular
dan walau sesiapun ,
bila ditimpa sakit , pasti muhasabah itu yang dituju .
Kembali mengenali diri ,
kembali untuk sujud kepada Rabbi .
Allah masih sayangkan kita ,
kerana itu kita masih ada dan kita diberi peluang dan ruang .
Allah sayang kita ,
maka mari kita balas sayang Allah pula
dengan mentaati segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya .
Allah tidak lupakan kita !
Monday, December 12, 2011
Nasi Dan Ibadah , Adakah Kalian Memerhati ?
“Ibu , kenapa kita makan nasi putih ?”, tanya si anak .
“Cubalah makan dahulu ” , balas si ibu sambil tersenyum .
“Ibu , buat la lauk sikit , tawar la rasanya bila makan nasi putih semata ” , tambah si anak dengan nada merayu .
“Untuk anak ibu ni , ibu buatkan tapi kamu kena sabar ya sayang anak ibu ni ” , jawab si ibu semula .
Dialog di atas hakikatnya berkait rapat dengan kehidupan kita , khususnya dalam hal ibadah .
Ya , nasi putih ada kaitannya dengan ibadah kita .
Anda percaya ?
Hakikatnya di Malaysia , makanan utama kita adalah nasi . Maka , tidaklah menjadi seri bagi sesuatu makanan , tanpa dimakan bersama dengan nasi .
Makan asam pedas dengan nasi , makan telur goreng pun bersama nasi , hatta nasi putih sendiri juga enak dimakan bila hanya berlaukkan kicap sahaja . Betul tak ?
Tapi , nasi putih itu lebih enak bila dimakan bersama lauk . Jika tidak , ia akan menjadi tawar .
Realitinya , nasi putih itu , sama dengan ibadah kita . Mari kita lihat !
Solat . Solat adalah ibadah utama dalam kehidupan kita . Jika , hidup kita ini tidak diserikan dan di isi dengan solat , maka tiada gunalah hidup ini . Malah , perkara pertama yang dihisap sewaktu di akhirat nanti adalah solat .
Maka , ibadah solat ini akan lebih bermakna , jika diserikan dengan ibadah-ibadah sampingan . Ia sekaligus bisa mempengaruhi tindak tanduk kita agar lebih bergerak kearah menjadi hamba yang sebenar-benar hamba .
Contohnya , jika kita lakukan solat ia akan lebih menarik dan menambah kekhuyukkan kita bila kita melakaukan zikir , bersedekah , berpuasa sunnat dan membuat bakti pada ibu dan ayah . Maka , hidup akan lebih tennag dan selesa .
Lihat , samakan ?
Maka yang utama bagi makanan kita dalah nasi dan yang menyelerakannya ialah lauk pauknya . Jika yang utama dalam ibadah itu adalah solat , maka yang menjadi penyeri dalam ibadah kita adalah ibadah-ibadah sampingan kita .
Itulah hakikat kehiduapan . Hidup ini berkait rapat dengan kehidupan sekeliling kita . Itulah tanda kerdilnya kita sebagai hamba .
Adakah kalian memerhati ?
Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya .
Friday, December 2, 2011
Hamba Yang Diredhai Atau Yang Dimurkai ?
Alhamdulilah , Allah masih lagi beri kita peluang dan ruang serta cuti untuk menyambut tahun Hijrah yang baru .
Sambutan Maal Hijrah setiap tahun dilakukan . Malah , setiap tahun jugalah , tema sambutannya berbeza . Ya , berbeza dari satu tahun ke tahun yang lain .
Adakah kalian memerhati ?
Tapi persoalan pada kali ini ialah , adakah , Hijrah itu kita sambut dengan sebenar-benar Hijrah ?
Adakah Hijah itu kita sambut hanya sekadar mengingati sejarah ?
Jika kita lihat kembali , umur kita yang meningkat , maka , meningkat jugalah tahun Hijrah yang berlaku . Tapi adakah kita memerhatikan Hijrah kita ?
Hari ini , ramai yang mengamalkan Islam . Hari ini ramai yang mengambil Islam sebagai agamanya . Tapi hari ini juga , ramai yang ambil Islam sekadar “gitu-gitu ” dan tak ramai dari kalangan penganut Islam yang ambil Islam itu dengan sebenar-benar Islam .
Jika kita lihat hari ini , semakin lama , semakin bertambah anak- anak Islam yang cemerlang menadapat semua A dalam peperiksaannya . Tapi , cemerlang semua A itu belum tentu menjanjikan terhindar dari gejala sosial . Jika hari ini , semakin ramai anak-anak Islam yang bergelar popular . Tapi popular itu tak menjanjikan dapat menyelamatkan manusia dari kemurkaan Allah .
Adakah kalian memerhati ?
Islam . Ramai yang ambil Islam , tapi tidak mengambilnya dengan sebenar-benar . Mereka memandang Islam terlampau kolot . Memandang Islam juga seperti pemikiran orang-orang tua , tak ikut aliran zaman .
Hakikatnya , ramai yang terlupa bahawa , Islam sebenarnya bukanlah sedemikian . Seseorang yang mengambil dan faham Islam yang sebenar akan menjadikan seseorang itu kemas , disiplin , pandai menjaga kebersihan , menyenangkan dan pandai menjaga diri . Kefahaman Islam sebenar akan membantu menilai mana baik dan buruk dan mendidik untuk memilih apa yang diredhai Allah .
Sebenarnya Islam adalah cara hidup . Bukan sekadar agama yang hanya di rumah ibadah semata . Bagi yang memahami Islam , mereka akan faham apa itu ; ladang orang beriman ialah dunia dan akhirat tempat kita menuaikan hasilnya . Kefahaman Islam adalah untuk memastikan kita berdiri atas landasan yang benar .
Nak dapat semua A dalam peperiksaan ? Tiada hal ! Tapi , jadilah pelajar yang mendapat semua A , malah punyai kefahaman Islam yang sebenar , akhlak soleh , berbakti , berdisiplin dan sebagainya . Nak bergelar popular ? Tiada hal ! Tapi , jadilah seorang yang popular yang faham Islam yang sebenar , berakhlak soleh , rendah diri , tidak riak , menjaga hubungan dengan Allah dan hamba , malah menjadi contoh kepada masyarakat .
“ Jika mati anak Adam , terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara , sedekah jariahnya , ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya ” ( Riwayat Muslim )
Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Kefahaman pada Islam yang sebenarnya akan membawa kita menjadi hamba yang diredhai atau dimurkai .
Subscribe to:
Posts (Atom)

















