Tuesday, January 17, 2012

AWAN ; Jika Kamu Bantu Agama Allah , Pasti Allah Bantu Kamu


( Gambar ni just hiasan je , menyerikan lagi penulisan kali ini ^^ )

Siri AWAN meneruskan langkahnya .
Moga Allah reda dan buka hati kita untuk mencintaiNYA 
lebih dari segala-galanya.
|
|
|
|
|
|
|



Kami sama-sama duduk di atas sofa . Walaupun aku keletihan kerana kesibukkan kerja, aku akan sentiasa sembunyikan keletihan aku bila bersamanya kerana , ada ketenangan akan aku peroleh bila bersamanya .

“Abang nak minum air apa ? ”, tanya isteriku dengan nada yang lembut .

“Air oren ” , balas ku dengan senyuman.

“Mana ada air oren kat rumah kita ”

“Air kelapa ? ” , sekali lagi aku membuat permintaan . Kali ini sengaja aku meminta air yang pelik , tanda aku mengusiknya .

“Abang ni. Suka kenakan ayang tau ”

Kami ketawa . Mukanya mula kemerah-merahan tanda malu .

“Abang tau , ayang dah buatkan carrot susu untuk abang kan . Abang nak air tu la”

Dia tersenyum senang . Ketawa.

Kami berkongsi minuman kegemaran , caroot susu . Mungkin inilah orang kata , merpati dua sejoli .

Selepas beberapa minit berlalu , dia membawakan aku segelas caroot susu bersama dua biji coklat ferrero rocher .

“Sya , duduk sebelah abang boleh ?”

“Abang ni manjalah ”

Kami ketawa . Dia mula bergerak kesebelahku . Kepalanya diletakkan di atas bahuku .

“Abang manja ? Bukankah budak manja ni juga yang berjaya ketuk pintu hati ayang ?”

“Sebab budak yang berjaya ketuk hati ayang ni manja , maka ayang terimalah seadanya . Mungkin sebab anak bongsu , sebab itu manjanya terbawa-bawa sampai dah kahwin ” , dia membalas sambil tersenyum .

“Maksudnya di sini , ayang memang suka orang manja la kan ”

“Sebab budak manja tu suami saya , kerana itu saya kena belajar manja dari dia  ”

Kami ketawa . Mukanya kemerah – merahan tanda malu dengan aku .

Dari gerak tubuhnya , ada sesuatu yang ingin di sampaikan . Dia membukakan bungkusan coklat yang di bawanya untukku .

“Abang ni untungkan . Mampu berjuang lebih untuk Islam . Semangatnya lebih kuat dan hebat berbanding perempuan . Cemburu juga saya pada abang sebab saya hanya jaga rumah , jaga anak , kemas rumah . Tertanya-tanya juga , apa sumbangan saya pada Islam ”

Aku tersenyum .


“Sya ku sayang , bukankah kamu juga penyumbang pada Islam . Dari seorang wanita lahir penyumbang kepada ummah . Seorang ulama , nabi hatta penggerak semangat jihad juga lahir dari seorang wanita ”

Dia masih terdiam.

Sambil mencium umbun-umbunnya aku menambah , “ bagaimana kalau perempuan-perempuan berhenti mendidik anak ? Bukankah peratus untuk melahirkan mujahid yang terbilang kian kurang . Bila si isteri tidak menjaga suaminya dengan baik , adakah suaminya mampu bergerak memperjuangkan agamanya dengan sempurna malah menjadi pemimpin tanpa semangat dari seorang isteri ”

“Tidak perlu perempuan menganggkat senjata , tapi kerana seorang perempuan , bisa mencorakkan para pemimpin Islam sejak dari kandungan dan dari rumah . Bukankah itu juga sumbangan ? ”

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” Surah Muhammad ayat 7.

“Jal oh ejal”, dia membalas dengan senyuman tanda paham .


Sunday, January 15, 2012

Solusi Relasi ; Berbuat Baik


Solusi Relasi . Slot terbaru saya .
Kenapa Solusi Relasi ? 
Jawapannya , penyelesaian pada perhubungan dengan Rabbi .
InsyaAllah , sebulan dua kali . Kali ini , lebih mudah dan santai .
Istimewa kali ini , boleh dapatkan juga di facebook saya .
Moga Allah bantu kita ^^
|
|
|
|
|
|
|


Berbuat baik itu bahagia .
Ada ketenangan terselit disana .
Jom jadi baik , jom sebarkan bahagia 
^^

Wednesday, January 11, 2012

Solusi Untuk Bahagia dan Tenang


Ramai yang mengatakan mereka tidak berasa bahagia dan tenang .
Maka , jawapan bagi persoalan tersebut ialah 
kembali mengingati Allah .

Bagaimana caranya ?
Baca Al-Quran dan tidak tinggalkan solat.

---------------------------------------------------------------

Dah solat , dah baca Al-Quran tapi 
masih lagi belum bahagia dan tenang .
Solusinya , mengingati Allah dalam setiap perkara dan bukan hanya
ketika solat dan baca Al-Quran sahaja.


"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah 
(mengesakan ibadahnya) kepada-Ku"
( Adz Dzariat:56)

Sunday, January 8, 2012

BIDADARI ; Kamu Begitu Mahal


Kali ini khas buat wanita ^^

Saya umumkan , saya antara pencinta wanita . Wanita sangat mahal pada pandangan saya .

Mana mungkin saya tidak mencintai wanita kerana , saya sendiri lahir dari rahim wanita .

Seorang doktor , guru , perdana menteri , perogol hatta sesiapa sahaja lahir dimuka bumi ini , lahir dari rahim wanita kecuali Nabi Adam .

Tiada manusia hebat . Semuanya sama . Lahir dari seorang wanita . Namun , kehebatan seseorang manusia itu lahir bila ada seorang wanita yang hebat bersama mereka . Itulah ibu .

Maka , jika rosak wanita , maka , rosaklah masa depan dunia .

Wanita itu mahal , kerana itu mereka juga Bidadari .

Apa punca mereka mahal ?

Kerana Islam meletakkan wanita di tempat yang tinggi nilainya . Malah , Islam sendiri menggariskan aurat wanita yang berbeza dengan aurat lelaki . Lebih tertutup . Susah dinampakkan , kecuali yang halal sahaja dibenarkan melihat aurat wanita .

Menutup aurat itu menunjukkan keperibadian wanita itu sendiri . Ya , saya tidak bohong !

Buktinya wanita juga boleh diibaratkan seperti barang kemas , intan permata . Kerana apa , kerana mereka mahal , kerana itu saya samakan mereka dengan barang kemas dan intan permata .

Pernah ke kedai menjual emas ?

Pernah ke pasar ?

Kedua-dua tempat ini ada menjual barang kemas dan intan permata , namun ada perbezaan .

Jika kita ke kedai menjual emas , kita lihat , mereka yang menjual emas ini ada caranya tersendiri . Barang-barang kemas dan intan permata itu diletakkan di atas para yang cantik untuk tujuan pameran . Malah ia diletakkan cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelakkan dikhianati . Bahkan , ada juga yang tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatan dan hanya dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja .

Lain pula jadinya jika kita lihat di pasar . Ada juga menjual barang kemas , tapi bagaimana cara penjualannya ?

Ringkas sahaja . Hanya di pamerkan di atas tempat yang biasa-biasa sahaja . Terdedah kepada pengunjung , malah mudah untuk dicuri . Tapi ada yang mahu mencuri ? Jawapannya , tidak . Ya , jawapannya tidak kerana ianya hanya biasa-biasa dan tiada nilaiannya , malah ada juga yang dari kelompok tiruan .

Nampak ?

Mari renungi bersama .

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya .



Wednesday, January 4, 2012

AWAN ; Cinta Kita Beza


AWAN. Slot terbaru dalam penulisan saya . Lebih kepada dialog tapi
mempunyai matlamat . Nak tahu , meh baca . Ini yang pertama . 
InsyaAllah dua minggu sekali saya akan terbitkan . 
Hope enjoy dan bermanfaat ^^
|
|
|
|
|
|
|


“Cinta kita ini beza dengan cinta orang lain . Mereka boleh bersenang lenang nak berjumpa , nak berkiriman sms ,mahupun tanpa segan silu untuk berbicara . Tapi kita lain.”

Dia mula menarik muka . Tapi aku tahu dia mengharap sesuatu yang begitu indah terhadap cintanya .

“Awak , bukankah cinta itu membawa kesyurga ? Tapi mengapa kita nak ikut cara mereka ? Bukankah syurga itu mahal ? ”

Dia mula terdiam semula . Nampak di raut wajahnya ada nur keinsafan sedikit . Agaknya , mula berfikir akan apa yang dibicarakan tadi .

“Jika cinta itu untuk kesyurga dan syurga itu mahal , maka ia bukan untuk dimain-mainkan . Ia perlukan proses persediaan . ia perlukan proses pentarbiyahan . Inilah cara kita buktikan cinta kita ”

“Lebih baik kita berjauhan. Kita jarang-jarangkan perhubugan . Kembali mengkoreksi diri , buat persiapan hati , labuhkan cinta pada Tuhan Yang Hakiki . Cinta pada Tuhan Yang Hakiki membuahkan cinta-cinta yang lain ”

Dia tersenyum , tanda sudah mengerti akan penyampaian tadi. Dia pun bukan jenis yang biasa-biasa sahaja orangnya . Dari seni gerak tubuhnya , nampak yang dia ingin berbicara .

“ Jangan sampai Allah jelous dengan kita . Betul tak ?”

Tersenyum . Bahagia . Syukur . Itu yang boleh digambarkan sekarang .

“ Pegang erat pada apa yang ingin saya katakan . Cinta kita ada matlamat . Cinta kita untuk cari redha Allah dan ingin sampaikan kesyurga . Maka , andai cinta yang saya berikan kearah neraka , secara tersembunyi , cinta saya pada kamu sudah mula hilang  ”

Dia menundukkan kepala . Mukanya berubah kepada kemerah-merahan isyarat malu dan gembira .

“Kita ada agama , maka segala hukum sy`ra harus kita paham .Kerana kita belum halal , masih sempat untuk kita membuat persediaan ”

“Saya sayang kamu kerana Allah ”


Monday, January 2, 2012

Mahligai Kasih


Duhai kasih cuba kau dengarkan
Bisik hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian

Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan

Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan

Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kita kan diberkati

Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

Tuhan berikanlah
Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku
Bersama mengharapkan
Ketulusan cinta ini untuk membina mahligai bahgia..


# Lagu ni buat saya semanagt semula , dan paham 
bahawa , Cinta itu mahal kerana , ramai pada hari ini 
hanya tahu bercinta , tapi tidak paham tujuan utama Cinta .
Cinta untuk membawa kesyurga , maka mana-mana 
Cinta yang membawa ke neraka , tidak di panggil Cinta .
Bina cinta atas keimanan , pasti membawa keberkatan ^^


Sunday, January 1, 2012

2012 Atau 1433



Masa sentiasa bergerak . 

Kita duduk , berlari , diam atauapa sahaja sekalipun , 
masa tetap bergerak.

---------------------------------------------------------------------------


Setiap tahun kita berazam .

Tahun hijrah kita berazam .

Tahun masihi pun kita berazam .

Tapi ....

# Saya tamatkan penulisan kali ini dengan "Tapi" supaya kita berfikir.