Powered By Blogger

Friday, September 30, 2011

Belajar Dari Air


Belajar dari air ;

Tunduk pada RABBI dan

Menjalankan tugas sebagai air

Walau kemana mengalir.

Tuesday, September 27, 2011

Melihat Diri , Menjadi Hamba Ilahi





Setiap hari , setiap masa , ALLAH beri kita nikmat , ALLAH beri kita peluang . Peluang ini , peluang itu dan bermacam-macam lagi peluang .

Tapi adakah kita mendapatkan peluang?

Adakah kita bersedia untuk mencari konklusi dan mempersiapkan diri untuk tidak melepaskan peluang yang di beri?

Bagaimana menjadi hamba ?

Ramai yang berkata , susah nak menjadi hamba . Jawapannya , ya! Memang sukar untuk menjadi hamba . Tapi , kita kena usaha untuk menjadikan , kesukaran itu kepada kemanisan .

Manisnya menjadi hamba .

Bila berbicara untuk menjadi hamba , ia tidak akan terlepas dengan ujian yang berlipat kali ganda . Lihat sahaja kisah lampau , bagaimana mereka bersusah- payah untuk menjadi hamba dan mengekalkan keimanan kepada Yang Esa .

Masyitah ? Summayah ? Bilal bin Rabbah ?

Adakah kalian ingat lagi akan kisah mereka . Perjuangan yang hebat untuk menjadi hamba . ALLAH uji mereka begitu dahsyat dan mereka berjaya menunjukkan rasa kehambaan dan keyakinan mereka kepada Yang Esa .

Kita ?

Pernah diuji seperti Bilal bin Rabbah ? atau pernah diuji seperti Summayah hatta Masyitah ? Tidak bukan , oleh itu , kita harus bersyukur kerana kita tidak diuji begitu hebat oleh ALLAH .

Tidakkan ujian itu sekadar menguji keimanan ;

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cobaan ) ? Dan demi sesungguhnya ! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian ), nyata apa yang diketahui ALLAH tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNYA tentang orang-orang yang berdusta ” , (AL-ANKABUT 2-3)

Lihat ! resmi menjadi hamba , tidak terlepas dari ujian dari Rabb Yang Maha Esa . Maka tiada lagi alasan kesukaran menjadi hamba . Tapi , kemalasan dan alasan yang membelengu diri sahaja menjadi punca ketangguhan kepada perintah Tuhan , malah sudah lupa kita ini hamba Tuhan .

Kita suka beri alasan kerana tidak merasa akan pengertian hamba yang sebenar .

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya .

Sunday, September 25, 2011

Bangkit Semula




Saya akan mula semula

Selepas tidur yang lama

Moga ALLAH beri kekuatan dan istiqamah

Monday, August 29, 2011

Sentiasa Berterima Kasih





Saya hakikatnya dipilih.

Walaupun saya memilih.

Sebab itu saya sentiasa berterima kasih.

Kerana saya sedar diri yang sebenarnya terpilih.



salam lebaran dari pekerja DIA ;

Faizal Ismail 

mintak maaf bnyk2 ^_^

Tuesday, August 23, 2011

Apakah nilai seorang perempuan solehah?







Berapakah harganya di sisi Allah SWT?

Jawab Al-Khawarizmi, pakar Matematik Islam:
......


Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang '1" tiada...

Maka, tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali nilai " 0"

oleh itu,nilailah diri anda wahai wanita 

anda mampu melakukan yang terbaik