Powered By Blogger

Thursday, November 3, 2011

Mengapa Allah Cipta “Taubat”



Saya , kamu , awak , dia , dan meraka adalah sama . Kita adalah pendosa .

Ya kita semua pendosa .

Hanya Rasulullah SAW dan para nabi sahaja maksum dari segala noda. Tetapi buat kita manusia biasa, dosa hakikatnya adalah sebahagian daripada fitrah . Fitrah ?

Ya sebab itu lah saya katakan diawal tadi kita sama , iaitu pendosa . Tapi adakah kita mahu bergerak sebagai pendosa tegar selama-lamanya ?

Hanya yang bergerak kearahNya sahaja dan yang berusaha kearahNya , yang membezakan kita dengan pendosa lain .

Cuba kita berfikir sebentar , mengapa ALLAH cipta “taubat” ?

Hakikatnya , taubat itu adalah hadiah buat sang pendosa . Jika sang pendosa mengambil taubat dengan sebanar-benarnya , maka ia berbeza dengan yang lain , seperti yang saya katakan tadi . Maka senang kata , kita semua masih lagi ada peluang kerana ALLAH sanggup cipta taubat buat hamba-hambaNYA .

Adakah kita mengambil taubat ?

Selagi belum kiamat , selagi belum meninggal , kita masih ada peluang untuk bertaubat .

“Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” ( Surah An-Nisa’ ayat 110 )

Nah ! Ini janji-janji ALLAH buat kita . Maka jawapan bagi persoalan “mengapa ALLAH cipta “taubat” ?” ialah , ALLAH bersedia mengampuni kita , mengampuni dosa-dosa kita kerna sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun .

Tapi , adakah kita mengambil hadiah ; “taubat” dengan sebaik-baiknya dan mengambil ruang ALLAH Maha Pengampun ?

Oleh itu marilah kita bersegera mendapatkan keampunan itu tanpa lengah. Tanpa berkira-kira. Kita berusaha bersungguh-sungguh, bermati-matian untuk mendapatkannya. Tidak pula kita menjadikan alasan “Allah itu Maha Pengampun” untuk menambah dosa.

Itu tandanya, manusia yang benar-benar inginkan harapan. Semestinya manusia itu akan menggunakan segala peluang yang ada bukan?

Kerana sekiranya kita kufur, tidak bersyukur, tidak menghargai harapan yang Allah SWT berikan ini, apakah mungkin wujud keampunan buat kita? Mustahil.

Jangan sesekali mengatakan tiada harapan untuk bertaubat . Jangan sesekali mengatakan yang kita diciptakan untuk derhaka kepada DIA , tapi hakikatnya DIA memberi kita pilihan sebenarnya .  Memilih untuk kesyurga atau neraka , mahu menjadi hambaNYA atau penderhakaNYA .

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Kita ada harapan untuk keluar dari dosa !

2 comments:

  1. betul tu. hiduo kita penuh dengan dosa dan noda. semoga Allah mengmpuni dosa2 itu

    ReplyDelete