Powered By Blogger

Saturday, April 16, 2011

Thursday, April 14, 2011

Hidup Untuk Beribadat




Dan tidak AKU menciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada AKU “ , ( Adz-Dzariyat 51:56 )

Hakikatnya , setiap saat dalam kehidupan adalah ibadah . ALLAH menghitung dan memerhatikan kita setiap masa . Setiap amalan kejahatan walupun sebesar zarah dihitung , inikan pula , setiap amalan kebaikan sebesar zarah pun dinilai . Oleh itu , ALLAH sentiasa bersama kita walaupun kita sedang bermain sekalipun . Jika ada yang mengatakan bermain itu bukan ibadah , adakah ALLAH tidak ada ketika itu ?

Wednesday, April 13, 2011

Kecantikan Adam , Ketabahan Hawa







Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Monday, April 11, 2011

Bercinta Dengan Pemilik Cinta




Cinta ohh cinta !

Semuanya ada pada cinta termasuklah , indah , manis , masam dan pahit.

Tapi syarat utama , mestilah bercinta kepada Pemilik Cinta , ALLAH , kerana , dengan adanya cinta kepada ALLAH , semua cinta yang wujud bisa bersatu.

Bukti?

Lihat sahaja pada Nabi Muhammad S.A.W. Baginda amat mencintai ALLAH. Dalam hidupnya , ALLAH , telah diletakkan sebagai yang paling utama , namun , Baginda masih lagi dapat dan memperoleh cinta kepada isteri-isterinya , anak-anaknya , sahabat-sahabatnya , malah , pada sekalian umatnya . Inilah bukti , jika kita bercinta dengan Pemilik Cinta , kita pasti memperoleh cinta lain yang telah diwujudkanNYA. 

Tapi , bagaimana mahu mengimarahkannya ?

Bagaimana mahu membangkitkannya ?

Bila kita sedang dilamun cinta kepada seseorang wanita( bagi lelaki ) atau lelaki ( bagi wanita ) , pasti kita mengagumi akan kehebatan dan keistimewaannya . Yang tak indah pon , kita cakap indah . Oleh itu , jika kita bercinta dengan ALLAH , kita mestilah mengagumi akan setiap ciptaanya yang begitu hebat .

Segala puji bagi ALLAH , RAB semesta alam ” , (Al-Fatihah;1)

Ketika hati kita rela dengan yang dicintai dan juga rela berkorban bagi yang dicintainya. Redha dan rela kepada ALLAH dan RasulNYA ialah ciri cinta kepada ALLAH dan RasulNya . Hal ini juga bererti , kita rela melakukan semua perintahNYA dengan baik dan ihklas ditambah pula dengan rasa suka .

Jika kita bicarakan tentang cinta , pasti pengorbanan tidak terlepas dari ingatan . Kenapa ? Kerana , cinta perlukan pengorbanan . Jika , kita bercinta dengan keluarga , pengorbanan masa dan harta sangat diperlukan inikan pula bercinta kepada ALLAH . Cinta kepada ALLAH memang perlukan pengorbanan , lakukan apa yang disuruh , tinggalkan apa yang dilarang .

Dan antara manusia ada yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan ALLAH . Dan ALLAH itu Maha Penyantun kepada hamba-hambaNYA ” , (Al-Baqarah : 207 )

Zikir itu tandanya sentiasa mengigatiNYA . Inilah cara bercinta kepada ALLAH . Kita mestilah sentiasa berzikir kepada ALLAH , kerana , dengan adanya amalan zikir ini , kalimah-kalimah yang tidak baik juga dapat dielakkan sekaligus dapat meningkatkan ingatan kita kepada ALLAH . Dengan berzikir juga , iman juga bisa ditambah sekaligus dapat menampung kekurangan dalam amalan kita seharian.

Cinta mempunyai ciri adanya rasa takut dalam bentuk harap dan cemas . Contohnya , jika seorang lelaki yang sedang bercinta dengan seorang wanita , perasaan harap dan cemas ini sentiasa timbul dihatinya . Hal ini kerana , lelaki tersebut berasa cemas kalau-kalau , cinta yang ditebarkan kepada wanita tersebut ditolak dan mengharap , cintanya itu , dapat diterima . Begitu jugalah halnya bila bercinta dengan ALLAH , takut kepada ALLAH , kerana mempunyai harapan agar mengabulkan doa kita dan kerananya kita sentiasa merasa cemas apakah ALLAH mengkabulkan doa kita .

Bila bercinta dengan ALLAH , mentaatinya juga penting . Hal ini bererti , kita mampu mentaatinya dalam apa jua keadaan yang sedang kita hadapi . Dengan taat yang mutlak , tanpa syarat dan tanpa penolakkan , cinta kepada ALLAH , pasti akan dapat kita gapainya .

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Mari bercinta dengan ALLAH , cinta kepada pemilik syurga !

Friday, April 8, 2011

Berusaha Untuk Trofi Kemenangan


Pesan atok ;


kehidupan ini hanya sebentar sahaja .

Perlukan persediaan menuju 

ke medan perhitungan sebelum

 menerima setiap trofi kemenangan dan kekal bersama Tuhan .

Moga kita menerima trofi syurga , dan dijauhkan

dari trofi neraka jahanam .



Wednesday, April 6, 2011

Matahari





Bagaimana dengan matahari?

Apakah kita sudah mengambil iktibar dari nya

Ya !

Iktibar dari matahari ;

Memberi manfaat utuk sekalian ummat , 

walaupun kadang kala terpaksa minum celaan

kerana menegakkan agama TUHAN .