Powered By Blogger

Friday, October 7, 2011

Hari DIA Marah






DIA pilih anda untuk baca tulisan ini. DIA pilih anda untuk buka blog ini . DIA pilih anda untuk baca dan buka blog ini pada saat ini , bukan saat akan datang , bukan saat lepas , tapi saat ini.

Pejam celik , kita masih bangun .

Pejam celik, kita masih bangun .

Pejam celik , ruang dan peluang untuk kita masih bangun terus di berikan .

Esok ?

Sudah lama kita hidup . Ada yang 18 tahun, ada yang 23 tahun , ada juga yang 49 tahun , tapi DIA masih bangunkan kita .

Sejak kita lahir , sudah berapa banyak kita tidur dan masih di bangun kan kembali ?

Sejak kita lahir , sudah berapa banyak kita tidak memohon ampun kepada DIA , tapi DIA sentiasa beri kita tidur dan bangunkan kita semula . Sudah berapa banyak , kita ganti balik amalan yang tidak elok , sebelum kita tidur semula .

Akhirnya , kita tidur tanpa meminta ampun dan melupakan sahaja kesalahan yang dilakukan , tapi DIA masih beri peluang.

Tapi , ada satu masa , DIA akan ungkin kembali apa yang kita lakukan . DIA akan tunjukkan kemarahannya yang sebenar . Yang alim , yang di pilih menjadi nabi dan rasul , yang merosakkan dunia , yang mengaku kuat hatta yang sentiasa tidak mahu bergerak kearahnya , juga merasa getaran akan kemarahannya pada saat itu .

Pernah terfikir akan saat itu?

Sekarang , ALLAH marah . Ya memang ALLAH marah , tapi saat itu , ALLAH akan lagi marah . Itulah hari kiamat !

Kita berdosa , namun kita tidak pergi dan bergerak kearah keampunanNYA . Kita hanya menjadikan keampunanNYA sebagai alasan untuk kita terus melakukan dosa , maksiat dan ingkar . Kita fikir , esok masih ada malah kita fikir , “ aku masih sempat untuk bertaubat ” .

Tapi , adakah itu satu yang pasti . Tiba-tiba sahaja , yang menaiki motosikal boleh meninggal, yang sedang mengambil peperiksaan juga boleh kembali hatta yang sedang duduk juga bisa boleh meninggal . Ini pula kita .

Saatnya bila-bila masa sahaja .

Dek kerana kita tidak tahu , lebih baik kita berjaga-jaga , sebelum semuanya terlambat . Malah , setelah kita masuk ke pintu kematian , kita sudah tiada peluang dan ruanag untuk kemablai ke dunia semua .

“Sebenarnya , mereka memandanag azab itu jauh ( daripada berlaku) . Sedang Kami memandangnya dekat ” (Al-Ma`arij  ; 6-7 )

“Dan (ingatlah) , ALLAH tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang ( atau sesuatu yang bernyawa ) apabila sampai ajalnya; dan ALLAH Amat Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai segala yang kamu kerjakan ” ( Al-Munafiqun ; 11 )

Apakah ini , anda rasa masih bisa boleh bangun pada esok hari ?

Ingatlah , ada suatu masa ALLAH akan benar-benar marah !

Pada saat itu , kita akan menanti untuk dilemparkan ke syurga mahupun ke neraka andai tiada persediaan bermula dari sekarang .

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . 

Monday, October 3, 2011

Saya Merasa , Mereka Memerhati , Kita Berfikir.



3 September 2011 ; hari itu .

3 Oktober 2011; hari ini .

Dah sebulan, ALLAH beri saya nikmat dan ujian ini . ALLAH beri saya ruang dan peluang . Tapi , ALLAH tak beri pada dia , kamu , mereka , tapi , ALLAH beri pada saya . Supaya saya , dia , kamu dan mereka dapat sama-sama melihat dan berfikir .

Inilah hebatnya ALLAH . DIA terjemahkan kekuasaannya , kehebatannya , kasih sayangnya , melalui penciptaannya . Hanya tinggal kita sahaja , perlu merenung dan berfikir . ALLAH , mahu kita cari DIA !

Alhamdulilah , ALLAH masih lagi beri saya peluang untuk bernafas , menikmati mata tapi , ALLAH uji saya dengan rasa sakit di bahagian kaki . Dah sebulan , saya menerima nikmat dan ujian patah kaki , tapi , Alhamdulilah , nikmat lain , ALLAH tak tarik . Moga syukurku bertambah.

Hari ini , kita berjalan , kita makan , kita belajar dan kita berbicara ,tapi pernahkah kita melihat dunia?

Kenapa kita di uji ?

Kenapa saya , kamu , dia , mereka di uji?

Ada ujian yang nampak melalui mata kasar dan ada juga ujian yang nampak bila kita berfikir . Contoh paling mudah , saya sendiri . Saya kemalanganan dan mengakibatkan kaki saya patah . Nampak macam ujian . Ya , itu sebenarnya ujian , tapi dalam ujian itu ada nikmat . Contoh lain pula , bila kita boleh bercakap . Ya itu juga ujian juga nikmat . Adakah kita menggunakan nikmat bercakap dengan sebaiknya ?

Setiap yang berlaku , pasti ada nikmat dan ujian . Perhatikanlah wahai sahabat !

Adakala , kita merasa diri kita susah . Kita berusaha ke arah sesuatu , tapi , sesuatu yang lain pula terjadi . Malah , ada juga dikalangan kita , mula memarahi DIA , cuba sombong pada DIA . Lain pula jadinya andai ada yang sampai mendonggak ke langit sambil menjerit , “ Ya ALLAH , kenapa hidup aku begini ? ”

Menyalahkan itu , menyalahkan ini , tapi lupa pada kesalahan sendiri . Lupa pada ruang dan peluang yang ALLAH telah berikan . Dek sebabkan itu , mulalah timbul rasa untuk menyalahkanNYA .

Merenung kembali pada kehidupan kita , pada tapak apakah kita berdiri ?

Pada tapak keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH atau pada tapak nafsu dunia yang dibina oleh manusia ?

Ada yang menyangka , dia telah mengamalakan Islam yang sebenar . Cukup sekadar solat dan berpuasa , hanya menyangka itu sudah cukup pada Islam . Tapi tidak mengambil Islam pada keseluruhannya . Pada cintanya , pada hubungan keluarga , pada hal kerja juga pada kehidupan hariannya .

Ya setakat itu . Tidak pernah mengambil Islam secarah keseluruhannya , Cuma Islam mengikut waktu , mengikut tradisi juga mengikut keperluan .

Hakikatnya , ujian adalah tarbiyah terus dari ALLAH untuk kita . Ya untuk kita !

Hebat sangatkah ujian yang ALLAH beri pada kita , berbanding ujian Rasulullah SAW dan sahabat . Ujian Bilal b Rabbah , Sumayyah hatta Masyitah . Malah mereka lebih dekat pada ALLAH . Pegantungan mereka lagi bertambah hebat , malah pernah terfikir , adakah ALLAH mahu membatu , kerana meraka sentiasa mencari ALLAH . Iman mereka bertambah .

Janganlah memandang serong dengan ujian ALLAH . Ujian itu tanda sayang dari ALLAH . Di mana , saat kita dalam kesusahan , yang mana tiada orang mampu untuk bergantung , kita hanya tinggal dua pilihan . Merapatkan diri padaNYA atau terus memakiNYA .

Biasanya manusia akan memilih terus memakiNYA .

Tapi mengapa kita tidak memilih yang satu lagi ?

Mungkin , ALLAH mahu menyelamatkan kita dari godaan dunia dan mahu menyelamatkan kita dari azab neraka .

Pernahkan anda berfikir ?

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Berfikir dan bertindak.






Friday, September 30, 2011

Belajar Dari Air


Belajar dari air ;

Tunduk pada RABBI dan

Menjalankan tugas sebagai air

Walau kemana mengalir.

Tuesday, September 27, 2011

Melihat Diri , Menjadi Hamba Ilahi





Setiap hari , setiap masa , ALLAH beri kita nikmat , ALLAH beri kita peluang . Peluang ini , peluang itu dan bermacam-macam lagi peluang .

Tapi adakah kita mendapatkan peluang?

Adakah kita bersedia untuk mencari konklusi dan mempersiapkan diri untuk tidak melepaskan peluang yang di beri?

Bagaimana menjadi hamba ?

Ramai yang berkata , susah nak menjadi hamba . Jawapannya , ya! Memang sukar untuk menjadi hamba . Tapi , kita kena usaha untuk menjadikan , kesukaran itu kepada kemanisan .

Manisnya menjadi hamba .

Bila berbicara untuk menjadi hamba , ia tidak akan terlepas dengan ujian yang berlipat kali ganda . Lihat sahaja kisah lampau , bagaimana mereka bersusah- payah untuk menjadi hamba dan mengekalkan keimanan kepada Yang Esa .

Masyitah ? Summayah ? Bilal bin Rabbah ?

Adakah kalian ingat lagi akan kisah mereka . Perjuangan yang hebat untuk menjadi hamba . ALLAH uji mereka begitu dahsyat dan mereka berjaya menunjukkan rasa kehambaan dan keyakinan mereka kepada Yang Esa .

Kita ?

Pernah diuji seperti Bilal bin Rabbah ? atau pernah diuji seperti Summayah hatta Masyitah ? Tidak bukan , oleh itu , kita harus bersyukur kerana kita tidak diuji begitu hebat oleh ALLAH .

Tidakkan ujian itu sekadar menguji keimanan ;

“ Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cobaan ) ? Dan demi sesungguhnya ! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian ), nyata apa yang diketahui ALLAH tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNYA tentang orang-orang yang berdusta ” , (AL-ANKABUT 2-3)

Lihat ! resmi menjadi hamba , tidak terlepas dari ujian dari Rabb Yang Maha Esa . Maka tiada lagi alasan kesukaran menjadi hamba . Tapi , kemalasan dan alasan yang membelengu diri sahaja menjadi punca ketangguhan kepada perintah Tuhan , malah sudah lupa kita ini hamba Tuhan .

Kita suka beri alasan kerana tidak merasa akan pengertian hamba yang sebenar .

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya .

Sunday, September 25, 2011

Bangkit Semula




Saya akan mula semula

Selepas tidur yang lama

Moga ALLAH beri kekuatan dan istiqamah

Monday, August 29, 2011

Sentiasa Berterima Kasih





Saya hakikatnya dipilih.

Walaupun saya memilih.

Sebab itu saya sentiasa berterima kasih.

Kerana saya sedar diri yang sebenarnya terpilih.



salam lebaran dari pekerja DIA ;

Faizal Ismail 

mintak maaf bnyk2 ^_^