Hari ini adalah 27 Rejab , hari dimana peristiwa Isra`Mikraj berlaku . Kisah yang acap kali kita dengari sejak kecil lagi dan kisah itu disampaikan dari satu generasi ke satu generasi .
Tapi , adakah kita mengambil iktibar dari peristiwa isra` mikraj ?
Melihat peristiwa isya` mikraj itu , sebagai panduan untuk kita melihat , dimakah nilai kita sebagai hamba . Ya ,dengan melihat dan menteladani peristiwa isra` mikraj , kita pasti merasai akan nilai sebagai hamba .
Bukti ?
Peristiwa isra` mikraj menunjukkan kepada kita akan perjalanan Rasulullah SAW menemui ALLAH . Sewaktu peristiwa itu juga , Baginda telah dipertontonkan akan pembalasan yang akan diterima oleh manusia dalam setiap apa yang mereka lakukan . Tapi adakah kita pernah terfikir , dimanakah diri kita ?
Isya mikraj adalah satu peristiwa yang membuka skop kaca mata penglihatan kita ; adakah kita melihat dengan kaca mata keimanan atau kaca mata kelogikan . Melihat isra` mikraj ini adalah salah satu cabang , melihat sesuatu dengan kaca mata keimanan . Hal ini kerana , hanya iman sahaja yang boleh membuktikan peristiwa ini.
Peristiwa ini juga berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai hamba . Contohnya , kita tidak lupa untuk mengosok gigi , tapi kita lupa untuk melakukan solat subuh . Kenapa ia berlaku ?
Jawapannya mudah , kerana kita beriman pada ALLAH , tapi kita tidak yakain pada ALLAH . Malah , kadang-kala kita tidak yakin pada apa yang ALLAH janjikan . Inilah kehidupan , kita sentiasa sibuk dengan proses kehidupan berbanding dengan matlamat kehidupan .
Mari kita lihat dan renungkan pada firman ALLAH ;
“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku” (Adz Dzariat:56)
Ya ! Kita lupa mengejar matlamat hidup , tapi kita selalu sibuk untuk mengejar proses kehidupan . Kan lebih baik , andai proses kehidupan itu , kita saluti sekali dengan matlamat hidup . Matlamat hidup untuk beribadah kepada ALLAH .
Isya `mikraj adalah satu peristiwa yang mengajar kita akan erti keimanan kepada ALLAH . Sejauh mana keimanan kita ?
Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Iktibar dari Isya `mikraj , untuk kita tunduk sambil berfikir dan berzikir .