Selalu kita berbicara , selalu kita bercakap , malah , hari-hari kita bercakap. Tapi , adakah kita , setiap hari kembali untuk bermuhasabah , berfikir tentang diri sebelum tidur ?
Sebagai hamba yang jahil , kita memang tidak terlepas dari melakukan kesalahan . Memang kita tak sempurna , tapi kita sebagai hamba , boleh bergerak dan berusaha untuk menuju ke arah kesempurnaan .
Umat Islam sikapnya ; sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dari hari ke hari . Menjadikan hari semalam dan yang lepas sebagai pengajaran , untuk meneruskan perjuangan pada hari yang mendatang .
Bicara atau bercakap itu adalah satu nikmat yang ALLAH beri pada hambaNYA yang terpilih , jadi , bagaimana kita menggunakan nikmat ini dengan baik ?
Bicara itu juga dilihat sebagai akhlak . Hal ini kerana , bila kita berbicara , secara tidak langsung , ia menunjukkan diri kita yang sebenar .
Selalu kita dipesan agar tidak menjadi tin kosong , kerana tin kosong , selalunya hanya pandai berbicara , tapi hanya kosong sahaja yang dibicarakan . Tapi , jadilah tin yang berisi , kerana bila berbicara , ia kan mengeluarkan ilmu . Ya , ilmu !
Inilah seni berbicara , harus dibentuk dirumah . Kerana akhlak seseorang itu akan dibentuk bermula bila berada dirumah . Didikan yang pertama ialah dengan mengajar untuk bercakap . Tapi adakah kita mahu melihat generasi kita , hanya pandai berbicara hal-hal yang tiada faedah mahupun yang bisa mengores hati ?
Mari kita tunduk sambil berfikir akan peringatan ALLAH ;
“ Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada kedua –duanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia” ;(Surah Al-Isra ayat 23 )
Berdasakan ayat Al-Quran diatas , jelas menunjukkan menyatakan kepada kita bahawa jika perkataan ‘ah’ , ‘uh’ ataupun ‘cis’ tidak boleh diucapkan . apatah lagi perkataan yang lebih terus dari pada itu .
Anak yang soleh dan solehah akan sentiasa menjaga lidahnya daripada menuturkan perkataan yang baik . Mereka akan sentiasa menjaga akhlak sama ada dari segi perkataan ataupun perbuatan .
Saya ada tip untuk melatih diri untuk bercakap sopan moga kita sama-sama dapat emnagmbil iktibar dan mengamalkannya .
1) Sentiasa bergaul dengan orang yang baik tutur katanya
2) Jika mahukan anak atau orang disekeliling kita bercakap sopan , kita haruslah menjadi contoh
3) Sentiasa berdoa agar ALLAH memelihara tutur kata
4) Jangan biasakan berbicara hal yang tidak baik
5) Banyak membaca AL-Quran dan bahan ilmiah
Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Jom berubah demi keradaan ALLAH .
As'alamualaikum , terima kasih atas tipnya . Semoga anda diberkati ALLAH . Saya mohon share ya . Terima kasih (:
ReplyDeletehati menusia sering terleka dan lalai. Fitrah manusia.. kadangkala kerana fitrah itu, akhlak menjadi mangsa. Moga kita senantiasa dilindungi dari kelalaian yang berpanjangan =)
ReplyDeleteBella : syukran..moga ALLAH permudahkan juga untuk ukhti....silakan share , ini juga ilmu ALLAH . moga kita sama-sama dapat meningkatkan diri keimanan
ReplyDeleteAqilah : insyaALLAH..Moga akhlak kita bisa menjadi lebih baik dari semalam
ReplyDelete