Powered By Blogger

Monday, August 1, 2011

Ramadhan ; Bulan Cinta , Bulan Tarbiyah




Ramadhan datang lagi . Malah , setiap tahun , Ramadhan datang silih berganti dan menjadi kewajiban , ia muncul setiap tahun . Sudah sunnahtuALLAH .

Tahun ini , seperti biasa , giliran Ramadhan muncul lagi selepas giliran Rejab dan Sya`aban menjelma . Tapi , adakah kita melihat Ramadhan satu ibadah ? Ramadhan satu tradisi dan adat turun temurun ? Atau Ramadhan sebagai satu lonjakkan untuk berubah , untuk mencapai istiqamah ?

Tapuk dada tanya iman .

Persoalan ini sengaja saya utarakan untuk kita sama-sama melihat Ramadhan pada kali ini dengan sudut pandangan dan tahap yang berbeza . Mahu menjadikan Ramadhan kali ini berbeza atau sebaliknya ?

Ramadhan oh Ramadhan . Saban tahun datang dan pergi . Ada yang melihat Ramadhan sebagai satu adat dan acara tahunan . Bila Ramadhan datang , berpuasa , tapi hanya puasa sahaja . Malah kadang-kala merunggut sebab terpaksa mengurangkan aktiviti , menyekat nafsu serta membebani diri .

Ada juga , bila Ramadhan datang , mereka seperti orang kerinduan . Mereka menambah ibadah , meningkatkan bagun malam , tidak lupa untuk sedekah . Solat lebih berkualiti malah , Al-Quran menjadi pedamping diri . Golongan ini menganggap , Ramadhan sebagai madrasah untuk membersihakan diri . Kadang-kadang orang cakap juga , titik mula untuk berubah .

Ramadhan bulan cinta . Ya , memang Ramadhan bulan cinta . Dek kerana Ramadhan ,  mereka sanggup berubah seupaya mungkin . Mereka masuk ke dalam Ramadhan dengan penuh sedia semenjak Rejab dan Sya`aban lagi . Malah , mereka memotivasikan diri bahawa Ramadhan ini , adalah Ramadhan terakhir buat mereka .

Saat kerinduan , ini lah saatnya . Saat di mana ALLAH sangat dekat dengan kita . Saat di mana , mudah untuk kita mengigati ALLAH . Jika kita lihat , saat inilah doa mudah dimakbulkan . Bila kita berkata saat kerinduan , sudah tentu ramai yang asyik duk fikirkan akan kekasihnya . Lihat , waktu bulan Ramadhan inilah ramai yang memikirkan akan kekasih sebenarnya , ALLAH .


Ramai yang mula bertudung , ramai juga yang mula berjinak-jinak dengan tikar sejadah . Golongan ini yakin dan percaya , ada ketenangan disitu yang selama ini di cari . Tidak kurang , sudah ramai yang mula berkopiah pergi ke sana dan sini .

Harus di ingat , Ramadhan ini satu platform untuk kita meningkatkan diri . Satu titik mula untuk kita meningkatkan kecintaan juga amalan . Tapi sejauh mana ?

Ya , sejauh mana kita menjadi hamba Ramadhan atau hamba ALLAH ?

Kenapa saya berkata begitu , kerana , ada orang , bila sudah habisnya Ramadhan , kembali semula kepada tabiat lama . mereka seakan-akan lupa akan perjuangan mereka sewaktu di ramadhan dahulu , lantas mereka lupa untuk meneruskan kesinambungan cinta mereka pada ALLAH pada bulan-bulan seterusnya .

Ingat kita hamba ALLAH , tapi bukan hamba Ramadhan . Ramadhan hanya platform kita untuk kita meningkatkan cinta dan ibadah serta juga keikhlasan . Jika dahulu , kita boleh menghabiskan khatam Al-Quran sebanyak mungkin , tak salah kalu kita sikit sedikit kahtam Al-Quran tafsir .

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Ayuh , bangkit untuk istiqamah dalam ibadah . Salam Ramadhan dari saya , Faizal Ismail.




No comments:

Post a Comment