Powered By Blogger

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan : Lakaran Cinta di Bumi Gemencheh



Tahun ini ia datang lagi,
Masih membawa wasiat dan tujuan sama dari RABB ,
Tahun ini ia datang lagi ,
Tapi berbeza sewaktu ku di bumi Gemencheh.


Bila ia datang sewaktu aku di Gemencheh,
Terpaut sudah satu janji untuk setia ,
Satu janji untuk selama-lamanya ,
Atas tiket ukhwahfillah kerana TUHAN ;
Mencari keredhaanNYA .


Bila ia datang sewaktu aku di Gemencheh,
“ Jal buka nak makan pe ?”
“ Bagun sahur , DS masak ayam”
“ Nak beli rotI john tak ari ni?”
“ Lapar la , tak sahur tadi”
Coretan dari teman sebagai selera Ramdhan.


Oh Ramadhan Kau datang lagi ,
Tapi kau datang dengan situasi berbeza,
Tiada lagi teman yang duduk semeja kuning di Dewan Selera ,
Tiada lagi kejut suhur yang mencuriga ,
Tiada juga suara qiam dan ayat-ayat quran dari meraka juga ...


Ramadhan di Gemencheh
Sesuatu yang tak berulang ,
Tapi harus disimpan sebagai bekalan
Untuk berada di jalan persahabatan menuju syurga Tuhan .


MERINDUI KENALAN,SAHABAT , ADIK , KAKAK , JUGA ABANG SERTA MEREKA YANG PERNAH BERSMA SEWAKTU MENGHIRUP UDARA RAMADHAN DI GEMENCHEH  .


1 comment: