Tanpa berputus asa , kita harus bergerak .
Ya , bergerak selagi masa itu ALLAH berikan pada kita . Selagi semuanya belum terhenti buat selama-lamanya .
Ya , bergerak untuk membersihkan hati demi mencari keredhaanNYA .
ALLAH SWT berfirman:
“Sesungguhnya ALLAH itu amat mencintai mereka yang sering bertaubat, dan cinta pula kepada mereka yang membersihkan diri.” Surah Al-Baqarah ayat 222.
ALLAH cinta.
Ya memang ALLAH cinta pada mereka yang bergerak ke arahnya untuk membersihkan hati , bertaubat . Kerana itulah , kita tidak boleh lelah dalam bergerak ke arahnya . Tidak berputus asa .
Tanpa berputus asa , kerana ALLAH cinta , kita juga perlu mencintai ALLAH . Kerana mencintai ALLAH , maka haruslah meninggalakan semua larangannya , semua kemurkaanNYA dan melakukan apa yang Dia suka . Kerana itulah , kita tidak boleh lelah dari bergerak kerarahNYA kerana kita cinta ALLAH dan ALLAH cinta kita .
“Katakanlah: Sekiranya kalian mencintai ALLAH, maka ikutilah aku(Muhammad).” Surah Ali-Imran ayat 31.
ALLAH dengan penuh kasih sayang, mengingatkan bahawa rahmatNya meliputi segala sesuatu. Adakah mahu berputus asa untuk kembali kepadaNYA ?
“Rahmatku lebih luas dari segala sesuatu.” Surah Al-A’raf ayat 156.
“Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiadalah yang berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan orang-orang yang kafir.” Surah Yusuf ayat 87.
Jelas putus asa bukanlah sifat yang disukai oleh ALLAH. Maka apakah alasan untuk kita berputus asa daripada membersihkan diri . Apakah alasan kita untuk merasa penat dalam mencucui dosa ?
Jatuh, kita bangun lagi. Jatuh, kita bangun lagi.
Biar dosa tidak meninggalkan kita sekalipun, asalkan kita mati dalam berusaha nanti.
Kerana Allah adalah matlamat . Maka kalau kita tidak mampu menjadi hambaNya yang baik, sekurang-kurangnya kita berusaha menjadi hambaNya yang baik.
Yang penting usaha , jangan berputus asa .
Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Kita bangun untuk bergerak !