Wednesday, April 13, 2011
Kecantikan Adam , Ketabahan Hawa
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…
Dan dimana Kegagahan Wanita???
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”
Surah Al-Ahzab : Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”
Monday, April 11, 2011
Bercinta Dengan Pemilik Cinta
Cinta ohh cinta !
Semuanya ada pada cinta termasuklah , indah , manis , masam dan pahit.
Tapi syarat utama , mestilah bercinta kepada Pemilik Cinta , ALLAH , kerana , dengan adanya cinta kepada ALLAH , semua cinta yang wujud bisa bersatu.
Bukti?
Lihat sahaja pada Nabi Muhammad S.A.W. Baginda amat mencintai ALLAH. Dalam hidupnya , ALLAH , telah diletakkan sebagai yang paling utama , namun , Baginda masih lagi dapat dan memperoleh cinta kepada isteri-isterinya , anak-anaknya , sahabat-sahabatnya , malah , pada sekalian umatnya . Inilah bukti , jika kita bercinta dengan Pemilik Cinta , kita pasti memperoleh cinta lain yang telah diwujudkanNYA.
Tapi , bagaimana mahu mengimarahkannya ?
Bagaimana mahu membangkitkannya ?
Bila kita sedang dilamun cinta kepada seseorang wanita( bagi lelaki ) atau lelaki ( bagi wanita ) , pasti kita mengagumi akan kehebatan dan keistimewaannya . Yang tak indah pon , kita cakap indah . Oleh itu , jika kita bercinta dengan ALLAH , kita mestilah mengagumi akan setiap ciptaanya yang begitu hebat .
“ Segala puji bagi ALLAH , RAB semesta alam ” , (Al-Fatihah;1)
Ketika hati kita rela dengan yang dicintai dan juga rela berkorban bagi yang dicintainya. Redha dan rela kepada ALLAH dan RasulNYA ialah ciri cinta kepada ALLAH dan RasulNya . Hal ini juga bererti , kita rela melakukan semua perintahNYA dengan baik dan ihklas ditambah pula dengan rasa suka .
Jika kita bicarakan tentang cinta , pasti pengorbanan tidak terlepas dari ingatan . Kenapa ? Kerana , cinta perlukan pengorbanan . Jika , kita bercinta dengan keluarga , pengorbanan masa dan harta sangat diperlukan inikan pula bercinta kepada ALLAH . Cinta kepada ALLAH memang perlukan pengorbanan , lakukan apa yang disuruh , tinggalkan apa yang dilarang .
“ Dan antara manusia ada yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan ALLAH . Dan ALLAH itu Maha Penyantun kepada hamba-hambaNYA ” , (Al-Baqarah : 207 )
Zikir itu tandanya sentiasa mengigatiNYA . Inilah cara bercinta kepada ALLAH . Kita mestilah sentiasa berzikir kepada ALLAH , kerana , dengan adanya amalan zikir ini , kalimah-kalimah yang tidak baik juga dapat dielakkan sekaligus dapat meningkatkan ingatan kita kepada ALLAH . Dengan berzikir juga , iman juga bisa ditambah sekaligus dapat menampung kekurangan dalam amalan kita seharian.
Cinta mempunyai ciri adanya rasa takut dalam bentuk harap dan cemas . Contohnya , jika seorang lelaki yang sedang bercinta dengan seorang wanita , perasaan harap dan cemas ini sentiasa timbul dihatinya . Hal ini kerana , lelaki tersebut berasa cemas kalau-kalau , cinta yang ditebarkan kepada wanita tersebut ditolak dan mengharap , cintanya itu , dapat diterima . Begitu jugalah halnya bila bercinta dengan ALLAH , takut kepada ALLAH , kerana mempunyai harapan agar mengabulkan doa kita dan kerananya kita sentiasa merasa cemas apakah ALLAH mengkabulkan doa kita .
Bila bercinta dengan ALLAH , mentaatinya juga penting . Hal ini bererti , kita mampu mentaatinya dalam apa jua keadaan yang sedang kita hadapi . Dengan taat yang mutlak , tanpa syarat dan tanpa penolakkan , cinta kepada ALLAH , pasti akan dapat kita gapainya .
Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Mari bercinta dengan ALLAH , cinta kepada pemilik syurga !
Friday, April 8, 2011
Berusaha Untuk Trofi Kemenangan
Pesan atok ;
kehidupan ini hanya sebentar sahaja .
Perlukan persediaan menuju
ke medan perhitungan sebelum
menerima setiap trofi kemenangan dan kekal bersama Tuhan .
Moga kita menerima trofi syurga , dan dijauhkan
dari trofi neraka jahanam .
Wednesday, April 6, 2011
Matahari
Bagaimana dengan matahari?
Apakah kita sudah mengambil iktibar dari nya
Ya !
Iktibar dari matahari ;
Memberi manfaat utuk sekalian ummat ,
walaupun kadang kala terpaksa minum celaan
kerana menegakkan agama TUHAN .
Tuesday, April 5, 2011
Itu Juga Nikmat
Nikmat ALLAH itu luas.....
maka , hargailah ia walaupun nikmat itu
hanya dapat menghidu
sebelum nikmat itu ditarik
dan sebelum nikmat menghidu itu
hanya dapat menghidu tanah yang mengelilingi
tubuh yang terbujur kaku
Sunday, April 3, 2011
AKU SAYANG KAMU
Aku mencintai kamu kerana ALLAH
wahai sahabatku,
bersahabat kerana ALLAH ,
berjalan menyusuri jalan yang ALLAH redha ,
bukan mencari balasan dari manusia
tapi kasih sayang ALLAH
Friday, April 1, 2011
Manisnya Cinta
Cinta itu penting dalam hidup !
Bohong kalau seseorang itu mengatakan bahawa , dia tidak pernah merasai nikmat cinta .
Cinta ibarat garam dalam makanan. Sepentingnya garam dalam makanan , begitu jua la pentingnya cinta dalam kehidupan . Tanpa garam , makanan menjadi tawar , tapi jika berlebihan pula , ia bisa mengundang kearah penyakit .
Begitu juga dengan cinta . Hidup tanpa cinta , pasti tawar dan bosan namun , jika hidup kita terlampau lebih untuk cinta , ia juga membawa penyakit . Oleh sebab itu , cinta itu perlu diambil dengan secukup rasa seperti garam barulah , hidup kita lebih harmoni dan bahagia.
Cinta itu letaknya di dalam jiwa . Dengan adanya penghayatan cinta yang sebenar , kita kan merasai akan nikmat sebenar kehidupan . Tapi harus diingat , cinta itu luas pengertiannya . Cinta juga tidak tertumpu kepada sesama manusia , tapi yang paling penting adalah , cinta pada Sang Pencipta , ALLAH .
Hanya ALLAH sahaja yang berhak menerima cinta kita paling teragung kerana , inilah destinasi cinta yang sebenar . Kalau tiada cinta ALLAH , entah apa akan jadi pada kita . Mungkin juga saya tidak dapat meneruskan usaha ini atau anda pon tidak dapat membaca tulisan ini . Malah , semua nikmat yang kita perolehi juga ditarik balik .
“ Cinta itu lebih tua daripada alam ini , kerana atas dasar cintalah , ALLAH menciptakan alam ini ” , (Al-Mutanabbi)
Lihat begitulah hebatnya panangan cinta yang telah ALLAH wujudkan.
Cinta itu , tinggi nilainya bagi mereka yang beriman kepada ALLAH . Kerana , cinta itu datang tanpa diminta , ia datang dari ALLAH , oleh sebab itulah , ia dianggap mahal dan ia sesuatu hadiah yang diberikan kepada semua makhluknya yang bernyawa . Namun , mahalnya cinta itu bisa menjadi hampeh dan buruk andai , tangan-tangan dan hati-hati manusia itu sendiri yang merosakkannya .
Cinta ertinya untuk membawa kesyurga .
Ya , cinta untuk membawa ke syurga ! Namun bagaimana perlaksanaannya ?
Jika dilihat balik , cinta itu dari ALLAH dan , perhentian cinta akan membawa ke syurga , tapi syarat yang utama , mestilah bercinta dengan Pemilik Syurga , ALLAH . Bila bercinta dengan ALLAH , satu keajiban akan berlaku dimana , cinta-cinta yang pernah wujud di dunia ini juga bisa menariknya sekali. Ia juga boleh dikatakan magnet cinta !
Magnet cinta . Bila kita bercinta dengan ALLAH , pasti cinta Rasulullah juga dapat kita rasai . Cinta dengan ALLAH juga , pasti cinta ibu bapa juga dapat kita kecapai . Siapa yang cinta ALLAH , maka dia akan mencintai suami/isteri dengan sepenuh hati . Mencintai ALLAH juga , bisa memperoleh cinta sahabat sepenuh nyawa . Kerana mencintai ALLAH , cinta dan kasih itu jaga bisa ditimbulkan kepada anak-anak. Tidak lupa , cinta ALLAH juga mengundang , cinta pada alam sekitar .
Daripada cinta berbuah kasih sayang , daripada cinta berbuah senyuman. Cinta juga menghasilkan suka , daripada suka menimbulkan tawa dan gembira . Apakah makna hidup tanpa semua ini ? Adakah bahagia atau kita akan menjadi sengsara ?
Ramai manusia yang tidak mengerti akan mahalnya cinta , tetapi memandang cinta itu sebagai hawa nafsu . Sedangkan cinta yang sebenar itu berlandaskan keimanan . Ya ,keimanan kepada ALLAH .
Jika kita benar cintakan seseorang itu dan ingin membawa cinta itu sampai syurga , ayuh cintailah pemiliknya kerana , kita akan membawa cinta dia bertemu DIA di syurga nanti .
Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Suburkan cinta kerana ALLAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)






