Powered By Blogger

Wednesday, November 9, 2011

Hati Yang Hancur


Hati anda hancur ?

Hati anda hampa ?

Kembalilah pada Pemilik Hati Sebenar ,

Rawat Hatimu dgn mengigati Allah .

“…Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”.

Monday, November 7, 2011

Cinta Yang Mana Perlu Diambil


Cinta itu hadiah pemberian Allah buat kita.

Adakah kita mahu mengambil cinta hadiah ,

atau kita mahu 

mengambil cinta Pemberi Hadiah .



Thursday, November 3, 2011

Mengapa Allah Cipta “Taubat”



Saya , kamu , awak , dia , dan meraka adalah sama . Kita adalah pendosa .

Ya kita semua pendosa .

Hanya Rasulullah SAW dan para nabi sahaja maksum dari segala noda. Tetapi buat kita manusia biasa, dosa hakikatnya adalah sebahagian daripada fitrah . Fitrah ?

Ya sebab itu lah saya katakan diawal tadi kita sama , iaitu pendosa . Tapi adakah kita mahu bergerak sebagai pendosa tegar selama-lamanya ?

Hanya yang bergerak kearahNya sahaja dan yang berusaha kearahNya , yang membezakan kita dengan pendosa lain .

Cuba kita berfikir sebentar , mengapa ALLAH cipta “taubat” ?

Hakikatnya , taubat itu adalah hadiah buat sang pendosa . Jika sang pendosa mengambil taubat dengan sebanar-benarnya , maka ia berbeza dengan yang lain , seperti yang saya katakan tadi . Maka senang kata , kita semua masih lagi ada peluang kerana ALLAH sanggup cipta taubat buat hamba-hambaNYA .

Adakah kita mengambil taubat ?

Selagi belum kiamat , selagi belum meninggal , kita masih ada peluang untuk bertaubat .

“Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” ( Surah An-Nisa’ ayat 110 )

Nah ! Ini janji-janji ALLAH buat kita . Maka jawapan bagi persoalan “mengapa ALLAH cipta “taubat” ?” ialah , ALLAH bersedia mengampuni kita , mengampuni dosa-dosa kita kerna sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun .

Tapi , adakah kita mengambil hadiah ; “taubat” dengan sebaik-baiknya dan mengambil ruang ALLAH Maha Pengampun ?

Oleh itu marilah kita bersegera mendapatkan keampunan itu tanpa lengah. Tanpa berkira-kira. Kita berusaha bersungguh-sungguh, bermati-matian untuk mendapatkannya. Tidak pula kita menjadikan alasan “Allah itu Maha Pengampun” untuk menambah dosa.

Itu tandanya, manusia yang benar-benar inginkan harapan. Semestinya manusia itu akan menggunakan segala peluang yang ada bukan?

Kerana sekiranya kita kufur, tidak bersyukur, tidak menghargai harapan yang Allah SWT berikan ini, apakah mungkin wujud keampunan buat kita? Mustahil.

Jangan sesekali mengatakan tiada harapan untuk bertaubat . Jangan sesekali mengatakan yang kita diciptakan untuk derhaka kepada DIA , tapi hakikatnya DIA memberi kita pilihan sebenarnya .  Memilih untuk kesyurga atau neraka , mahu menjadi hambaNYA atau penderhakaNYA .

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Kita ada harapan untuk keluar dari dosa !

Monday, October 31, 2011

Tanpa Berputus Asa



Tanpa berputus asa , kita harus bergerak .

Ya , bergerak selagi masa itu ALLAH berikan pada kita . Selagi semuanya belum terhenti buat selama-lamanya .

Ya , bergerak untuk membersihkan hati demi mencari keredhaanNYA .

ALLAH SWT berfirman:

“Sesungguhnya ALLAH itu amat mencintai mereka yang sering bertaubat, dan cinta pula kepada mereka yang membersihkan diri.” Surah Al-Baqarah ayat 222.

ALLAH cinta.

Ya memang ALLAH cinta pada mereka yang bergerak ke arahnya untuk membersihkan hati , bertaubat . Kerana itulah , kita tidak boleh lelah dalam bergerak ke arahnya . Tidak berputus asa .

Tanpa berputus asa , kerana ALLAH cinta , kita juga perlu mencintai ALLAH . Kerana mencintai ALLAH , maka haruslah meninggalakan semua larangannya , semua kemurkaanNYA dan melakukan apa yang Dia suka . Kerana itulah , kita tidak boleh lelah dari bergerak kerarahNYA kerana kita cinta ALLAH dan ALLAH cinta kita .

“Katakanlah: Sekiranya kalian mencintai ALLAH, maka ikutilah aku(Muhammad).” Surah Ali-Imran ayat 31.

ALLAH dengan penuh kasih sayang, mengingatkan bahawa rahmatNya meliputi segala sesuatu. Adakah mahu berputus asa untuk kembali kepadaNYA ?

“Rahmatku lebih luas dari segala sesuatu.” Surah Al-A’raf ayat 156.

“Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiadalah yang berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan orang-orang yang kafir.” Surah Yusuf ayat 87.

Jelas putus asa bukanlah sifat yang disukai oleh ALLAH.  Maka apakah alasan untuk kita berputus asa daripada membersihkan diri . Apakah alasan kita untuk merasa penat dalam mencucui dosa ?

Jatuh, kita bangun lagi. Jatuh, kita bangun lagi.

Biar dosa tidak meninggalkan kita sekalipun, asalkan kita mati dalam berusaha nanti.

Kerana Allah adalah matlamat . Maka kalau kita tidak mampu menjadi hambaNya yang baik, sekurang-kurangnya kita berusaha menjadi hambaNya yang baik.

Yang penting usaha , jangan berputus asa .

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Kita bangun untuk bergerak !


Monday, October 24, 2011

Kadang kadang Terlupa Berdoa


Kadang - kadang

kita terlupa untuk bedoa 

kerana kadang-kadang

kita terlupa 

yang kita ini milik Allah 

lalu kita lakukan

apa-apa sahja 

tanpa berfikir panjang .

Friday, October 21, 2011

Sahabat Baru Saya ; Buat Saya Terfikir Pada Dia



Punyai sahabat itu manis . Lagi-lagi sahabat yang sentiasa bersama kita , pagi petang , siang malam tanpa jemu , juga tanpa merungut .

Punyai sahabat itu manis . Lagi-lagi yang memahami kita malah merasa bahagia bersama . Tercari-cari bila dipisahkan malah sangat perlu memerlukan . Punya sahabat yang merasa saat indah bersama setiap masa walaupun tiada bicara diungkap ketika bertemu .

Punyai sahabat itu manis . Lagi-lagi yang sentiasa mengigatkan kita akan kebesaran ALLAH . Yang menterjemahkan kehebatan ALLAH . Itu baru benar-benar sahabat yang sebenar .

Saya punyai sahabat yang baru . Yang benar-benar sahabat . Dia sangat menterjemahkan kehebatan ALLAH kepada saya dan membuatkan saya terfikir . Adakah aku seperti dia ? .

Sahabat saya ini benar-benar menunjukkan ukhwahfillah yang sebanar ; persahabatan kerana ALLAH.

Sahabat baru saya ini ialah tongkat saya .

Ingat lagi , saat pertama kali pandang wajah sahabat saya ialah ketika dua hari lagi sebelum saya menjalani operation memasukkan besi ke kaki . dan selang tiga hari selepas operation , saya terus bersama sahabat saya kemana sahaja saya pergi . Pergi merasai nikmat Tuhan , pergi bersama menjadi hamba Allah Yang Esa .

Kami semakin rapat . Setiap saat bersama .

Saat saya sedih , saya sakit , saya gembira hatta saat saya berjalan , sahabat saya sentiasa menemani.

Dia buat saya terfikir akan Dia Yang Maha Esa .

Adakah kamu terfikir?

Hakikatnya , Dia Yang Maha Esa telah membuka mata dan hati saya agar saya berfikir akan kehebatan ciptaanNYA . Allah telah memilih saya untuk bertemu dengan sahabat ini supaya saya lebih merasa syukur dan bertambah keiman kepadaNYA .

Saya merasa , mereka memerhati , kita berfikir .

Allah itu sentiasa bersama kita malah terlalu dekat dengan kita . Allah menterjemahkan kehebatanNYA melalui penciptaanNYA . Allah temukan saya dengan sahabat saya ini agar saya dan kita sama-sama merasa yang kita sentiasa diperhati , malah sangat perlu untuk bergantung harap pada Allah dan bukannya ciptaanNYA .

Contohnya sahabat saya , kemana sahaja saya pergi , buat , mesti dia bersama saya dan memerhatikan tindak tanduk saya . Begitu juga ALLAH , Dia sentiasa bersama hamba-hambanya , memerhatikan tindak tanduk kita . Tapi adakah kita perasan akan hakikat itu ?

Contoh lain yang buat saya terfikir akan sifat kehambaan . Sahabat saya ini sentiasa patuh dan ikut ke mana sahaja saya pergi . Tidak membantah , malah hanya menjalankan tugas sahaja . Begitulah hakikatnya hamba . Patuh dan taat tanpa membantah perintah Yang Esa . Kita hamba , tapi adakah kita memerhatiakan dan mengambil contoh ?

Sahabat saya yang baru ini benar-benar membuka mata saya agar menjadi hamba yang sebanar-benar hamba . Allah sentiasa bersama kita walau apa jua keadaan kita .

Adakah kalian perhatikan ?

“ Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?”( Al-Alaq ; ayat 14 )

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Mari kita melihat , berfikir , muhasabh sambil berzikir dan terus bergerak kearahNYA .


Saturday, October 15, 2011

Bulan Yang Sama







Hari ini , jika kita lihat ALLAH pilih kita untuk merasai nikmat itu , nikmat ini .


Tapi , tak semua ALLAH pilih dari kalangan kita untuk merasai nikmat ketenangan , kebahagiaan dan kecintaan yang sebenar-benar ketenangan , sebenar-benar kebahagiaan dan sebenar-benar kecintaan . Hanya yang terpilih sahaja , merasai nikmat tersebut .


Alhamdulilah jika anda merupakan pilihan ALLAH , tapi jika belum , anda sendiri yang perlu berusaha ke arah itu . 


Ya , anda sendiri , kerana sebenar-benar ketenangan , sebenar-benar kebahagiaan dan sebenar-benar kecintaan antara nikmat yang mahal !


Hari ini ramai yang mencari cinta sebenar . Tapi akhirnya mereka berputus asa kerana cinta mereka terputus di tengah jalan dan bukannya cinta yang sebenar-benarnya cinta . Jawapan bagi masalah ini ialah , mereka tidak mencari empunya cinta yang sebenar ; ALLAH . 


Jika kita mencintai ALLAH , kita pasti memiliki kesemua cinta yang ALLAH wujudkan . Malah , tidak akan wujud rasa kurang cinta pada ALLAH selepas kita menerima cinta lain , malah cinta ALLAH semakin meninggi . Inilah cinta yang sebenar-benar cinta  .


Contoh paling mudah , dengan mencintai ALLAH , secara automatiknya , ia akan membuahkan cinta kepada kekasihnya , Rasulullah SAW . Mulai saat itu , kita akan kenal peribadi Rasulullah SAW . Baginda mencintai sahabat , ibu bapa , haiwan , kanak- kanak dan bermacam-macam lagi . Bertitik tolak dari itu juga , secara tidak langsung , rasa cinta pada ibu  bapa , sahabat , manusia , haiwan , alam sekitar juga bisa di wujudkan .


Nah , inilah cinta yang sebenar . Bermula dari mencintai pemilik cinta ; ALLAH .


Sebenar-benar ketenangan , sebenar-benar kebahagiaan itu wujud jika kita mencari Yang Empunya Kebahagiaan dan Yang Empunya Ketenangan ; ALLAH Ar-Rahman Ar-Rahim .


DIA menanti kita hari demi hari . Setiap hari DIA bagi kita ruang dan peluang untuk mencariNYA . Bagi yang sering melupakan ALLAH , ALLAH tidak pernah meninggalkan mereka . ALLAH masih lagi beri udara , tanpa pernah dikurang pun. Masih lagi di beri rezeki , tanpa pernah terputus . Masih juga ALLAH sambungkan nyawa tanpa henti dan masih lagi di beri pelbagai nikmat tanpa berkira .


Kerdilnya kita , besarnya ALLAH .


Sedangkan kita sering melupakanNYA , namun DIA tidak pernah meninggalkan kita . 


Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya .  Saya juga melihat bulan seperti kamu , ianya sama , cuma kita perlu letak cinta itu pada DIA , moga kita merasai tempias cinta itu .