Powered By Blogger

Saturday, March 26, 2011

Rumah Itu Indah....







Rumah itu indah !


1001 macam kisah terkandung di dalam rumah itu , hatta wujudnya rumah itu , di Malaysia sekalipun mahupun di United Kingdom.


Rumah itu ialah masjid , rumah ALLAH .


Rumah itu di bina khususnya untuk melakukan ibadat dan melakukan ukhwahfillah , mahupun urusan yang mengikut syarak . Pernah satu ketika , rumah itu juga , pernah dijadikan sebagai tempat pentadbiran negara , ketika Islam pernah subur satu ketika dahulu. Jual beli , nikah khawin , majlis ilmu mahupon perbincangan ummah , pernah manarik perhatian umum untuk dikongsikan di rumah itu.


Sekarang , apa khabar rumah itu?


Masih lagi sama akan fungsinya atau fungsinya sudah berubah wajah?


Sabda Nabi ; “ Tempat yang di sukai ALLAH adalah masjid ” , (Riwayat Muslim)


Manusia memang suka berunggut . Ya , ada sahaja yang ingin dibidasnya . Itu tak boleh , ini tak boleh. Kadang kala , ada yang sampai berani membidas tentang kewajiban dan tuntutan agama .


Antara perkara yang dibidaskan tentang masjid . Ya , mereka beranggapan , solat di rumah secara berjamaah juga bisa sama nilainya solat di Masjid. Alasannya , nabi tak pernah beritahu , yang dapat pahala 27 darjat (solat jemaah ) itu di mana dan dimana ? Itu yang menjadi alasannya .


Adakalanya , hanya menganggap , solat jemaah di masjid hanya lebih selesa dilakukan ketika hari jumaat sahaja iaitu , hanya solat jumaat sahaja . Malah , spesis ini juga lebih rela solat berjamaah di rumah berbanding berjamaah di masjid .


Mari kita bandingkan akan masjid di rumah dan masjid yang sebenar .


Apabila kita solat jemaah di rumah , peratusan untuk kita menambah ibadah semakin berkurangan . Kenapa ? Jawapannya kerana , rumah , di reka hanya untuk rehat malah , suasana ibadat juga masih kurang dibangunkan . Cuba kita lihat apa yang kita buat sebelum , semasa dan selepas solat berjemaah di rumah .


Kadang kala , kalau solat jemaah di rumah , lepas je  azan di masjid , kite terus qamat di rumah dan meneruskan solat fardhu secara jemaah di rumah tannpa mendahulukan solat sunnat . Di rumah juga , bacaannya surahnya pun hampir sama . Selepas beri salam , tanpa diiringi wirid yang panjang , terus doa dan sesi solat jemaah pon ditamatkan tanpa ditutup oleh solat sunnat lagi . Yang terus baca Al-Quran lepas doa tu , baguslah , tapi de gak yang terus nonton tv.


Namun berbeza dengan situasi solat berjemaah di masjid . 


Langkah dan niat untuk tunaikan solat di masjid je , sudah dikira akan pahalanya inikan pula kita telah menjejakkan kaki di dalamnya . Lepas je melangkah ke masjid , kite terus niat iktikaf , lepas tu , terus terniat nak solat sunnat menghormati masjid . 


Lepas dengar azan , terus tergerak nak bagun untuk dirikan solat sunnat dan diakhiri dengan doa dan zikir sementara nak tunggu iqamat, tapi kadangkala , ade juga yang sempat baca semuka atau dua muka al-quran .Lepas je solat jemaah tamat , selalunya , kita kan tunggu sehingga zikir dan doa dari imam . Lantas , selepas itu , solat sunnat sekali lagi dilakukan sebelum keluar masjid . Namun , ade juga hamba ALLAH yang meneruskan aktiviti seperti mengaji dan membaca buku-buku agama yang di sediakan .


Lihat ! Banyak amalan yang kita lakukan sepanjang kita berada di masjid berbanding di rumah . 


Namun , sekarang, anda piliih , sama ada ingin meneruskan solat jemaah di rumah atau di masjid.


Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Mari penuh kan saff di rumah itu!

Friday, March 11, 2011

Baringan di Atas Rumput Tuhan


Terasa tenang seketika
Bila aku membaringkan tubuhku
Di rumput cantik itu,

Subhanaallah !
Indahnya hidup ini ,
Dapat melihat langit Tuhan
Dapat juga menyaksikan bintang ,
Hatta melihat semut berkeliaran.

Aku inginkan kedamaian yang sebegini
Tanpa adanya pencemaran yang menyelubungi ,
Tanpa ada ganguan yang bernyawa lagi,
Hidup serba sederhana
Dalam mengirup rahmat Tuhan.
Disamping nur dan hati yang menyelimuti tubuhku.

Terima kasih CINTA
Pasti kalau tanpa hadirnya engkau
Aku pasti tidak merasai semua ini .....

CINTA ALLAH
CINTA RASULULLAH
CINTA IBU AYAH
CINTA ISLAM
CINTA KELUARGA DAN PERSAUDARAAN
CINTA AKAN UKHWAHFILLAH
CINTA JUGA PADA RUMPUT ITU !

Faizal ismail
05:58 / 11 mac 2011
Subuh jumaat yang menangis

Sunday, March 6, 2011

Melihat ke Langit Tuhan




Aku duduk di tepi tangga
Melihat ke langit Tuhan
Melihat burung-burung beterbangan
Melihat sang daun menari-nari keriangan.


Guruku pernah berpesan ,
“ Hidup mesti mengikut syariat Tuhan”
“ Berilah sebanyak-banyaknya dalam kehidupan”
“ Bukan menerima sebanyaknya dalam perjalanan ” .


Terfikir akau akan hari mendatang ,
Adakah aku masih didalam rahmat Tuhan ,
Atau beberapa minit sahaja lagi ,
Aku akan mengahadap Tuhan .


Ujian datang silih berganti ,
Tanda kasih dan rahmat Tuhan ,
Tapi kenapa aku ,
Masih lagi duduk menunggu ajal datang tanpa persediaan ,
Ego dengan apa yang telah dilakukan ,
Tanpa mengira akan penerimaan Tuhan akan amalan yang dilakukan.


Wednesday, March 2, 2011

Terima dengan Redha dan Tenang




“ Kita selalu tidak dapat apa yang kita sukai , oleh itu , kita kene suka apa yang telah kita dapat ”

Batul tak ?

Kita perlu syukur dan suka dengan apa yang kita dapat . Ya , wajib !

Setiap yang berlaku pada kita telah dirancang oleh ALLAH dengan teliti sekali . Malah , kita kadang kala tidak menyangka , perkara itu akan berlaku , tapi , dek kerana takdir telah menetapkan perkara itu akan berlaku , maka , ia pasti akan berlaku .

Kenapa ALLAH beri kita ujian ?

Percayalah pada kuasa ALLAH . Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan setiap yang berlaku itu memang yang terbaik untuk kita laluinya . Mungkin ini satu peringatan , mungkin juga satu tanda kasih sayang Tuhan buat kita . Malah , anda yang membaca dan saya yang menulis ini juga satu ujian kerana , bagaimana kita mengambil iktibar dari penulisan ini . Adakah kita dapat gunakan kearah kebaikan dan mengajak kearah kebaikan sekaligus mentarbiyahkan diri kita kearah yang lebih baik?

Contoh paling mudah , kenapa ALLAH pilih si A utuk menjadi anak yatim . Mungkin ALLAH nak jadikan si A anak yang soleh sebab apa , dia boleh terlindung dan terhalang dari mendarhakai ibu bapanya . Lihat , semuanya ada hikmah hatta kita tercucuk jarum sekalipun.

Rahmat Ujian ?

Sudah tentu , pastinya ALLAH jadikan sesuatu perkara itu berhikmah dan perlu difikirkan . Inilah RAHMAT UJIAN . ALLAH pilih kita seorang je dalam beribu-ribu orang untuk merasai ujian ini . Inilah lusnya rahmat ALLAH . Tapi kenapa kita , sebab ALLAH sayang kita .


ALHAMDULILAH , akhirnya saya dipilih oleh ALLAH utuk menerima ujian disaat saya meraih kegembiraan . Beg saya kene curik . Ya , tapi saya sangat kesal sebab , beg saya dicuri di dalam masjid. Di ruangan solat utama pulak tu. Betul-betul ALLAH uji saya .

Tapi nak buat cam ne ek , dah berlaku , redha je laa. Puas saya mencarinya disekitar masjid , masih tak jumpa . tapi mungkin ini adalah yang terbaik untuk saya merasainya . Saya redha menerimanya walaupun pada mulanya , saya sukar untuk menerimanya .

Seorang responden dari facebook saya telah memberi komen yang betul-betul menyentak hati saya .

semulia-mulia seseorang itu,,adalah dengan mendoakn agar orang yang telah melakukan keburukan kepada kita itu kembali ke pangkal jalan,,memaafkan itu adalh yang terbaik..."kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi"

Terima kasih buat semua teman facebook saya yang banyak membantu saya dalam hal ini. Moga ALLAH rahmati kalian dan ALLAH reda akan ukhwahfillah ini .

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Mari mengkoreksi diri !