Powered By Blogger

Saturday, March 26, 2011

Rumah Itu Indah....







Rumah itu indah !


1001 macam kisah terkandung di dalam rumah itu , hatta wujudnya rumah itu , di Malaysia sekalipun mahupun di United Kingdom.


Rumah itu ialah masjid , rumah ALLAH .


Rumah itu di bina khususnya untuk melakukan ibadat dan melakukan ukhwahfillah , mahupun urusan yang mengikut syarak . Pernah satu ketika , rumah itu juga , pernah dijadikan sebagai tempat pentadbiran negara , ketika Islam pernah subur satu ketika dahulu. Jual beli , nikah khawin , majlis ilmu mahupon perbincangan ummah , pernah manarik perhatian umum untuk dikongsikan di rumah itu.


Sekarang , apa khabar rumah itu?


Masih lagi sama akan fungsinya atau fungsinya sudah berubah wajah?


Sabda Nabi ; “ Tempat yang di sukai ALLAH adalah masjid ” , (Riwayat Muslim)


Manusia memang suka berunggut . Ya , ada sahaja yang ingin dibidasnya . Itu tak boleh , ini tak boleh. Kadang kala , ada yang sampai berani membidas tentang kewajiban dan tuntutan agama .


Antara perkara yang dibidaskan tentang masjid . Ya , mereka beranggapan , solat di rumah secara berjamaah juga bisa sama nilainya solat di Masjid. Alasannya , nabi tak pernah beritahu , yang dapat pahala 27 darjat (solat jemaah ) itu di mana dan dimana ? Itu yang menjadi alasannya .


Adakalanya , hanya menganggap , solat jemaah di masjid hanya lebih selesa dilakukan ketika hari jumaat sahaja iaitu , hanya solat jumaat sahaja . Malah , spesis ini juga lebih rela solat berjamaah di rumah berbanding berjamaah di masjid .


Mari kita bandingkan akan masjid di rumah dan masjid yang sebenar .


Apabila kita solat jemaah di rumah , peratusan untuk kita menambah ibadah semakin berkurangan . Kenapa ? Jawapannya kerana , rumah , di reka hanya untuk rehat malah , suasana ibadat juga masih kurang dibangunkan . Cuba kita lihat apa yang kita buat sebelum , semasa dan selepas solat berjemaah di rumah .


Kadang kala , kalau solat jemaah di rumah , lepas je  azan di masjid , kite terus qamat di rumah dan meneruskan solat fardhu secara jemaah di rumah tannpa mendahulukan solat sunnat . Di rumah juga , bacaannya surahnya pun hampir sama . Selepas beri salam , tanpa diiringi wirid yang panjang , terus doa dan sesi solat jemaah pon ditamatkan tanpa ditutup oleh solat sunnat lagi . Yang terus baca Al-Quran lepas doa tu , baguslah , tapi de gak yang terus nonton tv.


Namun berbeza dengan situasi solat berjemaah di masjid . 


Langkah dan niat untuk tunaikan solat di masjid je , sudah dikira akan pahalanya inikan pula kita telah menjejakkan kaki di dalamnya . Lepas je melangkah ke masjid , kite terus niat iktikaf , lepas tu , terus terniat nak solat sunnat menghormati masjid . 


Lepas dengar azan , terus tergerak nak bagun untuk dirikan solat sunnat dan diakhiri dengan doa dan zikir sementara nak tunggu iqamat, tapi kadangkala , ade juga yang sempat baca semuka atau dua muka al-quran .Lepas je solat jemaah tamat , selalunya , kita kan tunggu sehingga zikir dan doa dari imam . Lantas , selepas itu , solat sunnat sekali lagi dilakukan sebelum keluar masjid . Namun , ade juga hamba ALLAH yang meneruskan aktiviti seperti mengaji dan membaca buku-buku agama yang di sediakan .


Lihat ! Banyak amalan yang kita lakukan sepanjang kita berada di masjid berbanding di rumah . 


Namun , sekarang, anda piliih , sama ada ingin meneruskan solat jemaah di rumah atau di masjid.


Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Mari penuh kan saff di rumah itu!

1 comment: