Powered By Blogger

Sunday, March 6, 2011

Melihat ke Langit Tuhan




Aku duduk di tepi tangga
Melihat ke langit Tuhan
Melihat burung-burung beterbangan
Melihat sang daun menari-nari keriangan.


Guruku pernah berpesan ,
“ Hidup mesti mengikut syariat Tuhan”
“ Berilah sebanyak-banyaknya dalam kehidupan”
“ Bukan menerima sebanyaknya dalam perjalanan ” .


Terfikir akau akan hari mendatang ,
Adakah aku masih didalam rahmat Tuhan ,
Atau beberapa minit sahaja lagi ,
Aku akan mengahadap Tuhan .


Ujian datang silih berganti ,
Tanda kasih dan rahmat Tuhan ,
Tapi kenapa aku ,
Masih lagi duduk menunggu ajal datang tanpa persediaan ,
Ego dengan apa yang telah dilakukan ,
Tanpa mengira akan penerimaan Tuhan akan amalan yang dilakukan.


1 comment:

  1. melihat ke langit tuhan.. mengingatkan kita akan kekuasaan-NYA..

    ReplyDelete