Powered By Blogger

Friday, October 21, 2011

Sahabat Baru Saya ; Buat Saya Terfikir Pada Dia



Punyai sahabat itu manis . Lagi-lagi sahabat yang sentiasa bersama kita , pagi petang , siang malam tanpa jemu , juga tanpa merungut .

Punyai sahabat itu manis . Lagi-lagi yang memahami kita malah merasa bahagia bersama . Tercari-cari bila dipisahkan malah sangat perlu memerlukan . Punya sahabat yang merasa saat indah bersama setiap masa walaupun tiada bicara diungkap ketika bertemu .

Punyai sahabat itu manis . Lagi-lagi yang sentiasa mengigatkan kita akan kebesaran ALLAH . Yang menterjemahkan kehebatan ALLAH . Itu baru benar-benar sahabat yang sebenar .

Saya punyai sahabat yang baru . Yang benar-benar sahabat . Dia sangat menterjemahkan kehebatan ALLAH kepada saya dan membuatkan saya terfikir . Adakah aku seperti dia ? .

Sahabat saya ini benar-benar menunjukkan ukhwahfillah yang sebanar ; persahabatan kerana ALLAH.

Sahabat baru saya ini ialah tongkat saya .

Ingat lagi , saat pertama kali pandang wajah sahabat saya ialah ketika dua hari lagi sebelum saya menjalani operation memasukkan besi ke kaki . dan selang tiga hari selepas operation , saya terus bersama sahabat saya kemana sahaja saya pergi . Pergi merasai nikmat Tuhan , pergi bersama menjadi hamba Allah Yang Esa .

Kami semakin rapat . Setiap saat bersama .

Saat saya sedih , saya sakit , saya gembira hatta saat saya berjalan , sahabat saya sentiasa menemani.

Dia buat saya terfikir akan Dia Yang Maha Esa .

Adakah kamu terfikir?

Hakikatnya , Dia Yang Maha Esa telah membuka mata dan hati saya agar saya berfikir akan kehebatan ciptaanNYA . Allah telah memilih saya untuk bertemu dengan sahabat ini supaya saya lebih merasa syukur dan bertambah keiman kepadaNYA .

Saya merasa , mereka memerhati , kita berfikir .

Allah itu sentiasa bersama kita malah terlalu dekat dengan kita . Allah menterjemahkan kehebatanNYA melalui penciptaanNYA . Allah temukan saya dengan sahabat saya ini agar saya dan kita sama-sama merasa yang kita sentiasa diperhati , malah sangat perlu untuk bergantung harap pada Allah dan bukannya ciptaanNYA .

Contohnya sahabat saya , kemana sahaja saya pergi , buat , mesti dia bersama saya dan memerhatikan tindak tanduk saya . Begitu juga ALLAH , Dia sentiasa bersama hamba-hambanya , memerhatikan tindak tanduk kita . Tapi adakah kita perasan akan hakikat itu ?

Contoh lain yang buat saya terfikir akan sifat kehambaan . Sahabat saya ini sentiasa patuh dan ikut ke mana sahaja saya pergi . Tidak membantah , malah hanya menjalankan tugas sahaja . Begitulah hakikatnya hamba . Patuh dan taat tanpa membantah perintah Yang Esa . Kita hamba , tapi adakah kita memerhatiakan dan mengambil contoh ?

Sahabat saya yang baru ini benar-benar membuka mata saya agar menjadi hamba yang sebanar-benar hamba . Allah sentiasa bersama kita walau apa jua keadaan kita .

Adakah kalian perhatikan ?

“ Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?”( Al-Alaq ; ayat 14 )

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Mari kita melihat , berfikir , muhasabh sambil berzikir dan terus bergerak kearahNYA .


2 comments:

  1. Salam..
    my dear frenz, Faizal,,
    if u have a tyme please visit my blog,,
    n if u think i need to change anythng inn my blog jst comment.. i really need u opinion.. ok.. tq..
    salam

    ReplyDelete
  2. beruntung bagi orang2 yg mampu mencari hikmah di sebalik kesukaran,,,

    ReplyDelete