Powered By Blogger

Monday, October 3, 2011

Saya Merasa , Mereka Memerhati , Kita Berfikir.



3 September 2011 ; hari itu .

3 Oktober 2011; hari ini .

Dah sebulan, ALLAH beri saya nikmat dan ujian ini . ALLAH beri saya ruang dan peluang . Tapi , ALLAH tak beri pada dia , kamu , mereka , tapi , ALLAH beri pada saya . Supaya saya , dia , kamu dan mereka dapat sama-sama melihat dan berfikir .

Inilah hebatnya ALLAH . DIA terjemahkan kekuasaannya , kehebatannya , kasih sayangnya , melalui penciptaannya . Hanya tinggal kita sahaja , perlu merenung dan berfikir . ALLAH , mahu kita cari DIA !

Alhamdulilah , ALLAH masih lagi beri saya peluang untuk bernafas , menikmati mata tapi , ALLAH uji saya dengan rasa sakit di bahagian kaki . Dah sebulan , saya menerima nikmat dan ujian patah kaki , tapi , Alhamdulilah , nikmat lain , ALLAH tak tarik . Moga syukurku bertambah.

Hari ini , kita berjalan , kita makan , kita belajar dan kita berbicara ,tapi pernahkah kita melihat dunia?

Kenapa kita di uji ?

Kenapa saya , kamu , dia , mereka di uji?

Ada ujian yang nampak melalui mata kasar dan ada juga ujian yang nampak bila kita berfikir . Contoh paling mudah , saya sendiri . Saya kemalanganan dan mengakibatkan kaki saya patah . Nampak macam ujian . Ya , itu sebenarnya ujian , tapi dalam ujian itu ada nikmat . Contoh lain pula , bila kita boleh bercakap . Ya itu juga ujian juga nikmat . Adakah kita menggunakan nikmat bercakap dengan sebaiknya ?

Setiap yang berlaku , pasti ada nikmat dan ujian . Perhatikanlah wahai sahabat !

Adakala , kita merasa diri kita susah . Kita berusaha ke arah sesuatu , tapi , sesuatu yang lain pula terjadi . Malah , ada juga dikalangan kita , mula memarahi DIA , cuba sombong pada DIA . Lain pula jadinya andai ada yang sampai mendonggak ke langit sambil menjerit , “ Ya ALLAH , kenapa hidup aku begini ? ”

Menyalahkan itu , menyalahkan ini , tapi lupa pada kesalahan sendiri . Lupa pada ruang dan peluang yang ALLAH telah berikan . Dek sebabkan itu , mulalah timbul rasa untuk menyalahkanNYA .

Merenung kembali pada kehidupan kita , pada tapak apakah kita berdiri ?

Pada tapak keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH atau pada tapak nafsu dunia yang dibina oleh manusia ?

Ada yang menyangka , dia telah mengamalakan Islam yang sebenar . Cukup sekadar solat dan berpuasa , hanya menyangka itu sudah cukup pada Islam . Tapi tidak mengambil Islam pada keseluruhannya . Pada cintanya , pada hubungan keluarga , pada hal kerja juga pada kehidupan hariannya .

Ya setakat itu . Tidak pernah mengambil Islam secarah keseluruhannya , Cuma Islam mengikut waktu , mengikut tradisi juga mengikut keperluan .

Hakikatnya , ujian adalah tarbiyah terus dari ALLAH untuk kita . Ya untuk kita !

Hebat sangatkah ujian yang ALLAH beri pada kita , berbanding ujian Rasulullah SAW dan sahabat . Ujian Bilal b Rabbah , Sumayyah hatta Masyitah . Malah mereka lebih dekat pada ALLAH . Pegantungan mereka lagi bertambah hebat , malah pernah terfikir , adakah ALLAH mahu membatu , kerana meraka sentiasa mencari ALLAH . Iman mereka bertambah .

Janganlah memandang serong dengan ujian ALLAH . Ujian itu tanda sayang dari ALLAH . Di mana , saat kita dalam kesusahan , yang mana tiada orang mampu untuk bergantung , kita hanya tinggal dua pilihan . Merapatkan diri padaNYA atau terus memakiNYA .

Biasanya manusia akan memilih terus memakiNYA .

Tapi mengapa kita tidak memilih yang satu lagi ?

Mungkin , ALLAH mahu menyelamatkan kita dari godaan dunia dan mahu menyelamatkan kita dari azab neraka .

Pernahkan anda berfikir ?

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Berfikir dan bertindak.






7 comments:

  1. salam. dik, semoga kamu masih tabah dan terus tabah menghadapi ujian Allah SWT.

    kami di uitm merindui kamu :')

    ReplyDelete
  2. alahai..apasal la gambar daku di sana -_-

    ReplyDelete
  3. Kak Nazatul Zulaika Suhaimi ; InsyaALLAH . Moga ALLAH beri kekuatan .

    Abang Muhammad Amierrul ; terimas sebb doakan

    Husna Mujahidah ; sakit sikit je :)

    Abang ubay ; heheh , nice kan

    ReplyDelete
  4. moga cepat sembuh faizal :) tu ujian ALLAH swt.tabah ye.ada hikmah utk kau. :) jaga kesihatan.jaga diri. :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..syukran jazakallah khairan ats perkongsian entry...sayu sekali m'bcanya...benar ujian dan dugaan Allah penuh dengan hikmah smuanya.. Allah tdk pernah m'yusahkan, bahkan m'yenangkan khidupan hamba2-Nya..jnji Allah jika kesulitan bukn secara percuma sudah pasti segalanya penuh hikmah..Insya-Allah... =_=

    semoga anda cpt sembuh dan hidup drahmati-Nya dunia dan akhirat... =)

    ReplyDelete