Powered By Blogger

Sunday, October 7, 2012

Mula Kembali . Moga Istiqamah , Itu HarapanKu




Bergerak kearah yang Allah redha .

Moga-moga , selepas kerehatan dalam bidang penulisan yang agak lama , dan permulaan untuk hari ini , akan menjadi istiqamah untuk meneruskan usaha yang kecil ini .

Untuk permulaan , satu sahaja yang ingin saya kongsikan ialah , "Mari Perbaiki Diri".


Perbaiki diri ?

Ya , mari perbaiki diri . Moga-moga menjadi asbab kebaikan kita di dunia dan akhirat juga kebaikan untuk semua ummat Muhammad SAW . Moga-moga juga , dengan usaha memperbaiki diri ini , Allah bantu kita untuk terus melakukan kebaikan dan kebaikan sampailah kita menutup mata dengan kebaikan .

"Selalu-selalulah buat baik , moga-moga ia menjadi asbab untuk kita lakukan banyak lagi kebaikan "

Ini pesan ustaz saya . Walaupun nampak biasa-biasa , namun jika dilihat dengan betul-betul ia sebenarnya sesuatu yang luar biasa .

Mari kita duduk , sambil berfikir dan berzikir . Moga Allah limpahkan hidayah buat kita .

2 comments:

  1. jom perbaiki diri ~~
    gud entry walaupun simple but meaningful :)
    tadi pon baru berbuala dengan lec...
    bila hidup kte ni laksanakan perkara baik2 dgn ikhlas krn Allah pasti manis dan indah balasannya yg kita peroleh.. Insya-Allah.. janji Allah itu pasti =)

    ReplyDelete