Powered By Blogger

Saturday, October 20, 2012

Pakai Cermin Mata




Pakai cermin mata ? Kenapa pakai cermin mata ?

Ramai hari ini yang bergerak , berjalan sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini tanpa memakai cermin mata yang sebenar . Ramai hari ini masih lagi salah , dan tidak tahu , cermin mata mana yang harus dipakainya dan berjalan dengan penuh gaya lagi ohsem .

Mari kita lihat cermin mata . Jika seseorang itu pakai cermin mata biru , di akan nampak semua benda jadi warna biru . Kalau pakai cermin mata hitam , semua benda akan berubah menjadi gelap dan begitulah untuk cermin mata warna lain .

Begitu juga pada mereka yang memakai cermin mata seorang peniaga . Dia akan lihat semua yang dihadapannya adalah sumber kekayaan . Malah , sekecil-kecil perkara juga boleh dianggapnya hasil sumber kekayaan .


Tapi sayangnya kita pada hari ini , ramai dikalangan kita tidak memilih cermin mata Islam sebagai pegangan . Ramai yang terlupa untuk memakai  cermin mata Islam , maka ia menjadi asbab untuk kita lupa bahawa kita ini seorang Islam , juga seorang hamba Allah yang punyai matlamat di dunia .

Ramai yang terlupa yang dia milik Ar-Rahman , sebab tidak meletakkan Allah sebagai tujuan malah nafsu dijadikan sandaran . Mereka juga lupa bahwa akan ada satu masa , mereka akan duduk di dalam syurga atau neraka buat selama-lamanya .

Sayangnya hari ini , bilamana mereka tidak paham akan kejadian sebagai hamba di muka bumi ini .

Allah cipta neraka bukan kerana nak masukkan hambanya ke sana , tapi sebagai motivasi untuk hambanya agar lebih kuat beribadah kerana syurga itu milik hamba . Ya , tapi sayangnya , kita tidak melihat itu , sebab kita terlupa nak pakai cermin mata .

Berjalanlah kemana sahaja anda mahu pergi , tapi jalan lupa bahawa Allah sentiasa memerhati .

Antara cita-cita Rasulullah SAW ialah , Islam itu hadir pada setiap hati umatnya .

Cita-cita itu tercapai ?

Mari kita duduk sebentar . Mari kita beriman sejenak .

Ibnu Rawahah pernah berkata kepada Abu Darda`RA , “Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak”


1 comment:

  1. Oh, jadi inilah maksud sebenar 'cermin mata Islam'.. :) hehe

    ReplyDelete