Kita memang dan tidak akan mencapai impian kita andai tiada usaha dilakukan untuk mencapai impian kita . Umpamanya , impian kita seperti dilangit biru . Oleh itu , kita bertanggungjawab mengapainya dan mengkebumikannya di dalam diri kita sendiri . Namun semuanya berlaku atas pertolongan ALLAH .
Ya , bukan sendirian , tapi dengan pertolongan ALLAH !
Tapi bagaimana ia datang ?
Semuanya bermula bila kita menerima pendidikan awal di madrasah kita , iaitu di rumah . Namun , cita-cita itu bisa dikembangkan apabila kita berada di sekolah .
Ya ! Di sekolah .
Di sekolah , kita diajar mengenal itu ini dan segalanya . Boleh dikatakan , bahawa , sepanjang seharian hidup kita , banyak kita habiskan disekolah , bukan dirumah . Dan disekolah jugalah , kita menghabiskan banyak masa kita bersama ibu bapa angkat kita , iaitu guru kita . Kerana gurulah , yang mentarbiyahkan kita setelah , ibu dah ayah yang berada di rumah.
Seorang doktor , tidak akan dapat meneruskan cita-citanya andai , tidak pernah disunting oleh seorang guru . Seorang ustaz juga , tidak mampu menyampaikan ilmunya , andai tiada dididkan dari gurunya . Hatta , Nabi Muhammad SAW sendiri , berguru dengan Jibril untuk mengenal Tuhannya , ALLAH .
Kadang-kadang kita berdoa , namun banyak dugaan yang datang . Kadang-kadang kita minta cerdik , tapi masalah pula yang bertandang . Kadang- kadang juga , kita minta kebahagiaan , tapi huru-hara yang menjelang .
Tapi , adakah kita pernah meminta doa darinya ?
Ya , dari seorang guru yang pernah mengajar kita . Memang , kita terlepas pandang akan itu , tapi kerana doa guru , seseorang itu juga bisa berjaya .
Ada yang mengadu , pelajar ni lambat la , malas la , tak makan saman la dan bermacam-macam lagi , namun , adakah kita mendoakannya .
Manusia tidak berhak memberi hidayah kepada orang lain . Tapi kuasa hidayah itu diberi oleh ALLAH , atas usaha seorang guru tika mengajar dan mendoakan anak muridnya . Kerana didikan dan tarbiyah guru , saya mengenal apa itu maksud usaha keras .
Guru , cikgu . Semuanya sama , seperti tugas seorang ibu dan ayah .
Datang kesekolah bawa harapan , bersama doa dan keizinan dari Tuhan . Mengajar subjek pilihan , sebagai bekalan , buat murid yang entah tahu atau tidak akan tujuan kehidupan . Darah tinggi , bermasam muka , di umpat perkara biasa , kerana itulah asam garam kehidupan guru cemerlang .
Yang diajar ini , yang pelajar jawab itu . Tetap mendoakan , walaupun , kadang- kala ia menyakitkan . Setiap hari bergelumang dengan sahabat sejati , pen merah yang sentaisa menemani . Ke mana-mana pergi , pasti ada status guru turut dipegangi . Bila nak periksa , kadang-kala , hanya insan ini sahaja yang tersiksa, bukan si penuis jawapannya.
Pagi mengajar , tak masuk pula dengan mesyuaratnya . Hanya harii minggu menjadi sandaran , sebagai bekalan utuk melepasakan lelahan . Semuanya dilakukan , atas tiket , amanah dari Tuhan , tanpa penat lesu dan bosan .
Terima kasih cikgu . Kerana doa cikgu , pasti kami berjaya .
Saya sendiri pernah dipilih ALLAH , untuk merasai pengalaman menjadi seorang guru . Walaupun menjadi seorang guru kelas malam , utuk pelajar-pelajar sekolah rendah , darjah 6 , aurau dan cabaran itu memang terasa . Bukan mudah untuk mengetuk pintu hati orang dan memastikan pelajar duduk dalam keadaan senyap . Ketika itu , saya mengajar matapelajaran , Matematik , Sains dan Bahasa Malaysia .
Bersyukurlah kerana , kita dipilih ALLAH utuk merasai waktu bersama guru .
Namun adakah kita mengigatinya ?
Masih kosong dan lupa akan tanggungjawabnya ?
Saya masih lagi rindu bau Gemencheh....
Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Masih lagi bau buku dan pen merah serta rotan dan coretan seorang guru .