Manusia dan kuda perang , mana yang lebih taat ?
Kuda perang ?
Manusia ?
Mari kita baca terjemahan surah Al-Adiyat dengan tenang sambil berfikir ;
“ Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”
“ Demi kuda perang yang berlari kencang sekencang-kencangnya”
“Dan kuda yang memercikkan bunga api ( dengan pukulan ladam kakinya )”
“ Dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba pada waktu pagi”
“ Sehingga menerbangkan debu-debu”
“ Lalu menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh”
“Sungguh manusia itu sangat ingkar ( tidak bersyukur ) kepada Tuhannya”
“ Dan sesungguhnya dia ( manusia ) menyaksikan ( mengakui ) keingkarannya”
“ Dan sesungguhnya cintanya kepada harta benar-benar berlebihan”
“ Maka tidakkah dia mengetahui apabila pa yang didalam kubur dikeluarkan”
“ Dan apa yang tersimpan di dalam dada dikeluarkan ”
“ Sesungguhnya , Tuhan mereka pada hari itu Maha Teliti terhadap keadaan mereka”
Anda sudah berfikir?
Dalam surah ini , ALLAH tunjukkan perbandingan antara sifat manusia dan sifat kuda perang . Mungkin ada diantara kita yg terlepas pandang , jadi , mari kita renung kembali sambil berfikir .
Dalam surah ini , ALLAH tunjukkan kepada kita bahawa , kuda perang ini sanggup melakukan apa sahaja demi kehendak tuannya . Malah , tika dalam peperangan , kesungguhan dan semangat kuda perang ini semakin meninggi apabila ketika sama-sama berjuang dengan tuannya , sehinggakan ladam kakinya memercikkan api dan menaikkan debu-debu pasir .
Sebelum itu , mari kita lihat balik pada kuda perang . Mereka dilahirkan dan dibesarkan khusus untuk pergi berperang bersama tuannya . Makanan harian mereka hanyalah rumput kering dan mendapat air kosong biasa-biasa sahaja . Malah , kuda perang juga , punyai risiko untuk mati di medan perang .
Kita ?
ALLAH berikan kita pelbagai nikmat . Hidup dalam suasana tenang dan aman. Malah , kita juga memperoleh rezeki dan makanan yang hebat-hebat .
Namun , kebanyakkan manusia , lupa akan tujuan kehidupan .
Lupa akan semua peringatan malah meninggalakn segala suruhan.
Kita , ALLAH bagi akal untuk berfikir sedangkan , nikmat akal itu tidak ALLAH berikan kepada kuda perang . Adakah kita lagi teruk dari kuda perang ? Yang berakal bisa berfikir , inikan pula yang tidak , hanya tunduk dan ikut sahaja .
Kadang-kala kita lupa , akan tanggungjawab sebagai hamba , untuk patuh pada ALLAH , taat pada semua perintahnya . Kadang kala kita mampersoalkan pula , sedagkan kuda perang , yang hanya diberi nikmat sedikit cuma , malah tidak mendapat apa-apa ganjaran di sana , juga turut taat kepada tuannya , inikan pula kita , yang sudah pasti akan mendapat ganjaran , melupakan akan tanggungjawab kita sebagai hamba .
Pernah terfikir ?
Tanggungjawab kita , hanya untuk taat kepada YANG ESA.
Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Mari duduk , berfikir sambil berzikir . Merenung tahap kita .
No comments:
Post a Comment