Powered By Blogger

Monday, December 5, 2011

Anda Bersedia ?


Adat menjadi hamba ;
Pasti akan kembali semula kepada Pencipta .

Anda bersedia ?

Dan bilamana , masuk ke pintu kematian , maka
tertutup rapatlah semua pintu kehidupan dunia . Tiada lagi kata ,
"berpatah balik "

 "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya "

( Al-Imran ; 185 )


Friday, December 2, 2011

Hamba Yang Diredhai Atau Yang Dimurkai ?





Alhamdulilah , Allah masih lagi beri kita peluang dan ruang serta cuti untuk menyambut tahun Hijrah yang baru .

Sambutan Maal Hijrah setiap tahun dilakukan . Malah , setiap tahun jugalah , tema sambutannya berbeza . Ya , berbeza dari satu tahun ke tahun yang lain .

Adakah kalian memerhati ?

Tapi persoalan pada kali ini ialah , adakah , Hijrah itu kita sambut dengan sebenar-benar Hijrah ?

Adakah Hijah itu kita sambut hanya sekadar mengingati sejarah ?

Jika kita lihat kembali , umur kita yang meningkat , maka , meningkat jugalah tahun Hijrah yang berlaku . Tapi adakah kita memerhatikan Hijrah kita ?

Hari ini , ramai yang mengamalkan Islam . Hari ini ramai yang mengambil Islam sebagai agamanya . Tapi hari ini juga , ramai yang ambil Islam sekadar “gitu-gitu ” dan tak ramai dari kalangan penganut Islam yang ambil Islam itu dengan sebenar-benar Islam .

Jika kita lihat hari ini , semakin lama , semakin bertambah anak- anak Islam yang cemerlang menadapat semua A dalam peperiksaannya . Tapi , cemerlang semua A itu belum tentu menjanjikan terhindar dari gejala sosial . Jika hari ini , semakin ramai anak-anak Islam yang bergelar popular . Tapi popular itu tak menjanjikan dapat menyelamatkan manusia dari kemurkaan Allah .

Adakah kalian memerhati ?

Islam . Ramai yang ambil Islam , tapi tidak mengambilnya dengan sebenar-benar . Mereka memandang Islam terlampau kolot . Memandang Islam juga seperti pemikiran orang-orang tua , tak ikut aliran zaman .

Hakikatnya , ramai yang terlupa bahawa , Islam sebenarnya bukanlah sedemikian . Seseorang yang mengambil dan faham Islam yang sebenar akan menjadikan seseorang itu kemas , disiplin , pandai menjaga kebersihan , menyenangkan dan pandai menjaga diri . Kefahaman Islam sebenar akan membantu menilai mana baik dan buruk dan mendidik untuk memilih apa yang diredhai Allah .

Sebenarnya Islam adalah cara hidup . Bukan sekadar agama yang hanya di rumah ibadah semata . Bagi yang memahami Islam , mereka akan faham apa itu ; ladang orang beriman ialah dunia dan akhirat tempat kita menuaikan hasilnya . Kefahaman Islam adalah untuk memastikan kita berdiri atas landasan yang benar .

Nak dapat semua A dalam peperiksaan ? Tiada hal ! Tapi , jadilah pelajar yang mendapat semua A , malah punyai kefahaman Islam yang sebenar , akhlak soleh , berbakti , berdisiplin dan sebagainya . Nak bergelar popular ? Tiada hal ! Tapi , jadilah seorang yang popular yang faham Islam yang sebenar , berakhlak soleh , rendah diri , tidak riak , menjaga hubungan dengan Allah dan hamba , malah menjadi contoh kepada masyarakat .

“ Jika mati anak Adam , terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara , sedekah jariahnya , ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya ”  ( Riwayat Muslim )

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Kefahaman pada Islam yang sebenarnya akan membawa kita menjadi hamba yang diredhai atau dimurkai .

Thursday, December 1, 2011

Iktibar Warna Pelangi



Alhamdulilah , Allah beri kekuatan untuk saya menulis semula .

Nama blog ini melakarpelangiindah . Saya pilih sebagai simbolik untuk menunjukkan bahawa hidup kita ini penuh dengan pelbagai ragam cerita , pelbagai ragam kisah dan pengalaman , begitu juga seperti pelangi yang punyai pelbagai jenis warna . Malah pelangi itu sendiri menjadi cantik hasil gabungan pelbagai jenis warna , begitu juga manusia , akan lebih bermakna hidupnya jika banyak ragam cerita dan pengalamannya .

Tapi hakikatnya , nama melakarpelangiindah itu sebenarnya adalah ilham dari Allah . Saya hanya pinjam sahaja dari Allah .

Tanpa ujian , tanpa pelbagai cerita dan pengalaman , tiada ertilah hidup ini . Dan tidaklah dinamakan kehidupan tanpa hadirnya ujian . Ya , ujian itu sentiasa datang tanpa henti , Cuma yang beriman sahaja akan terpanggil untuk bergerak melakukan sesuatu bagi menyelesaikan ujian hidup itu .

Malah ujian itu datang tanpa mengira masa , hatta susah mahupun senang . Itulah yang Allah aturkan untuk hambaNya . Maka , sebagai hamba Allah , kita perlu patuh dan taat setiap apa yang diperintahkan oleh Allah . Memang tidak dapat dinafikan , kadang kala , iman kita juga ada naik dan ada turunnya , tapi , tidakkah Allah sentiasa beri kita peluang dan ruang .

Jika turun iman , naikkan semula !

Mari kita sama-sama renungkan hadis Rasulullah s.a.w :

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya .

Tuesday, November 15, 2011

Andai Waktu Memanggilku


Ya Rabbi beri kami
Cahaya penerang digelapnya hati
Jauh sudah langkah kaki
Lewati jutaan detik tak kembali

Ilahi ampuni kami
Dosa-dosa mewarnai diri
Hati lupa kadang terlena 
Mimpi dunia menggoda sang jiwa

Andai waktu memanggilku
Berharap tersenyum di akhir masaku
Maafkanlah ampuni diriku
Hatikan memohon di kemahaanMu

Tangan ini hati ini
Hari-hari berlalukan jadi saksiMu
Dan tak bisa ku sembunyi 
Suka duka nestapa tiada hati bisa berdusta

- Opick -

Adakah kita sudah bersedia untuk kembali ?
Adakah kita sudah bergerak kearahNya ?

Wednesday, November 9, 2011

Hati Yang Hancur


Hati anda hancur ?

Hati anda hampa ?

Kembalilah pada Pemilik Hati Sebenar ,

Rawat Hatimu dgn mengigati Allah .

“…Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”.

Monday, November 7, 2011

Cinta Yang Mana Perlu Diambil


Cinta itu hadiah pemberian Allah buat kita.

Adakah kita mahu mengambil cinta hadiah ,

atau kita mahu 

mengambil cinta Pemberi Hadiah .



Thursday, November 3, 2011

Mengapa Allah Cipta “Taubat”



Saya , kamu , awak , dia , dan meraka adalah sama . Kita adalah pendosa .

Ya kita semua pendosa .

Hanya Rasulullah SAW dan para nabi sahaja maksum dari segala noda. Tetapi buat kita manusia biasa, dosa hakikatnya adalah sebahagian daripada fitrah . Fitrah ?

Ya sebab itu lah saya katakan diawal tadi kita sama , iaitu pendosa . Tapi adakah kita mahu bergerak sebagai pendosa tegar selama-lamanya ?

Hanya yang bergerak kearahNya sahaja dan yang berusaha kearahNya , yang membezakan kita dengan pendosa lain .

Cuba kita berfikir sebentar , mengapa ALLAH cipta “taubat” ?

Hakikatnya , taubat itu adalah hadiah buat sang pendosa . Jika sang pendosa mengambil taubat dengan sebanar-benarnya , maka ia berbeza dengan yang lain , seperti yang saya katakan tadi . Maka senang kata , kita semua masih lagi ada peluang kerana ALLAH sanggup cipta taubat buat hamba-hambaNYA .

Adakah kita mengambil taubat ?

Selagi belum kiamat , selagi belum meninggal , kita masih ada peluang untuk bertaubat .

“Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” ( Surah An-Nisa’ ayat 110 )

Nah ! Ini janji-janji ALLAH buat kita . Maka jawapan bagi persoalan “mengapa ALLAH cipta “taubat” ?” ialah , ALLAH bersedia mengampuni kita , mengampuni dosa-dosa kita kerna sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun .

Tapi , adakah kita mengambil hadiah ; “taubat” dengan sebaik-baiknya dan mengambil ruang ALLAH Maha Pengampun ?

Oleh itu marilah kita bersegera mendapatkan keampunan itu tanpa lengah. Tanpa berkira-kira. Kita berusaha bersungguh-sungguh, bermati-matian untuk mendapatkannya. Tidak pula kita menjadikan alasan “Allah itu Maha Pengampun” untuk menambah dosa.

Itu tandanya, manusia yang benar-benar inginkan harapan. Semestinya manusia itu akan menggunakan segala peluang yang ada bukan?

Kerana sekiranya kita kufur, tidak bersyukur, tidak menghargai harapan yang Allah SWT berikan ini, apakah mungkin wujud keampunan buat kita? Mustahil.

Jangan sesekali mengatakan tiada harapan untuk bertaubat . Jangan sesekali mengatakan yang kita diciptakan untuk derhaka kepada DIA , tapi hakikatnya DIA memberi kita pilihan sebenarnya .  Memilih untuk kesyurga atau neraka , mahu menjadi hambaNYA atau penderhakaNYA .

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Kita ada harapan untuk keluar dari dosa !