Alhamdulilah , Allah beri kekuatan untuk saya menulis semula .
Nama blog ini melakarpelangiindah . Saya pilih sebagai simbolik untuk menunjukkan bahawa hidup kita ini penuh dengan pelbagai ragam cerita , pelbagai ragam kisah dan pengalaman , begitu juga seperti pelangi yang punyai pelbagai jenis warna . Malah pelangi itu sendiri menjadi cantik hasil gabungan pelbagai jenis warna , begitu juga manusia , akan lebih bermakna hidupnya jika banyak ragam cerita dan pengalamannya .
Tapi hakikatnya , nama melakarpelangiindah itu sebenarnya adalah ilham dari Allah . Saya hanya pinjam sahaja dari Allah .
Tanpa ujian , tanpa pelbagai cerita dan pengalaman , tiada ertilah hidup ini . Dan tidaklah dinamakan kehidupan tanpa hadirnya ujian . Ya , ujian itu sentiasa datang tanpa henti , Cuma yang beriman sahaja akan terpanggil untuk bergerak melakukan sesuatu bagi menyelesaikan ujian hidup itu .
Malah ujian itu datang tanpa mengira masa , hatta susah mahupun senang . Itulah yang Allah aturkan untuk hambaNya . Maka , sebagai hamba Allah , kita perlu patuh dan taat setiap apa yang diperintahkan oleh Allah . Memang tidak dapat dinafikan , kadang kala , iman kita juga ada naik dan ada turunnya , tapi , tidakkah Allah sentiasa beri kita peluang dan ruang .
Jika turun iman , naikkan semula !
Mari kita sama-sama renungkan hadis Rasulullah s.a.w :
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)
Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya .
Alhamdulillah..terbca entry ni ~~
ReplyDeletesbg smgt dan kekuatan dalam mnruskan kehdupan yg pnuh onak duri..Insya-Allah...Moga snantiasa hidup kte d rahmati dan d redhai-Nya dunia dan akhirt.
baru je mkn kek pelangi ni :), jom tukar link..
ReplyDeletepelangi itu indah..
ReplyDeleteyang indah itu ciptaan Nya..
sm0ga sentiasa mencari redha Illahi..
~ sharing is caring..(^_~) ~
sea_lavender : insyaALLAH ...Kita sama2 bergerak kerahNYA ^^
ReplyDeleteCahaya hidup : insyaALLAH ...tp mcm mana nak buat? Saya tak reti ^^
peRmaTa_ aGamA : insyaALLAH...moga pinjaman nikmat pelangi itu kita gunakan dgn baik ^^
Insya-Allah ^_^ m'ikhlaskn diri dn ihsan pd-Nya
ReplyDelete