Powered By Blogger

Friday, December 2, 2011

Hamba Yang Diredhai Atau Yang Dimurkai ?





Alhamdulilah , Allah masih lagi beri kita peluang dan ruang serta cuti untuk menyambut tahun Hijrah yang baru .

Sambutan Maal Hijrah setiap tahun dilakukan . Malah , setiap tahun jugalah , tema sambutannya berbeza . Ya , berbeza dari satu tahun ke tahun yang lain .

Adakah kalian memerhati ?

Tapi persoalan pada kali ini ialah , adakah , Hijrah itu kita sambut dengan sebenar-benar Hijrah ?

Adakah Hijah itu kita sambut hanya sekadar mengingati sejarah ?

Jika kita lihat kembali , umur kita yang meningkat , maka , meningkat jugalah tahun Hijrah yang berlaku . Tapi adakah kita memerhatikan Hijrah kita ?

Hari ini , ramai yang mengamalkan Islam . Hari ini ramai yang mengambil Islam sebagai agamanya . Tapi hari ini juga , ramai yang ambil Islam sekadar “gitu-gitu ” dan tak ramai dari kalangan penganut Islam yang ambil Islam itu dengan sebenar-benar Islam .

Jika kita lihat hari ini , semakin lama , semakin bertambah anak- anak Islam yang cemerlang menadapat semua A dalam peperiksaannya . Tapi , cemerlang semua A itu belum tentu menjanjikan terhindar dari gejala sosial . Jika hari ini , semakin ramai anak-anak Islam yang bergelar popular . Tapi popular itu tak menjanjikan dapat menyelamatkan manusia dari kemurkaan Allah .

Adakah kalian memerhati ?

Islam . Ramai yang ambil Islam , tapi tidak mengambilnya dengan sebenar-benar . Mereka memandang Islam terlampau kolot . Memandang Islam juga seperti pemikiran orang-orang tua , tak ikut aliran zaman .

Hakikatnya , ramai yang terlupa bahawa , Islam sebenarnya bukanlah sedemikian . Seseorang yang mengambil dan faham Islam yang sebenar akan menjadikan seseorang itu kemas , disiplin , pandai menjaga kebersihan , menyenangkan dan pandai menjaga diri . Kefahaman Islam sebenar akan membantu menilai mana baik dan buruk dan mendidik untuk memilih apa yang diredhai Allah .

Sebenarnya Islam adalah cara hidup . Bukan sekadar agama yang hanya di rumah ibadah semata . Bagi yang memahami Islam , mereka akan faham apa itu ; ladang orang beriman ialah dunia dan akhirat tempat kita menuaikan hasilnya . Kefahaman Islam adalah untuk memastikan kita berdiri atas landasan yang benar .

Nak dapat semua A dalam peperiksaan ? Tiada hal ! Tapi , jadilah pelajar yang mendapat semua A , malah punyai kefahaman Islam yang sebenar , akhlak soleh , berbakti , berdisiplin dan sebagainya . Nak bergelar popular ? Tiada hal ! Tapi , jadilah seorang yang popular yang faham Islam yang sebenar , berakhlak soleh , rendah diri , tidak riak , menjaga hubungan dengan Allah dan hamba , malah menjadi contoh kepada masyarakat .

“ Jika mati anak Adam , terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara , sedekah jariahnya , ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya ”  ( Riwayat Muslim )

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Kefahaman pada Islam yang sebenarnya akan membawa kita menjadi hamba yang diredhai atau dimurkai .

2 comments:

  1. sm0ga kita semua tergol0ng d'kalangan hamba yang dredhai Nya..

    ~ sharing is caring..(^_~) ~

    ReplyDelete
  2. amin ya Rabb...

    "kehidupan kita hari ini berkait rapat dengan kehidupan kita di sana"

    ReplyDelete