Powered By Blogger

Thursday, May 19, 2011

Iktibar Dari Kuda Perang..




Manusia dan kuda perang , mana yang lebih taat ?

Kuda perang ?

Manusia ?

Mari kita baca terjemahan surah Al-Adiyat dengan tenang sambil berfikir ;

“ Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”
“ Demi kuda perang yang berlari kencang sekencang-kencangnya”
“Dan kuda yang memercikkan bunga api ( dengan pukulan ladam kakinya )”
“ Dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba pada waktu pagi”
“ Sehingga menerbangkan debu-debu”
“ Lalu menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh”
“Sungguh manusia itu sangat ingkar ( tidak bersyukur ) kepada Tuhannya”
“ Dan sesungguhnya dia ( manusia ) menyaksikan ( mengakui ) keingkarannya”
“ Dan sesungguhnya cintanya kepada harta benar-benar berlebihan”
“ Maka tidakkah dia mengetahui apabila pa yang didalam kubur dikeluarkan”
“ Dan apa yang tersimpan di dalam dada dikeluarkan ”
“ Sesungguhnya , Tuhan mereka pada hari itu Maha Teliti terhadap keadaan mereka”

Anda sudah berfikir?

Dalam surah ini , ALLAH tunjukkan perbandingan antara sifat manusia dan sifat kuda perang . Mungkin ada diantara kita yg terlepas pandang , jadi , mari kita renung kembali sambil berfikir .


Dalam surah ini , ALLAH tunjukkan kepada kita bahawa , kuda perang ini sanggup melakukan apa sahaja demi kehendak tuannya . Malah , tika dalam peperangan , kesungguhan dan semangat kuda perang ini semakin meninggi apabila ketika sama-sama berjuang dengan tuannya , sehinggakan ladam kakinya memercikkan api dan menaikkan debu-debu pasir .

Sebelum itu , mari kita lihat balik pada kuda perang . Mereka dilahirkan dan dibesarkan khusus untuk pergi berperang bersama tuannya . Makanan harian mereka hanyalah rumput kering dan mendapat air kosong biasa-biasa sahaja . Malah , kuda perang juga , punyai risiko untuk mati di medan perang .

Kita ?

ALLAH berikan kita pelbagai nikmat . Hidup dalam suasana tenang dan aman. Malah , kita juga memperoleh rezeki dan makanan yang hebat-hebat .

Namun , kebanyakkan manusia , lupa akan tujuan kehidupan .

Lupa akan semua peringatan malah meninggalakn segala suruhan.

Kita  , ALLAH bagi akal untuk berfikir sedangkan , nikmat akal itu tidak ALLAH berikan kepada kuda perang . Adakah kita lagi teruk dari kuda perang ? Yang berakal bisa berfikir , inikan pula yang tidak , hanya tunduk dan ikut sahaja .

Kadang-kala kita lupa , akan tanggungjawab sebagai hamba , untuk patuh pada ALLAH , taat pada semua perintahnya . Kadang kala kita mampersoalkan pula , sedagkan kuda perang , yang hanya diberi nikmat sedikit cuma , malah tidak mendapat apa-apa ganjaran di sana , juga turut taat kepada tuannya , inikan pula kita , yang sudah pasti akan mendapat ganjaran , melupakan akan tanggungjawab kita sebagai hamba .

Pernah terfikir ?

Tanggungjawab kita , hanya untuk taat kepada YANG ESA.

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Mari duduk , berfikir sambil berzikir . Merenung tahap kita .

Monday, May 16, 2011

Kerana Doa







Kita memang dan tidak akan mencapai impian kita andai tiada usaha dilakukan untuk mencapai impian kita . Umpamanya , impian kita seperti dilangit biru . Oleh itu , kita bertanggungjawab mengapainya dan mengkebumikannya di  dalam diri kita sendiri . Namun semuanya berlaku atas pertolongan ALLAH .

Ya , bukan sendirian , tapi dengan pertolongan ALLAH !

Tapi bagaimana ia datang ?

Semuanya bermula bila kita menerima pendidikan awal di madrasah kita , iaitu di rumah . Namun , cita-cita itu bisa dikembangkan apabila kita berada di sekolah .

Ya ! Di sekolah .

Di sekolah , kita diajar mengenal itu ini dan segalanya . Boleh dikatakan , bahawa , sepanjang seharian hidup kita , banyak kita habiskan disekolah , bukan dirumah . Dan disekolah jugalah , kita menghabiskan banyak masa kita bersama ibu bapa angkat kita , iaitu guru kita . Kerana gurulah , yang mentarbiyahkan kita setelah , ibu dah ayah yang berada di rumah.

Seorang doktor , tidak akan dapat meneruskan cita-citanya andai , tidak pernah disunting oleh seorang guru . Seorang ustaz juga , tidak mampu menyampaikan ilmunya , andai tiada dididkan dari gurunya . Hatta , Nabi Muhammad SAW sendiri , berguru dengan Jibril untuk mengenal Tuhannya , ALLAH .

Kadang-kadang kita berdoa , namun banyak dugaan yang datang . Kadang-kadang kita minta cerdik , tapi masalah pula yang bertandang . Kadang- kadang juga , kita minta kebahagiaan , tapi huru-hara yang menjelang .

Tapi , adakah kita pernah meminta doa darinya ?

Ya , dari seorang guru yang pernah mengajar kita . Memang , kita terlepas pandang akan itu , tapi kerana doa guru , seseorang itu juga bisa berjaya .

Ada yang mengadu , pelajar ni lambat la , malas la , tak makan saman la dan bermacam-macam lagi , namun , adakah kita mendoakannya .

Manusia tidak berhak memberi hidayah kepada orang lain . Tapi kuasa hidayah itu diberi oleh ALLAH , atas usaha  seorang guru tika mengajar dan mendoakan anak muridnya . Kerana didikan dan tarbiyah guru , saya mengenal apa itu maksud usaha keras .

Guru , cikgu . Semuanya sama , seperti tugas seorang ibu dan ayah .

Datang kesekolah bawa harapan , bersama doa dan keizinan dari Tuhan . Mengajar subjek pilihan , sebagai bekalan , buat murid yang entah tahu atau tidak akan tujuan kehidupan . Darah tinggi , bermasam muka , di umpat perkara biasa , kerana itulah asam garam kehidupan guru cemerlang .

Yang diajar ini , yang pelajar jawab itu . Tetap mendoakan , walaupun , kadang- kala ia menyakitkan . Setiap hari bergelumang dengan sahabat sejati , pen merah yang sentaisa menemani . Ke mana-mana pergi , pasti ada status guru turut dipegangi . Bila nak periksa , kadang-kala , hanya insan ini sahaja yang tersiksa, bukan si penuis jawapannya.

Pagi mengajar , tak masuk pula dengan mesyuaratnya . Hanya harii minggu menjadi sandaran , sebagai bekalan utuk melepasakan lelahan . Semuanya dilakukan , atas tiket , amanah dari Tuhan , tanpa penat lesu dan bosan .

Terima kasih cikgu . Kerana doa cikgu , pasti kami berjaya .

Saya sendiri pernah dipilih ALLAH , untuk merasai pengalaman menjadi seorang guru . Walaupun menjadi seorang guru kelas malam , utuk pelajar-pelajar sekolah rendah , darjah 6 , aurau dan cabaran itu memang terasa . Bukan mudah untuk mengetuk pintu hati orang dan memastikan pelajar duduk dalam keadaan senyap . Ketika itu , saya mengajar matapelajaran , Matematik , Sains dan Bahasa Malaysia .

Bersyukurlah kerana , kita dipilih ALLAH utuk merasai waktu bersama guru .

Namun adakah kita mengigatinya ?

Masih kosong dan lupa akan tanggungjawabnya ?

Saya masih lagi rindu bau Gemencheh....

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Masih lagi bau buku dan pen merah serta rotan dan coretan seorang guru .



Sunday, May 15, 2011

Ketika Cinta




Saat ALLAH mencintai seseorang ,

Tempat pertama menerima sentuhan itu adalah hati ,

Disitulah ALLAH melenyapkan rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa ,

Kemudia , ALLAH ganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan berjiwa bersih ,

Maka , hati mula berbica ;

" Aku tahu bila saat ALLAH mencintaiku , iaitu saat aku membenci semua kejahatanku "

Thursday, May 12, 2011

Kita Tetap Hamba




Walau sejauh mana kita melangkah , walau sejauh mana kita berlari , walau sehebat mana pun diri kita ini , satu yang pasti , kita TETAP HAMBA ILAHI , ALLAHU RABBI .

Melangkah , berlari hatta baring dan berdiri , kita tetap di bawah LANGIT ILAHI , bukti kita sentiasa diperhati .

Kenapa ALLAH ciptakan kita ?

Kenapa ALLAH pilih kita ?

Semuanya untuk mengabdikan diri kepadaNYA ; BERIBADAT KEPADA ALLAH .

Bagi mereka yang merasai akan pengertian hamba pada diri , mereka akan sentiasa merasakan bahawa , satu hari nanti , mereka pasti menghadap ILAHI . Kerana apa ? Kerna , kemanisan yang dialami dan dirasai cukup membahagiakan diri .

Kembali pada ALLAH dan meletakkan agama sebagai yang utama antara ciri-ciri hamba yang dirindui .

Hakikat hamba , akan tunduk dan patuh pada setiap apa yang disuruhi oleh Tuannya , namun kita bagaimana ? Melawan Tuhan , perkara biasa dalam kehidupan . Disuruh ini , dibuat itu pula . Bagaimana nanti akan keadaan kita di penghujung sana ?

Hamba ini miskin . Hidup Cuma mengharap dari Tuannya sahaja . Malah , hamba ini juga hina . Kita?

Semua yang dirasai ini adalah dari ALLAH . Kalaulah ALLAH mintak kita bayar semua nikmat yang dia beri pada kita , nescaya , kita tidak mampu membayarnya . Kerana kita miskin!

Bifikirlah dengan hati dan akal , pasti anda dapat menilai diri anda yang sebenar .

Tahjud dan solat malam tanda kekuatan serta mintak pertolongan . Mathurat dan Al-Quran dipergiatkan untuk kesuburan cinta pada Tuhan . Majlis ilmu tidak dilupa jangan ditinggalkan sebagai vitamin penghadaman . Zikir dan fikir , serta selalu mengigati Tuhan , adalah perisai dari kelemahan iman serta selawat keatas junjungan .

Ingat ALLAH , pasti kita akan tahu akan pengertian Tuhan dan hamba . Bercinta dengan ALLAH , hidup lebih tenang dan bahagia .

Dipersoalkan akan amalan , setiap yang dilakukan . Apakah , setiap tugasan dijalankan? Apakah setiap perbuatan diselitkan iman atau kemungkaran ? Semuanya hanya kerana IMAN , yang bisa menentukan .

Percaya ALLAH itu wujud , tapi menolak akan kebenaran . Menolak akan pertemuan , tapi di hari perhitungan , Cuma penyesalan yang dapat dikatakan .

Aku menyesal ya Tuhan ! ” , jawab hamba yang sombong kerana penyesalan di setiap perbuatan.

Tapi semua tinggal kenangan , kerana semua sudah menjadi debu yang berterbangan . Muhammad SAW ibnu Abdullah , datang cuba memberi pertolongan , tapi masih lagi kurang timbagan untuk ke arah syurga idaman .

Mengigati Nabi , cukup sekadar topengan atas tiket Islam , namun lebih sayangkan akan artis pujaan dan orang kenamaan tapi , masih lagi mengharap syafaat nabi untuk menjadi bekalan .

Kemana keadilan ?

Kemana penghargaan buat Nabi sebagai contoh kehidupan ?

Semuanya tinggal kenangan , kerna kita ini ego akan kehebatan yang diberi pinjaman . Arahan dari Tuhan diketepikan , kerana beralasan mengikut persetujuan dari mereka yang merangcang untuk menjatuhkan Islam .

Tinggal la berseorangan di dalam kubur yang terang dengan kegelapan bukannya cahaya dari Tuhan . Dan diakhiri kisah pejalanan buat selama-lamanya sebagai hamba yang tidak mengenal budi , dan dicampakkan kedalam Jahanam , neraka yang mengasyikkan bagi mereka yang mendambakan jauh dari hukum hakam agama dan syariat TUHAN .

Syurga menjadi idaman , bagi mereka yang yakin akan pertemuan . Koreksi diri , perbetulan amalan , mana yang perlu diutaman hanyalah untuk mencari keredaan . Muhasabah pada setiap perbuatan dan tindakan agar pengertian hidup hamba dapat dilaksanakan .

Menyeru diri dan kalian agar kita sama-sama hidup hanya kerana Tuhan . Berkasih sayang tidak lebih hanya mengharap balasan Tuhan .

Jangan ada penyesalan di hujung nyawa , ketika izrail datang menemani untuk menemui Tuhan , kerana msa dan peluang , cukup banyak telah diberikan .

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Merasi nikmat hamba adalah satu dambaan sebelum menghadap NYA di hari perhitungan.


Tuesday, May 10, 2011

Hidup Dengan Iman




‎"Manisnya kehidupan bila segalanya disandarkan pada Allah. 

Mustahil ada kesilapan dalam urus dan takdirNya. 

Peritnya kehidupan bila jiwa bersandar pada selainNya. 

Kalau sandarkan pada rupa, takut tua. 

Kalau sandarkan pada harta, takut miskin. 

Kalau sandarkan pada pangkat takut turun pangkatnya. 

Ayuh nikmati hidup ini dengan IMAN"

Saturday, May 7, 2011

Datang daripada Allah


Datang daripada Allah.

Balik pun akan balik kepada Allah.

Bukankah amat menghairankan,

Apabila di tengah-tengah antara kedua-dua itu bukan

Diisi dengan apa yang diredhai Allah?

Sederhana - Cukup Bagiku




Tak cantik macam orang lain

Tapi , dia menenagkan...

Cukup sederhana ,

Sehingga menutup kehebatan .

Aku bersyukur......

Friday, May 6, 2011

Cerita Cinta




Ibumu memandangmu dengan pandangan cinta .Melayan bukan sahaja dirimu bahkan seluruh keluarga. Apakah kau memandangnya dengan kasih sayang, atau hanya melupakannya di kala senang?

Itulah ibu , mama , mak atau ummi .

Pelbagai nama , namun , tetap berdiri dengan semangat yang luar biasa .

Tiada alasan untuk menjadi anak derhaka kepada ibu yang telah bersusah payah membesarkan kita .

360 hari tanpa henti , tetap memikul tanggungjawab sebagai ibu hatta , dia menjadi ibu yang bekerjaya . Ya , tanpa henti !

Suami , anak dan juga diri , diselesaikan amanahnya setiap hari tanpa merungut , dari pagi sehingga bertemu pagi keesokkan harinya . Terus berlayar dalam bahtera seorang ibu .

Ibu , madrasah pertama seorang anak .

Dari ibulah kita mengenal semuanya . Dari ibulah , kita ditarbiyah untuk menjadi seorang yang bisa berbakti hatta dengan diri sendiri . Bermula dari ibulah , kita membaca dan bertanyakan akan kewujudan Tuhan Yang Esa .

Tiada alasan menjadi anak yang deharka .

Sembilan bulan , tanpa henti , membawa kita kemana sahaja , dia pergi .

Ketandas , kemeja makan hatta ke kedenduri perkahwinan dan sewaktu tidur juga , kita bersamanaya. Habis perutnya pecah-pecah dek memikul kita . Tanpa henti !

Kita ?

Lepas sahaja mengenal dunia disana , terus lupa akan pengorbanannya .

Dimana tanggungjwab kita ?

“ Tiga doa yang paling mustajab ialah doa orang dizalimi , doa orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya .”

Sedarkah kita, ibu menjadi salah satu lorong-lorong dan jalan menuju ke syurga. Tiket untuk ke sana, dipegang oleh keredhaan ibu kita terhadap anak-anaknya. Justeru, harus kita meniti beratkan soal ini sebagai salah satu agenda yang terpenting di dalam hayah ini.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“ Ibu bapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserah kepadamu, apakah engkau sia-siakan pintu itu atau memeliharanya.”

( Riwayat Tirmidzi)

Tepuk dada, soallah iman kita. Sama ada kita ingin menjadikan ia sebagai agenda, atau ingin menyia-yiakannya pergi begitu sahaja.

Ibu yang ada itu,kita hargai dengan bakti, yang menyenangkannya dalam batasan Ilahi.

Ibu yang telah pergi itu,kita hargai dengan doa,menjadi soleh solehah yang diredhai Allah Ta'ala.

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya. Selamat Hari Ibu.

Wednesday, May 4, 2011

Ibu




Ibumu memandangmu dengan pandangan cinta,

Melayan bukan sahaja dirimu bahkan seluruh keluarga,

Apakah kau memandangnya dengan kasih sayang,

Atau hanya melupakannya di kala senang?

Tuesday, May 3, 2011

Muslimah




Oh muslimah berbahagialah
Kau telah dilahirkanNYA dengan mulia
SubhanaALLAH Tuhan telah berkati
Wanita yang cukup ilmu rendah hati

Oh muslimah busanamu menutup rapi
Aurat engkau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah kau rajin mengaji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah , memandangmu menyejuk hati
Menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah
Indah peribadi tulus hatinya

Oh muslimah kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahankan kehormtan dirimu
Dengan pakaian mentaati ALLAH

Oh muslimah , kau masuk ke syurga
Solat 5 waktu dan berpuasa
Menundukkan pandagan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Monday, May 2, 2011

Lafaz Sakinah


Lafaz sakinah itu bukan main-main

Tapi ia sebuah perjanjian

Membawa cinta dia bertemu DIA