Sunday, February 5, 2012
Hikmah Rasulullah SAW Dan Buah Limau
Hari ini Maulidur Rasul . Takdir masih lagi bersama kita , untuk sama-sama menikmatinya .
Setiap tahun , Maulidur Rasul terus di sambut . Tapi sejauh mana , kita menghayati nikmat berada di bulan kelahiran nabi . Sejauh mana , kita melazimi untuk mengambil hikmah dalam setiap teladan yang Rasulullah SAW lazimi .
Moga -moga , Maulidur Rasul kali menjadi satu batu lonjatan untuk kita lebih mencintai Baginda . Semperna Maulidur Rasul kali ini , ingin saya kongsikan cerita di sebalik hikmah akhlak Rasulullah SAW . Kisah ini berkisah tentang Rasulullah SAW menghadapi buah limau .
Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.
Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Rasulullah SAW Mekar di Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
begitu mulia baginda kekasih Allah...
ReplyDeletekdgkala malu dgn sikap sendiri...
kemuliaan dan akhlaknya benar2 buat kte jadi malu..='(
moga hidup kita dihiasi dengan sifat2 mahmudah dan dijauhkan sifat2 mazmumah.. dapat mncontohi sunnah baginda.. Insya-Allah..
moga cinta kita pada Baginda SAW , bukan cinta palsu...
DeleteInsya-Allah..moga kte tingkatkn kecintaan kte bukan sekadar dgn selawat sahaja namun usaha amalkn sunnahnya..
ReplyDelete