Sunday, February 5, 2012

Langkah 12 Rabiulawal - Sejauh Mana Saya Melangkah




Hari ini , saya masih lagi dapat menghirup dan menikmati cinta .

Hari ini juga , Allah masih pilih saya sebagai senarai yang akan di bangkitkan pada 12 Rabiulawal 1433 bersamaan 5 Februari 2012.

Alhamdulilah , saya dah sampai umur 19 tahun . Tapi itu kalau mengikut pengiraan dalam bulan Islam dan kalau mengikut masihi , saya masih lagi 18 ^^

Maka oleh itu , umur saya mula bertambah . Mula bertambah . Mula bertambah .

Saya terfikir , sejauh mana saya memanfaatkan umur ini ? Sejauh mana saya membina kematangan dalam hidup ini .

Menyingkap 19 tahun yang telah berlalu , teringat saya pada aturan yang Allah telah lakukan . Sampai sekarang , saya macam tak percaya yang saya bergerak sebagai antara penyebar rasa Islam . Sampai sekarang , saya masih tak percaya yang saya dapat melangkah sejauh ini . Mana tidaknya , saya sendiri pernah terlantar di jalan raya dalam keadaan berdarah dan saat itu nyawa saya tergantung-gantung antara langit dan bumi .

19 tahun ini mengajar saya akan erti hidup .

Hidup yang penuh dengan naik turunnya . Hidup yang penuh dengan gegarannya dan cahayanya .

Satu hari , sahabat saya pernah membandingkan umur muda kita dengan umur muda Sultan Muhammad Al-Fateh . Sejauh mana persamaan ? Sejuah mana perbezaan .

Dalam umur lebih kurang 23 tahun , Sultan Muhammad Al-Fateh telah berjaya memimpin Islam dan mengalahkan tembok-tembok nafsu dalam dirinya . Tapi kita ?

Mengikut pengiraan , saya hanya tinggal lagi beberapa tahun untuk menandingiinya . Tapi sejauh mana saya berusaha dan bergerak ?

Semakin bertambah umur kita , semakin bertambah masa untuk kita kembali pada Dia .

Moga Allah jemput saya dan kita semua dalam keadaan kita telah bertaubah malah diterima taubat kita itu dan kita tidak lagi berhutang dengan sesiapa pun .

Moga hari ini menjadi batu lonjakkan untuk saya berubah kearah yang lebih baik dan Allah reda .



3 comments:

  1. awk nie entry buat sedey la~~ huhu...
    erm td br brsama kawan tntg kelahiran kte d tahun Hijrah dan Masihi yg berbeza.. rse takut apa je bekalan yg d bawa ke akhirat kelak~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga Allah jemput kita dalam keadaan kita dah bersedia.kadang2 kita lupa yg kita hamba terutamnya sy.

      Delete
  2. Insya-Allah.. moga2 begitu.. dn kte terus mendekatkan diri pd Allah..

    ReplyDelete