Setiap yang bergelar
Muslim itu adalah pendakwah . Meraka berperanan sebagai agen dakwah untuk
menyebarkan Islam .
Dakwah itu bermula
dari sekecil dan seremah-remeh perkara kepada sebesar dan sepenting perkara
kerana hanya Islamlah satu-satunya agama yang mengambil berat akan hal tersebut
.
Belajar menjadi
pendakwah dari ibu bapa . Mungkin nampak macam aneh , tapi itulah kepastian .
“Bangun , pergi
sembahyang sekarang ”
“Nak makan kene baca
doa dulu”
“Kalau kamu sayang
ummi dan abi , pasti Allah sayang kamu juga ”
Ini cuma sekadar
perbulan biasa , namun luar biasa kesannya . Ya , luar biasa . Kerana kata-kata
dan didikan itulah , kita dapat merasai Islam yang dibina sejak bermula dari
rumah . Dengan kata-kata itu jugalah , kita hari ini mampu lagi mempertahankan
akidah kita .
Mungkin nampak mudah
, tetapi dengan belaian dan jambatan hati yang di bina antara anak dan ibu
bapanya , dapat melahirkan anak yang soleh , anak yang mampu berkhidmat untuk
orang tuanya .
Inilah kesan dakwah
yang bermula dari rumah . Segala-galanya bermula dengan usaha dari seorang ibu
dan keringat dari seorang ayah .
Jika usaha ini
berterusan , maka akan berteruslah cahaya dakwah kepada beberapa generasi yang
akan datang .
No comments:
Post a Comment