Syarat untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup ialah , dengan khusuk dalam solat .
Untuk khusyuk dalam solat , ia memerlukan satu jangka masa yang panjang .
Maka tidak hairanlah , perjuangan untuk menjadi orang yang berjaya adalah perjuangan sepanjang hidup , kerana sepanjang hidup jugalah kita perlu untuk khusyuk dalam solat .
Azan . Kalimah " Marilah menuju kejayaan " akan diungkapkan selepas kalimah " Marilah mendirikan solat " . Maka tidak hairanlah , untuk seseorang mencapai status "Orang berjaya" , dia perlu mendirikan solat .
“ Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang
khusyuk dalam sembahyangnya ”
( Surah Al-Mukminun ; 1-2 )
-----------------
Jika ingin membaiki dunia , kita perlu baiki manusia .
Dan untuk baiki manusia kita perlu baiki hatinya .
Untuk baiki hati , kita perlu bermula dengan memperbaiki solat.
Susahnya nak khusyuk :'(
ReplyDeleteyup memeng susah , lagi-lagi kita yang naik turunnya iman.
Deleteuntuk khusyuk bukan sahaja secara teori , malah perlu juga dengan praktikal juga latihan yang berterusan .
# Terima kasih kak :)
Berusaha pisahkan perkara dunia dari hati tika sedang solat. Insyaallah kemudian lakukan dgn istiqomah. Mudah2an khusyuk itu milik kita...
ReplyDeleteSangat cool apabila dapat bertemu Allah dgn timbangan solt yg berisi. Kan?
Moga Allah kasih.
moga solat kita diterima dan dipilih menjadi hamba-hamba Allah yang berjaya .
DeleteSolat mencegah kemungkaran .
# Terima kasih Ustazah :)
titik hitam pada hati..wajib peduli.makin penuh titik hitam di hati,makin menjauhlah nikmat khusyuk itu.makin xberjayalah seorang islam itu.dan adakah seorang islam itu adalah aku??
ReplyDeleteoh~
moga ruang dan peluang hidup yang masih ada ini , dapat kita guna dengan sebaiknya sebelum semuanya berakhir .
Delete# terima kasih ikanlaga
salu dgr dalam ceramah2 kalau nk berjaya perlu khusyuk solatnya.. erm benar k'khusyukkn bukan semudah d sangkakan utuk kte miliki namun jika ianya ikhlas krana Allah, kte akan berjaya miliki kejayaan.. Insya-Allah...
ReplyDelete