Powered By Blogger

Monday, December 13, 2010

kopiah Inteam

hari ni dah genap 3 minggu sy menggunakan kopiah yang baru saya beli sewaktu saya menyertaai jemaah menunaikan solat di Masjid Shah Alam . Alhamdulilah , ia serasi dengan saya . sebenarnya , ada kisah yang ingin sya kongsi bersama mengenai kopiah ini . Kopiah ini orang panggil kopiah           In-team , almaklumlah , kopiah ni di popularkan oleh kumpulan inteam . Kes ni sama gak macam kopiah Raihan . Sebab kenapa orang panggil kopiah Raihan , sebab kumpulan Raihan lah yang mempopularkan kopiah ni . contoh lain , tudung wahidah yang pernah menjadi popular sekitar awal 2004 .

Sebenarnya , saya telah memasang hajat untuk membeli kopiah Inteam ini sebelum raya lagi , almaklumlah , nak buat raya . lagi satu sebab , saya jenis orang yang tak berape suka sangat pakai songkok hitam , sebab , songkok hitam berat , tapi nak wat cm ne , ia merupakan warisan melayu , pakai je la . Tapi hakikatnya , sya lebih gemar menggunakan kopiah khususnya ketika solat . Ia lebih selesa dan mudah dibawa kemana-mana sahaja . tak gitu .....
kopiah inteam

Kisah saya ini bermula apabila sya nak beli kopiah lagi satu . sebenarnya , saya sudah mempuyai kopiah sendiri , kopiahnya warna putih , tapi sebab nafsu , sya nak beli gak lagi satu kopiah . biasalah manusia biasa , kadang-kadang tak leh kawal nafsu . tak pernah nak bersyukur , termasuklah sya . hehehe..

Dalam proses saya nak mencari-cari kopiah inteam , ALLAH telah mentadirkan bahawa , sya tak jumpa kopiah tu . so berayalah sya dengan kopiah putih tu . sampailah satu masa yang telah ditakdirkan , kopiah putih sya hilang . puas saya mencari , tapi still tak jumpa , last2 , saya ambil keputusan , saya halalkan sahaja kopiah tersebut so , biarlah ia menjadi wakaf di tempat saya belajar.

Jadi , lama gak la saya tak pakai kopiah sampailah satu hari , saya ikut abang saya balik umah dia kat Shah Alam . apa lagi , ambillah kesmpatan untuk cari kopiah baru . tapi , semua kedai yang saya pergi , kopiahnya tak mengikuti cita rasa saya . kadang kopiahnya dah lawa dah , saiz kepala sya pulak tak ade . kadang dah ada saiz dah , jahitan kopiahnya pulak tak memuaskan hati saya . so saya amik keputusan untuk , releks kejap dan tak amik masa yang tergoph-gapah untuk beli kopiah baru . saya tahu kalau saya beli kopiah yang tak kena dengan cita rasa saya , saya jugak yang rugi nanti . tak gitu kankan.....

Rupanya ALLAH telah merancang sesuatu yang terbaik untuk saya . satu hari tu tu , saya pergi sembahyang kat Masjid Shah Alam, atau masjid biru . then , sebelum masuk dewan solat , ALLAH gerakkan hati saya untuk jenjalan dulu kat kawasan perniagaan kat masjid tu . tapi ALHAMDULILLAH. Akhirnya saya jumpa juga kopiah yang sya idam-idamkan . sesungguhnya , ALLAH mengetahui sesuatu yang terbaik untuk kita . so apa lagi , saya belilah satu untuk kegunaan saya .

Bila pakai , rasa macam inteam pulak . hehehe

gambar untuk promosi badar

Apa yang ingin sya sampaikan di sini ialah , percayalah , ALLAH sebenarnya telah merancang sesuatu yang terbaik untuk kita . Oleh itu , janganlah putus harapan dari rahmat ALLAH dan perbanyakkanlah berdoa agar ALLAH memudahkan urusan kita dalam kita melayari kehidupan sebagai hambanya , Saya bukanlah pandai sangat dalam urusan agama , tapi , saya Cuma ingin berkongsi dan mentarbiahkan diri saya . Semua yang baik itu datang dari ALLAH .

6 comments:

  1. sesungguhnya menutup kepala bagi lelaki itu sunat hukumnya. keep it up, adik!

    ReplyDelete
  2. Salam..nak tanya bli kat mane ye kopiah tu..berminat la..da jenuh cari kat johor ni tp xjmpe..apa2 emel sy areriff@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Salam..tq, sy pun puas cari kopiah ni sebab adik minta tlong cari..letih dah pusing2 tp xdpt..beli kat masjid negeri shah alam ek?ok, nnt sy g sana cari..selalu g sana tp x myempat membeli belah

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh contact sy. sy ade amek oder (Nama Fb Yunus Yunus)

      Delete
  4. mas saya mau tanya anda jual kopiah itu ya

    ReplyDelete