Powered By Blogger

Monday, January 31, 2011

Sampai Syurga



Aku menunggumu seperti di dalam mashaf itu

Kerana ku takut akan kemarahaNYA

Kerana ku takut akan siksaNYA

Kerana ku tahu DIA mengasihiku




Bila dilafazkan cinta

Bererti untuk membawanya kesyurga

Namun aku takut jika cintakU

Tercatat di neraka kerana tidak mengigatiNYA




Ku buka mashaf itu

Ku lihat puitis cinta

Ku baca tiap lenggoknya

Sebelum aku menempahnya di syurga




Tapi untuk melafazkan cinta

Dan membawanya kesyurga

Aku harus bercinta

Dengan pemilik syurga




Moga cintaku sampai ke syurga

Bersulamkan cintaku denganNYA

Ditiupkan kemanisannya

Indah seperti yang terukir pada mashaf itu.




FAIZAL ISMAIL 
290111



buat mereka yang ingin bercinta , bercintalah kepada pemilik Syurga
pasti kau akan membawa cinta dia kepada DIA

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya .  


Thursday, January 27, 2011

Perjalanan Hidup Kita...


“ Ada orang meninggal la ”, kata si A kepada si B .

“ Siapa yang meninggal ? ” , tanya si B kepada si A .

“ Kamulah yang meninggal ”, jawab si A kepada si B .

Pernahkah kita terfikir akan kematian kita ? Mungkin , kita selalu terfikir akan hari kematian kita , bila kita mendengar berita kematian orang lain . Namun , berapa lamakah kita memikirkan dan mengigati akan berita tentang itu ? Namun , kalau lah berita kematian yang kita dengar itu , berita kematian diri kita , bagaimanakah keadaan kita ?

Amaran tentang kematian tidak diberitahu oleh ALLAH pada masa – masa tertentu . Malah , jauh sekali ALLAH memberi tahu dan memberi amaran kepada kita akan tarikh kematian kita , namun , kita sendiri yang perlu berjaga-jaga dalam setiap gerak langkah kita . Mati tidak akan cepat sesaat , atau terlambat sesaat . Jika tiba saat itu , tanpa tertunggu- tunggu , nyawa akan di tarik . Itulah ilmu ALLAH yang manusia tidak boleh ketahui . Namun , sejauh mana kita pandang akan sesuatu  kematian ?

Ada orang , bila mendengar akan kematian , dia mula gusar dan bimbang . Namun sebagai seorang yang beriman , dan beriman pada semua rukun iman , kita tidak perlulah gentar akan perkara itu . Hakikatnya , kematian adalah pintu ke laluan sebelum kita terus menetap di negeri abadi yang telah kita sendiri rancangkan iaitu , syurga dan neraka . Kematian adalah satu tempoh masa kita untuk berada di alam barzakh sebelum kita berangkat ke masyar dan seblum kita bertolak ke syurga mahupun neraka .

“ Oleh itu , pada hari ini tidak akan diterima penebus diri daripada kamu , dan tidak juga daripada orang kafir . Tempat tinggal kamu adalah neraka , nerakalah sahaja penolong kamu , dan itulah seburuk-buruk tempat kembali ! ” ( Al- Hadid 57 : 15 )



Selepas mati , kita akan masuk ke alam barzakh . Di alam inilah , diri kita akan disukat awal oleh persoalan-persoalan dari malaikat Mungkar dan malaikat Nakir . Di alam ini lah , semua amalan kita yang kita lakukan di dunia akan menemani kita . Baik , buruk amalan tersebut , ia pasti menemani kita sewaktu di alam ini . Tapi , berapa lamakah kita berada di alam ini ? Jika kita hidup di dunia ini dengan berlandaskan syariat dan beramal soleh , kita sentiasa gembira bila berada di alam ini , namun , andai kita hidup di dunia dengan mengamalkan perkara-perkara mungkar , bersedialah kita untuk menerima hadiah kita .

Selepas berakhirnya alam barzakh , kita kan berpindah ke alam kebangkitan atau alam perhitungan amal . Alam kebangkitan ini berlaku di Padang Mahsyar , di mana , tempat berhimpunya semua manusia yang telah di ciptakan oleh ALLAH bermula zaman Nabi Adam sehinggala manusia yang akhir sekali akan mati . Di sana , semua amalan kita akan di pertimbangkan dan di pertontonkan kepada semua manusia . Tiada siapa yang akan mendapat naungan , melainkan naungan yang dibenarkan oleh ALLAH SWT . Tiada siapa yang selamat , melainkan yang datang kepada ALLAH dalam keadaan hatinya yang sempurna . Mulut di kunci , malah semua anggota kita pula yang berbicara . Namun , berapa lamakah tempoh masa ketika berada di alam perhitungan ?

Selesai dengan urusan kita di alam perhitungan , kita kan bberpindah ke alam yang kekal selama-lamanya . Ya , selama-lamanya , alam syurga atau alam neraka . Pemilihan alam itu telah kita pilih sejak berada di dunia lagi . Bagi yang hidup dialam syurga , bersyukur dan berbahagialah kita di sana atas segala kenikmatan yang terdapat di sana , namu bagi yang menetap di alam neraka , tiada jalan pulang untuk kita menebus semula kesalahan yang lalu , malah kita kekal di alam sana .Di sana alam nerak juga kita akan terdengar suara –suara meminta bantuan dan keampunan dari ALLAH . Namun , semuanya telah terlambat .

Jadi , tempoh masa kita untuk beribadah dan berusaha untuk mendapat keredaan ALLAH hanyalah seketika iaitu , dlam purata 100 tahun sahaja . Hal ini kerana , jika kita imbas kembali , jika kita sudah sampai ke alam barzakh , alam kebangkita , kita tidak lagi boleh melakukan kebajikan malah kita sendiri tidak mengetahui akan tempoh masa di sana . Dan bila berada di alam syurga dan neraka , kita akan kekal di dalamnya . Namun , sudah cukupkah amalan kita ?



Dengan berbekalkan bonus masa yang masih ada , marilah kita suburkan dalam jiwa kita untuk mempertingkatkan amalan kita . Masih ada waktu untuk kita beramal ?

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya .


Tuesday, January 25, 2011

Secebis Rasa




Semalam aku duduk di tepi jendela

Aku menyaksikan akan satu cinta

Luas cinta nya sehingga akau tunduk nangis kepada sang pencinta

Kerana aku tau yang cintakau tidak lagi mencukupi untukNYA .

 


Wahai yang dilangit

Berilah cintaMU kepada ku

Wahai yang dibumi

Kuatkan aku dalam mencari cintaNYA yang luas beribu 





FAIZAL ISMAIL
250111 

Thursday, January 20, 2011

Ohh Subuh ...







“ Susahnya nak bangun subuh ! ”


“ Kenapa asyik terlepas solat subuh ? ”


“ Bukankah kau dah kejut aku tadi utuk bangun subuh , tapi kenapa aku still tak bangun? ”


Selalu mendengar ayat-ayat dia atas , atau ayat-ayat yang seumpama dengannya ? Yup , kita selalu mendengar ayat-ayat diatas dirungutkan oleh sesetengah pihak . Tapi , bagaimana penyelesainanya ? Apa silap kita ? Dan dimana yang harus diperbetulkan ?


Subuh oh subuh . Kenapa susah sangat nak bangun subuh ek ? Jawapannya mudah sahaja , sebab kita tak cukup cinta . Ya , inilah jawapannya . Sebab apa tak cukup cinta dan cinta siapa ? Jawapannya ialah Cinta yang kita luahkan di mulut namun bukan di hati , iaitu cinta akan ALLAH . Kita masih belum untuk merasai dan mengambil berat akan cinta kita kepada ALLAH . Sebab itulah , kita masih tak mampu untuk bangun bersama . Sebenarnya , sukar atau tidak bangun SUBUH boleh dijadikan kayu ukur pada nilai cinta kita pada ALLAH . Ayuh sama –sama kita buka minda dan hati kita .


Dikala subuh menjelang , kita masih melayarkan cinta kita kepada tilam , bantal dan kesejukan malam yang bisa mentenggelamkan kita . Oleh sebab itulah , rasa cinta kita kepada ALLAH masih belum diutamakan . Memang kita cinta ALLAH , tapi bagaimana pelaksanaannya . Hal ini bukan tertumpu pada solat subuh sahaja , namun , ibadat – ibadat lain juga turut serta mengikut jejak langkahnya . Oleh itu mari kita mengkoreksi diri kita .


Contoh lain , solat . Hari –hari lakukan solat . Tapi mana silapnya . Kita kata , selesai solat dilakukan , bolehlah menunjukkan kita ini cinta pada ALLAH . Ialah , kita dah selesaikan amanahnya . Tapi , dari sudut lain , bagaimana ? Kita sering solat diakhir waktu dan lebih mengutamakan cinta-cinta lain yang seiringan seperti cinta menonton tv sehingga terlepas solat atau sanggup melewatkan solat gara –gara kecintaan pada bual-bual kosong yang sering kita ungkapkan . Lain la hal , kalau sesuatu itu , memang kita tidak dapat elakkan seperti dalam satu mesyuarat .

“Jom buat baik !” Namun , apa jawapannya , “ nantilah dulu ” atau “ kau buat la dulu nanti aku ikot ”. Ramai di kalangan kita suka sangat bertangguh nak buat baik . Namun , ada juga sanggup melarikan diri , semata-mata nak lari dari buat baik .  Kalu begini , di manakah nilai cinta yang ingin kita semaikan kepada ALLAH ? Segeralah berbuat baik , takut-takut jika kita melambatkannya , kita langsung tak dapat melakukannya . Lambat- lambatlah berbuat maksiah dan dosa , dengan melambatkannya , mungkin kita dapat mengelakkannya .


Selalu kita dengar , “ walaupun saya pakai tudung , saya still bercirikan Islam dan masih lagi membuat kebaikan , so , jangan pandang saya sebelah mata eh ” . Bolehkan kita beri alasan macam tu . Sanggupkah kita mengutamakan cinta kepada dosa melebihi cinta pada ALLAH . Kalu betul-betul orang itu cinta pada ALLAH , sanggupkah , dia mempertahankan dosa itu . Satu peringatan buat kita , dua cinta yang tidak boleh disatukan dalam satu masa ialah , cinta pada ALLAH dan cinta kemungkaran .


Ayuh , sama-sama saya dan anda membetulkan dan mengkoreksi cinta kita kepada ALLAH . Dimana kita letak cinta kita kepada ALLAH ? Subuh , jadikan lah ia sebagai kayu pengukur cinta kita . Sambil itu , marilah kita sama-sama mentarbiyahkan hati kita untuk melembutkannya lagi untuk melayarkan cinta kita kepada ALLAH .


“Sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi manusia sedikit pun . Tetapi manusia itulah yang menzalimi diri mereka sendiri “.  ( Surah Yunus :44 )


Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Mari kita julang cinta pada ALLAH setinggi-tingginya . 





Sunday, January 16, 2011

Maksiat Batin Yang Berjangkit ke Maksiat Zahir


Bercakap banyak terutamanya perkara-perkara yang haram dan syubhah.


Gemar marah-marah sehingga mengeluarkan perkataan yang membawa penyesalan.



Berhasad dengki apabila melihat kebaikan orang lain sehingga menimbulkan dendam dan sakit hati .


Bakhil terhadap harta yang dipinjamkan oleh ALLAH kepadanya . Tetapi murah dan mudah pula digunakan ke jalan yang tidak diredai ALLAH .


Gemar bermegah-megah . Ada orang yang terlalu bermegah terhadap harta , pangkat , dan kuasanya . Namun ada pula orang terlalu bermegah dengan anak dan keturunan .


Sombong dan takbur dengan diri sendiri . Menganggap dirinya yang paling baik . Belum tentu kebaikan diterima ALLAH .


Cintakan dunia dan berlebih-lebihan terhadapnya sehingga melalaikannya daripada mengigati ALLAH.


Suka memfitnah terutamanya apabila fitnahnya itu ditujukan kepada orang-orang yang alim dan baik.



Ujub dan sering menyangka bahawa dirinya terlalu sempurna berbanding orang lain . Bahkan sering merasakan dirinya terlalu hebat .


Riak dan sering melakukan sesuatu perkara hanya semata-mata kerana inginkan pujian serta sanjungan daripada orang lain.


- Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya -

Thursday, January 13, 2011

Kurang Asam



Kurang Asam ......

Rindu akan perkataan itu . Yelah , kata-kata tulah yang boleh buat saya bersemangat walau dalam kedukaan . Kelakar kan , tapi , itulah hakikat . Tapi , untuk coretan kali ini , bukan mahu di bicarakan tentang kurang asam , namun saya ingin bicarakan tentang CINTA .


Kita selalu mendangar orang bercinta . Kita selalu mendengar orang jatuh cinta . Kadang kala juga , kita juga terdengar orang putus cinta . Cinta ohh Cinta . Begitu nikmat bila ia dibicarakan . Namun , sejauh mana cinta itu dekat dengan kita . Malah , sejauh mana cinta itu boleh diredhai ALLAH . Sebagai hambaNYA , kita haruslah berfikir dahulu sebelum melafazkan cinta . ya , sebut cinta , semuanya mudah . Kalau tak percaya , cuba anda katakan cinta . Cinta . Tengok , mudah kan...Tapi tak semudah itu bila anda melafazkan cinta . Bila kita hendak melafazkannya , kita mestilah berfikir 360 darjah , 3 demansi .

Kenapa mesti 360 darjah , 3 demansi ? Jawapannya ada pada anda . Jika kita sebagai seorang pelajar , jawpannya lain . Jika kita seorang pekerja , jawapannye juga lain . Itu kalau , cinta yang dalam hati itu benar-benar ikhlas . Contohnya bila hati dan fikiran kita berfikir tentang jam tangan . Apakah pandangan kita pada jam tangan tersebut ? Hadapannya sahajakah ? Warnanya sahajakah ? Talinya sahajakah? Itulah lah yang kita perlu  fikirkan pada konteks cinta .

Jika kita membicarakan tentnag cinta , kita boleh kaitkan cinta ini dengan garam . ya , garam . Hidup pula ibarat makanan. Jika kita layarkan hidup kita dengan baik malah , diselitkan ketaqwaan kepada ALLAH , pasti kita merasai akan kenikmatannya malah ketenangan juga boleh kita capai melaluinya . Begitu jugalah dengan makanan , kita mahukan makanan kita itu , lazat , sedap dan enak . Malah , kita juga mahu makanan kita itu juga boleh mengenyangkan kita , tapi , asas kepadanya ialah garam .

Hidup ini juga perlukan cinta sebagai mana , makanan perlukan garam . Namun , andai garam yang kita adunkan didalam makanan tersebut terlalu banyak , mungkin , ia akan mencacatkan kelazatan makanan tersebut . Malah , jika kita amalkan makanan yang berlebihan garam , penyakit pula datang menyerang . Begitu juga dengan cinta , andai cinta yang kita sematkan didalam diri dan jiwa itu terlebih kandungannya , pasti jiwa kita yang merana . Tetapi , andai cinta yang kita sematkan itu , secukup rasa dan semanis bicara , pasti , kedamaian dan ketenangan yang kita cari pasti muncul .

Cinta ohh cinta . Memang manis bila dibicarakan , namun cinta pada ALLAH lebih manis jika kita usik hati kita . Bila kita berbicara tentang cintakan ALLAH , ketaqwaan mesti diletakkan pada tingkat yang atas . Selangkah kita kepadNYA , Berlari ALLAH datang mendapatkan kita . Bila kita singkap kisah Rabiah Adawiyah , pasti kita terbuka melihat kecintaannya kepada ALLAH . Sanggup melakukan apa sahaja asalkan , kasih dan sayang ALLAH , tidak pernah terlepas .



Andai kita letakkan cinta pada ALLAH itu sebagai yang utama , pasti cinta pada ciptaannya juga tidak terlepas . Namun  jika kita letakkan cinta pada ciptaanNYA , sebagai yang utama , pasti kerugian datang mengginggap kita . Bercinta pada manusia , bertujuan mendapat keredaanNYA malah , ia juga sebagai tanda kesyukuran kita kepdaNYA . Bukankah kita telah diciptakan berpasangan untuk saling berkasih sayang . PERCINTAAN apabila dikemudikan dengan ISLAM, dilayarkan dengan KASIH SAYANG, takkan hilang arah tujuan andai muatannya adalah IMAN.

Andai kita laburkan cinta kita kepada manusia , dan selagi cinta itu belum menjadi halal lagi , pastikan , segala batas- batasnya dan hak-haknya perlu dijaga . Ingat amaran Tuhan kepada mereka yang mengikut hawa nafsu dan mereka yang selalu mengikut jejak langkah syaitan dalam percintaan dan dalam semua hal . Nasihat menasihati amatlah penting ke arah kebaikan . Tunaikan kewajiban yang utama dahulu berbanding orang yang anda cintai . Jika andai sorang lelaki , tanggungjawab anda sangat lah berat dan fikir-fikirkanlah sesuatu perkara itu sebelum di laksanakan .

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Bila kesuburan cinta kepadaNYA , pasti cinta dari ciptaanNYA datang mencari kita . 



Monday, January 10, 2011

Islam Kita ?



Kita ni orang Melayu atau orang Islam ? Atau , kita ni Islam keturunan atau Islam atas kerelaan ? emmmm,... saje-saje je nak tanya sebelum saya membuka kalam pada kali ini . Tapi apa-apa pon , ALHAMDULILAH la sebab kita sekarang berada dalam nikmat Islam dan nikmat Iman . ALHAMDULILAH . Panjatkan syukur pada ALLAH , kerana telah memilih kita untuk menerima nikmat yang begitu hebat ini . Tapi , pertanyaan saya , adakah Islam kita ini kita amalkan, atau , yang kita ambil ini secara total , atau sebahagian sahaja(sedikit-sedikit sahaja ) ?

Saya petik firman ALLAH dalam Surah Al- Baqarah , ayat 208 ; “ Wahai orang yanag beriman ! Masuklah kamu kedalam agama Islam ( dengan mematuhi segala hukum – hakamnya ) secara keseluruhannya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan . Sesungguhnya , syaitan itu , musuh kamu yang nyata bagimu “ . Oleh itu , hanya ALLAH sahaja lah tempat kita meletakkan ketaatan kita kepadaNYA . Segala peraturan dan hukumnya sahaja yang patut kita amalkan dan ikuti sebab apa , sebab ALLAH lah yang telah menciptakan kita .

ALLAH yang menciptakan kita , dan hanya kepada ALLAH jualah , kita kembalikan ketaatan kita kepadaNYA tanpa sebarang gangguan dari titisan-titisan yang lain yang bisa merosakkan ketaatan kita kepadaNYA . Malah , ketaatan kita kepada ciptaanNYA seperti guru , ibu bapa hanyalah setelah ketaatan kita kepada ALLAH . Contohnya , mudah sahaja . Jika si A memberi sesuatu kepada M , kemudian M mengucapkan terima kasih kepada si S . Adakah ini patut kita pratikkan ? Sepatutnya ,    Si M memeberikan ucapan terima kasih kepada si A sebab si A yang yang memberika sesuatu kepada si M . Maka inilah yang perlu kita amalkan .
Mengikut contoh yang telah saya berikan tadi , kita sebagai hamba ALLAH yang telah banyak menerima nikmat daripada ALLAH sepatutnya , hanya berterima kasih dan memberi ketaatan kita hanya kepada ALLAH sahaja tanpa adanya ganguan dari pihak ketiga . Oleh itu , seluruh hidup kita perlulah dibangunkan dengan ketaatan kita kepada ALLAH .

Sesiapa yang mengambil jalan selain jalan yang telah ditetapkan oleh ALLAH , maka sesungguhnya , dia telah berterima kasih dan mengabdikan diri kepada pihak ketiga . Maka , tindakkan itu menyebabkan dia semakin jauh dari ALLAH . Contohnya , kita hendak menuju ke utara , tapi , kaki kita asyik-asyik melangkah kearah selatan . Pelikan ?

Sebab itulah , kita perlu mengambil Islam secara total agar kita dapat mengelakkan diri mengikuti langkah dan gerak geri syaitan . Dan sesungguhnya , sesiapa yang tidak mengambil Islam secara total akan mengikut gerak langkah pihak ketiga , iaitu syaitan.....

Marilah kita bermuhasabah , mengkoreksi diri dan menilai diri kita agar , ketaatan yang kita beri hanya untuk ALLAH . Malah , kita tidak mengambil Islam secara sebahagian sahaja malah mengambil Islam secra total  agar kehidupan kita lebih diberkati dan dirahmati kerana , kita ini hanyalah hamba yang sangat hina.

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya .