Bercakap banyak terutamanya perkara-perkara yang haram dan syubhah.
Gemar marah-marah sehingga mengeluarkan perkataan yang membawa penyesalan.
Berhasad dengki apabila melihat kebaikan orang lain sehingga menimbulkan dendam dan sakit hati .
Bakhil terhadap harta yang dipinjamkan oleh ALLAH kepadanya . Tetapi murah dan mudah pula digunakan ke jalan yang tidak diredai ALLAH .
Gemar bermegah-megah . Ada orang yang terlalu bermegah terhadap harta , pangkat , dan kuasanya . Namun ada pula orang terlalu bermegah dengan anak dan keturunan .
Sombong dan takbur dengan diri sendiri . Menganggap dirinya yang paling baik . Belum tentu kebaikan diterima ALLAH .
Cintakan dunia dan berlebih-lebihan terhadapnya sehingga melalaikannya daripada mengigati ALLAH.
Suka memfitnah terutamanya apabila fitnahnya itu ditujukan kepada orang-orang yang alim dan baik.
Ujub dan sering menyangka bahawa dirinya terlalu sempurna berbanding orang lain . Bahkan sering merasakan dirinya terlalu hebat .
Riak dan sering melakukan sesuatu perkara hanya semata-mata kerana inginkan pujian serta sanjungan daripada orang lain.
- Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya -
No comments:
Post a Comment