Powered By Blogger

Monday, January 31, 2011

Sampai Syurga



Aku menunggumu seperti di dalam mashaf itu

Kerana ku takut akan kemarahaNYA

Kerana ku takut akan siksaNYA

Kerana ku tahu DIA mengasihiku




Bila dilafazkan cinta

Bererti untuk membawanya kesyurga

Namun aku takut jika cintakU

Tercatat di neraka kerana tidak mengigatiNYA




Ku buka mashaf itu

Ku lihat puitis cinta

Ku baca tiap lenggoknya

Sebelum aku menempahnya di syurga




Tapi untuk melafazkan cinta

Dan membawanya kesyurga

Aku harus bercinta

Dengan pemilik syurga




Moga cintaku sampai ke syurga

Bersulamkan cintaku denganNYA

Ditiupkan kemanisannya

Indah seperti yang terukir pada mashaf itu.




FAIZAL ISMAIL 
290111



buat mereka yang ingin bercinta , bercintalah kepada pemilik Syurga
pasti kau akan membawa cinta dia kepada DIA

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya .  


No comments:

Post a Comment