Powered By Blogger

Saturday, October 20, 2012

Pakai Cermin Mata




Pakai cermin mata ? Kenapa pakai cermin mata ?

Ramai hari ini yang bergerak , berjalan sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini tanpa memakai cermin mata yang sebenar . Ramai hari ini masih lagi salah , dan tidak tahu , cermin mata mana yang harus dipakainya dan berjalan dengan penuh gaya lagi ohsem .

Mari kita lihat cermin mata . Jika seseorang itu pakai cermin mata biru , di akan nampak semua benda jadi warna biru . Kalau pakai cermin mata hitam , semua benda akan berubah menjadi gelap dan begitulah untuk cermin mata warna lain .

Begitu juga pada mereka yang memakai cermin mata seorang peniaga . Dia akan lihat semua yang dihadapannya adalah sumber kekayaan . Malah , sekecil-kecil perkara juga boleh dianggapnya hasil sumber kekayaan .

Wednesday, October 10, 2012

Hujan . Kita Marah . Panas . Kita Bising .





Penyusunan Allah sangat terbaik .

Ya , penyusunan Allah sangat terbaik buat hambaNya . Namun kadang-kala kita menyalahkan Allah sedangkan , setiap penyusunannya sangat terbaik untuk kita .

Hujan . Kita marah . Panas . Kita bising . 

Itu dan itulah berulang kali setiap masa , setiap masa .

Satu kisah yang saya ingin kongsikan pada kali ini ialah kisah seorang ulamak pada masa dahulu . Punyai hikmah yang tersendiri di samping kezuhudannya yang tersendiri . 

Sunday, October 7, 2012

Mula Kembali . Moga Istiqamah , Itu HarapanKu




Bergerak kearah yang Allah redha .

Moga-moga , selepas kerehatan dalam bidang penulisan yang agak lama , dan permulaan untuk hari ini , akan menjadi istiqamah untuk meneruskan usaha yang kecil ini .

Untuk permulaan , satu sahaja yang ingin saya kongsikan ialah , "Mari Perbaiki Diri".


Tuesday, May 29, 2012

Menuju Pintu Harapan



Rasanya dah lama tidak berpuisi .
Kali ni berpusi , menggantikan AWAN.
Moga ada manfaat untuk kita semua .
|
|
|
|
|
|
|

Aku menuju pintu harapan diwaktu
manusia lain sedang tidur .
Aku menuju pintu harapan kerana keyakinan
tetang sebuah harapan .

Sebuah harapan tentang perjalanan
Sebuah perjalanan yang bakal menemukan aku dengan pelbagai ragam
Kerana itu aku perlu menuju pintu harapan
Agar aku tidak lagi berhenti kerana ketandusan .

Menuju pintu harapan diwaktu
manusia lain sedang tidur .
Mengadu tentang diriku , mengadu tentang perjalanan
mengadu tentang cinta , menanam sebuah harapan
Agar aku sentiasa dibawah perlindungan Dia diwaktu perjalanan.

Ia juga tentang cinta .
Ya cinta dan harapan .



Tuesday, May 22, 2012

Keluarga Pendakwah , Terbaik Sungguh !




Setiap yang bergelar Muslim itu adalah pendakwah . Meraka berperanan sebagai agen dakwah untuk menyebarkan Islam .

Dakwah itu bermula dari sekecil dan seremah-remeh perkara kepada sebesar dan sepenting perkara kerana hanya Islamlah satu-satunya agama yang mengambil berat akan hal tersebut .

Belajar menjadi pendakwah dari ibu bapa . Mungkin nampak macam aneh , tapi itulah kepastian .

“Bangun , pergi sembahyang sekarang ”

“Nak makan kene baca doa dulu”

“Kalau kamu sayang ummi dan abi , pasti Allah sayang kamu juga ”

Ini cuma sekadar perbulan biasa , namun luar biasa kesannya . Ya , luar biasa . Kerana kata-kata dan didikan itulah , kita dapat merasai Islam yang dibina sejak bermula dari rumah . Dengan kata-kata itu jugalah , kita hari ini mampu lagi mempertahankan akidah kita .

Mungkin nampak mudah , tetapi dengan belaian dan jambatan hati yang di bina antara anak dan ibu bapanya , dapat melahirkan anak yang soleh , anak yang mampu berkhidmat untuk orang tuanya .

Inilah kesan dakwah yang bermula dari rumah . Segala-galanya bermula dengan usaha dari seorang ibu dan keringat dari seorang ayah .

Jika usaha ini berterusan , maka akan berteruslah cahaya dakwah kepada beberapa generasi yang akan datang .

Mungkin juga doleh dikatakan MLM dalam bidang dakwah ^^

  


Monday, May 14, 2012

Buat Ibu juga Buat Guru ; Kebaikan Yang Berterusan





Mereka mengajar . Mereka mendidik . Mereka juga memperjuangan cinta .

Itulah ibu juga itulah guru .

Cinta mereka disalurkan demi memberikan kemanisan untuk kita . Tanpa henti kita merasainya . Tanpa jemu mereka menaburi cinta untuk kita .

Lihat sahaja hari ini , tanpa usaha keras seorang ibu dan bapa , mana mungkin kita menjadi diri kita yang sekarang . Tanpa letih dan jemu juga kita masih lagi mengguna pakai ilmu yang dicurahkan oleh seorang guru .

Mereka biasa-biasa , namun usaha dan cinta mereka kepada kita sangat luar biasa .

Luar biasa .

Mereka akan terus berjuang , selagi mereka masih bernyawa . Erti hidup pada memberi .

Analoginya ibarat pokok pisang . Ia biasa-biasa , namun hasilnya sangat luar biasa . Menabur budi sehingga ia mati malah jasanya terus mengalir lagi .

Walaupun pisang tidak akan berbuah dua kali , namun berbuahnya kali pertama dan selepas itu mati , cukup memberikan ispirasi . Matinya bukan mati biasa biasa , namun matinya masih lagi berjasa . Ia mati bukan hanya selepas meninggalkan buahnya , sebaliknya ia pasti meninggalkan anak-anaknya dan kita akan dapat menikmati buah pisang lagi walupun pisang yang dahulu telah mati .

Pokok pisang hakikatnya menggambarkan realiti hidup ibu dan guru yang perlu kita contohi dan teladani . Ia mengajar kita erti untuk memberi , berjasa . Jangan berhenti melakukan kebaikan walupun setelah kita telah mati .

Contohnya , sikap berbudi bahasa itu diterapkan sejak bermula dari madrasah pertama anak-anak . Ia didik mengikut acuan dari ibu dan ayahnya . Bagus acuanya , bagus juga produknya . malah sehingga kehari ini , sikap berbudi bahasa itu masih lagi diguna pakai hingga si anak meningkat usianya.

Contoh lain pula , ilmu yang diajar juga ilmu yang dididik oleh seorang guru juga masih lagi diguna pakai untuk masa-masa yang mendatang kerana , semua yang kita lakukan pada hari ini hatta sejak berkurun lamanya lagi perlu disertakan dengan ilmu bagi merealisasikan apa yang ingin direalisasikan.

Inilah yang dikatakan mereka terus berjuang demi cinta . Walaupun sudah pergi , namun cinta mereka masih lagi diguna pakai . Masih lagi mengalir untuk kebaikan .

Kebaikan yang terus hidup .

Namun , adakah kita memerhati ?

Oleh itu , sebagai manusia yang sentiasa berfikir dan berzikir , pasti teladan dari ibu juga guru diiktibarkan dalam kehidupan . Bahkan orang yang berjaya sentiasa berfikir untuk membuat satu kebaikan yang berterusan hidup selepas kematian .

Jasa mereka sangat luar biasa , maka kita juga perlu memeperluar biasakan cinta meraka agar kebaikan itu terus hidup .

“Apabila mati anak Adam , maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakan keatasnya”
( Riwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari)

Jasa yang dikenang untuk ibu dan guru bukan pada bulan Mei sahaja , malah setiap bulan kerana jasa mereka terus hidup bersama kita .

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Selamat hari ibu . Selamat hari guru .



Tuesday, May 8, 2012

Orang Berjaya




Syarat untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup ialah , dengan khusuk dalam solat .

Untuk khusyuk dalam solat , ia memerlukan satu jangka masa yang panjang . 

Maka tidak hairanlah , perjuangan untuk menjadi orang yang berjaya adalah perjuangan sepanjang hidup , kerana sepanjang hidup jugalah kita perlu untuk khusyuk dalam solat .

Azan . Kalimah " Marilah menuju kejayaan " akan diungkapkan selepas kalimah " Marilah mendirikan solat " . Maka tidak hairanlah , untuk seseorang mencapai status "Orang berjaya" , dia perlu mendirikan solat .


“ Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang 
khusyuk dalam sembahyangnya ”
( Surah Al-Mukminun ; 1-2 )

-----------------

Jika ingin membaiki dunia , kita perlu baiki manusia . 
Dan untuk baiki manusia kita perlu baiki hatinya .
Untuk baiki hati , kita perlu bermula dengan memperbaiki solat.