Powered By Blogger

Tuesday, February 8, 2011

Di Mana Rumput Itu ?




Kisah ini telah dihadiahkan oleh seorang teman kepada saya . Moga kita ketemui hikmah disebalik kisah “Di mana Rumput Itu ? ” . Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya juga kepada teman saya ini . 

Moga ukhwah ini diselitkan dengan keimanan dan ketaqwaan padaNYA . Moga-moga ukhwah yang dibina ini diredhai ALLAH .

Pada sebuah hari , di sebuah sekolah , seorang murid telah datang bertanya kepada gurunya...

Ketika itu , guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang...

“ Cikgu , macam mana kita nak pilih seseorang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang ? ” ,

“ Macam mana pula kasih sayang itu akan berkekalan ? ”, tanya pelajar tersebut ....

Sambil tersenyum , guru tersebut berkata , “ Ikut cakap saya . Pergilah ke padang sambil berjalan di atas rumput ”.

“ Sambil berjalan dan memandang di depan kamu , pilihlah yang PALING cantik tanpa menoleh kebelakang lagi ”

“ Dan petiklah rumput yang PALING cantik , kemudian bawa ke kelas ” , guru menambah .

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas , tiada sehelai pun rumput di tangannya .

Guru tersebut bertanya kepada pelajarnya , “ kenapa tiada rumput yang dipilih ? ”.

“ Tadi , semasa saya berjalan , saya carilah rumput yang paling cantik . Memang ada banyak rumput yang cantik....”

“ Tapi , cikgu kata petik yang paling cantik . Maka , saya pun meneruskan perjalanan kedepan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang lagi ..”

“ Tapi , bila dah sampai ke penghujung , saya tak jumpa satu pun yang paling cantik..”

“ Mungkin ada antara yang dibelakang tadi ,rumput yang PALING cantik ... ”

Dengan penuh penyesalan , murid tersebut menambah , “ di sebabkan cikgu kata , tidak boleh menoleh ke belakang semula , jadi , tiadalah rumput yang boleh saya petik ” .

Sambil membuka cermin matanya , guru tersebut tersenyum sambil berkata :

“ Ia , itulah jawapannya .... ” ,

“ Jawapan yang ada didepan kamu tanpa kamu sedari ....”

“ Maknanya , apabila kita sudah menjumpai seseorang yang kita telang sayangi , janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu .... ”

“ Kita patut menghargai insan yang berada di depan kita dengan sebaiknya ....”

“ Kerana , perpisahan itu akan berlaku pada bila-bila masa sahaja .... ”



No comments:

Post a Comment