Powered By Blogger

Saturday, February 5, 2011

Kembali Pada Hati



“Ilmu itu adalah cahaya , dan cahaya tidak akan memasuki hati yang gelap”, Imam Syafi`i

Jika ilmu dianggap cahaya dan ia tidak memasuki hati yang gelap , inikan pula , rahmat ALLAH . Rahmat ALLAH hanya akan melimpah pada mereka yang benar-benar bersih hatinya .

Dosa oh dosa . Dosa besar atau dosa kecil ? Sejauh mana dosa memberi kesan pada kita . Dosa pada hakikatnya merupakan punca sesuatu hati itu menjadi gelap . Kenapa saya kata begitu ? jawapannya ada pada kita sendiri .

Bila kita mula memperbanyakkan melakukan dosa , maka , semakin sukarlah kita untuk melakukan kebaikan , malah , ibadat juga entah kemana kerana hati kita telah ditutupi dan disarungi oleh dosa . Dosa itu umpama satu titik hitam pada hati kita . Bila mana , satu dosa telah dilakukan , maka bertambahlah satu titik hitam di hati kita .

Cuba bayangkan , kalau satu dosa darab dengan 7 hari dan darab lagi dengan 12 bulan . Berapa banyak dosa yang telah kita lakukan ? Berapa peratuskah hati kita telah gelap ? Mari kita duduk dan renung kembali akan hati kita .

Hati manusia boleh dibahagikan kepada tiga bahagian . 1) hati yang hidup , 2) hati yang sakit dan 3) hati yang mati . Dimanakah hati kita sekarang berada ?

Jika kita selalu menzalimi dosa dan sukar malah jauh sekali untuk meninggalkan dosa dan kemaksiatan , maka hati kita jatuh pada hati yang sakit . Namun , jika hati itu masih lagi selesa dengan dosa dan menganggap melakukan dosa itu suatu perkara biasa , maka hati itu akan berada di takhta hati yang mati .

Ingatlah wahai saudara ku semua , dalam diri manusia ini , terdapat seketul daging , jika rosak daging itu maka , rosaklah seluruh anggota . Namun , jika baik dan cantik daging itu , maka baiklah seluruh anggotanya . Daging yang dimaksudkan ialah hati . Ya hati . Kita punyai hati kan ?

Oleh itu , sebagai khalifah yang dipilih diantara berjuta khalifah yang tewas , marilah kita menjemput semula hati kita ke tempat yang lebih baik dan cantik sekaligus menjadikan hati kita hidup semula . Mari perangi dosa , moga-moga ia bisa mendekatkan kita kepada Tuan Pemilik Syurga . Bukankah syurga idaman kita ? Oleh itu , marilah bercinta dan mendekatiNYA .

Mahukah kita , dek kerana dosa yang kita lakukan sedikit demi sedit , bisa menghalang kita untuk membuat kebaikan ? Dan setiap kebaikan yang selalu kita lakukan terhijab dek dosa yang kita lakukan ? Dan akhir sekali , kita datang menghadapNYA dalam keadaan yang kosong tanpa sebarang keistimewaan . Mari kita fikir akan kesudahannya ......

Dosa dan maksiat itu sumber petaka. Petaka terjadi kerana kerana dosa, dan ianya akan hilang kerana taubat. Maksiat itu akan melahirkan maksiat juga. Jika maksiat sering dilakukan, bererti dirimu pusat pengumpulan maksiat.

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya .  

No comments:

Post a Comment