Monday, February 14, 2011
Perhubungan Hanya Kerana ALLAH
Kita selalu mendengar orang mengucapkan "ukhwahfillah"
Apa itu ukhwahfillah ?
Adakah ukhwahfillah itu sama seperti ukhwah-ukhwah biasa ?
Secara umumnya ukhwahfillah ini merupakan satu perkataan Arab yang mempunyai tiga perkataan dalam Bahasa Melayu iaitu , Hubungan Kerana ALLAH .
"Kalau kita ada sayap , marilah kita sama-sama terbang mengapai redhaNYA ", Hilal Asyraf .
Mencapai redha ALLAH , itulah matlamat ukhwahfillah. Bersahabat kerana ALLAH , malah ikhlas dan jujur serta cinta akan persahabat , itulah ukhwahfillah yang sebenar .
Tapi , bagaimana hendak membina ukhwahfillah ?
Ukhwahfillah ini juga terbina dengan adanya cinta . Ya cinta ! Hakikatnya , cinta ini luas pengertiannya , tapi cinta yang sebenar-benarnya ialah bila kita cinta pada ALLAH . Bila kita memilih untuk bercinta kepada ALLAH , maka , semua cinta-cinta yang indah , yang wujud di muka bumi ini turut sama berputik . Inikan pula bercinta atas tiket persahabatan hanya kerana ALLAH .
Ukhwah tanpa cinta , kasih sayang serta kejujuran yang mendalam adalah ukhwah - ukhwah yang biasa dan yang rapuh . Ini kerana , kurangnya cinta kepada ALLAH . Tanpa cinta , kasih sayang serta kejujuran dalam ukhwahfillah juga , pasti tidak akan berlaku kelapangan dada dalam persahabatan.
Maksud sabda Nabi SAW : "Jika seseorang kasih kepada seseorang , maka hendaklah dia memberitahu temannya ."( Riwayat Abu Dawud )
Contoh terbaik yang boleh kita lihat akan hebatnya ukhwahfillah ini ialah , ukhwahfillah antara sahabat Rasulullah , Saidina Abu Bakar dengan Rasulullah sendiri . Mereka sanggup sama-sama berjunag dan berhijrah hanya kerana ALLAH . Malah Rasulullah sendiri sanggup menahan kesakitan apabila dipatuk ular semata-mata ingin menyelamatkan Saidina Abu Bakar ketika mereka bersembunyi di dalam gua sewaktu perjalanan Hijrah .
Manisnya bila kita sama-sama menjalankan ukhwahfillah ini dalam kehidupannya . Semuannya bisa menjadi mudah , malah , keharmonian juga dapat dipupuk dalam persahabat . Tenang dan tak perlu gaduh-gaduh dalam merebut sesuatu . Ego juga jauh dapat ditinggalkan kerana , niatnya hanya kerana ALLAH .
Ya ukhwahfillah hanya kerana ALLAH !
Lihat , hebatkan ukhwahfillah ini andai dilaksanakan dalam hidup kita . Tapi harus diingat , ia mesti dimulakan dengan bercinta akan ALLAH . Dengan adanya cinta ALLAH , ia akan membuahkan hati manusia saling bersefahaman , masing-masing hendak mengejar redha ALLAH , masing-masing berada dalam satu fikrah yang dinamik tetapi seragam , masing-masing berada di atas satu jalan , mengejar redha ALLAH .
"Persahabatan ibarat The Pearl , nilainya amat tinggi ibarat The Necklace dan semua orang mahukannya seperti Pearl Buyer "
Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Mari kita berukhwahfillah !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam ziarah....ukhwah fillah.....=)
ReplyDeletejempu masuk... moga bermanfaat untuk kita semua :)
ReplyDelete