Powered By Blogger

Monday, January 3, 2011

InsyaALLAH...



InsyaALLAH . Ye saya tak bohong , marilah kita sama-sama katakan InsyaALLAH . InsyaALLAH

Kenapa saya katakan sedemikian ? Sebab kali ini , saya ingin mengajak anda menari bersama takdir . Ya , menari bersama takdir . Mungkin nampak cam kelakar , tapi hakikatnya , hampir setiap hari kita menari bersamanya .Tiupan seruling kehidupan mengasyikkan lagi tarian kita . Namun , seiulan iman yang mencantikkan lagi tarian dan gerak langkah kita dalam tarian kita bersama takdir . Jika kita sedih , jika kita gembira , malah jika kita marah , semuanya menjadi rentak dalam tarian kita bersama takdir .

Mungkin sukar untuk kita terima kenyataan apabila setelah gagal melaksanakan atau mendapat sesuatu selepas kita merancang dengan baik . Sakit hati dan kecewa pasti terjelma dalam diri kita . Namun , kita harus ingat , tak semua yang kita rancang pasti berlaku kerana ALLAH yang telah menetapkan untuk kita . Semuanya atas izin dan anugerah ALLAH kepada hambaNYA . Tiada suatu pun berlaku tanpa izinNYA . Mungkin sesuatu yang terbaik telah dirancang oleh ALLAH untuk kita .

“ Katakanlah ( Muhammad ): ‘Tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan ALLAH untuk kami . Dialah pelindung kami , dan hanya kepada ALLAH orang-orang yang beriman harus bertawakkal . ” , Surah At-Taubah :51

Imam Gazali pernah bermadah , katanya mudah namun memberi kesan pada sesiapa yang menghayatinya . “ Manusia tidak dicipta dengan senda gurau ataupun sembarangan tetapi dengan seindah-indah dan untuk tujuan yang agung .

Peranan dan tanggungjawab manusia adalah berusaha sebaiknya pada potensi yang tertinggi mampu dicapai dan hasilnya diserahkan kepada YANG MAHA ESA . Menari bersama takdir bererti membawa keceriaan manakala bergelut dengan takdir mengakibatkan tekanan . Menari bersama takdir bermaksud menerima seadanya apa yang berlaku kepada diri sendiri dan menyusun tindakan terbaik untuk menghadapinya . Lain pula dengan bergelut bersama takdir iaitu , mempersoalkan takdir dengan minda lalu melayan rasa tidak puas hati .

“ Apakah semua yang telah berjaya mendapat segulung ijazah pasti mendapat pekerjaan ? ”

“ Apakah semua yang berkhawin akan mendapat cahaya mata ? ”

“ Apakah semua manusia dapat merasai saat tua ? ”

Semua yang kita rancang mungkin jadi atau mungkin tidak menjadi . Tapi , kadang kala , kita terlupa akan sesuatu yang pasti akan menjadi , iaitu mati . Ya , perkara yang kadang kala kita ingat dan kadang kala kita lupa . Itulah mati . Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian . Bersedia atau tidak ia pasti datang .

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya .



No comments:

Post a Comment