Alhamdulilah , Syukur pada ALLAH kerana , dengan rahmat dan kasih sayangNYA , dapat gak saya meneruskan perjuangan yang sungguh kerdil ini di ruangan blog melakarpelangi . Rasanya sudah lama tak menulis , tapi kali ini , ingin saya coretkan akan sesuatu yang mungkin kita terlepas pandang. Bukan sahaja anda , kadang kala , saya juga terlepas pandang akan kelebihannya sedangkan , setiap hari kita menggunakannya . Nak baca blog ni pon , menggunakan khidmatnya . tak lain tak bukan , M A T A .
ALLAH telah menganugerahkan nikmat mata kepada kita . Dengan mata , macam-macam boleh terjadi . Dengan mata , kita boleh melihat . Dengan mata , manusia mampu menjana akal fikirannya untuk melakukan sesuatu perkara . Namun adakalanya , dengan mata , seseorang itu boleh terjerumus kemedan kemaksiatan , malah boleh merosakkan fikirannya sekaligus boleh membantutkan usahanya dalam melakukan sesuatu perkara . Namun , ada lagi perkara yang perlu diambil perhatian oleh umat manusia akan kewujudan lagi dua mata , mata yang melihat masa belakang dan mata yang melihat masa hadapan .
Secara umumnya , ramai di antara kita yang terlepas pandang akan kehadiran dan kewujudan mata masa belakang . Dengan wujudnya mata masa belakang , seseorang itu pasti tidak akan mengulangi kisah jahilnya yang lampau . Sabda Rasulullah SAW , “ Seorang Mukmin itu tidak akan disengati kala pada lubang yang sama sebanyak dua kali .” Di sini , kita mestilah bijak memainkan peranan kita sebagai hamba ciptaan ALLAH , dengan mengkoreksi akan diri kita . Jika kita ingain dekatiNYA , pasti kita ingain lakukan sesuatu yang terbaik , maka , dengan memepelajari kisah lampau , kita mampu mempamerkan yang lebiih baik .
Ramai antara kita hanya melihat akan kehebatan diri sahaja melalaui mata masa belakang , dan menganggap , ia suatu yang hebat dan tak perlu diusahakan untuk ditinggkatakn . Namun , kita silap , kita cuma melihat akan kemanisannya sahaja , kenapa tidak dipandang akan kepahitannya . Kisah sukar dan jahiliyah hanya di tinggalkan begitu sahaja tanpa mengambail iktibar . Oleh itu , benda-benda yang tak baik yang pernah kita lakukan haruslah dijadikan sebagai bahan muhasabh dalam hidup kita sekaligus menambah baikkan lagi kehabatan kita . Dengan itu , kita mampu berjaya tanpa mengulangi perkara yang sama berulang kali .
Mata masa hadapan. Ramai yang tahu akan kehadirannya , namun , kadang kala ia tidak digunakan dengan sempurna . Mengapa berlaku sedemikian ? Apakah kegunaan mata masa hadapan ? perancangan . ya, perancangan yang harus dilakukan . Sebagai seoranag khalifah di atas muka bumi ini , perancangan mesti dilakukan kerana kita ini sangatlah kerdil dan tak mampu melakukan sesuatu tanpa adanya perancangan . Sedangkan kita hendak ke kedai untuk membeli sayur untuk dibuat masak pun memerlukan perancangan .
Begitu juga kita khususnya dalam proses kita menjadi hamba ALLAH . Apa perancagan kita untuk mengapai redha dan kasih sayangNYA ? Bagaimana caranya ? Tengok, semuanya perlukan perancangan . Dengan adaya perancangan sesuatu yang kita lakukan pasti dapat dilakukan dengan terbaik . Tapi selepas merancang , jangan dilupa akan kehadiran takdir dalam hidup dimana , ALLAH jua yang mentadirkan sesuatu itu berlaku atau tidak . Malah , ALLAH juga menggalakkan perancangan seperti dalam firman ALLAH dalam Surah Al-Hasyr ayat 18 ,” Wahai orang-orang beriman , bertakwalah kamu kepada ALLAH , dan hendaklah setiap kalian memerhatikan apa yang telah DIA sediakan untuk esok hari ” .
Moga ada mamfaat untuk kita semua termasuk saya . Hadapan dan belakang , muhasabah dan merancang .
No comments:
Post a Comment