Powered By Blogger

Monday, December 24, 2012

Hadik Hadik PMR ( EDISI 2 )

Perlu melihat akan didikan Allah untuk kita pada setiap pertemuan. Ya , setiap pertemuan pasti ada kehikmaan tersendiri .

Adalah menjadi bahagia bilamana kita faham bagaimana bahagia itu Allah yang aturkan . Kebahagian bukan sahaja berlaku atas apa yang kita hajati tercapai tapi lebih dari itu .

Kebahagian apa yang kita kecapi bermula bilamana kita berdoa pada Allah . Itu juga hakikatnya bahagia . Ya , itu bahagia yang sebenar kerana kita sudi untuk duduk seketika beriman dan mengadu padaNya .

Thursday, December 20, 2012

Hadik Hadik PMR

Jika kita lihat akan alam , kita pasti akan terlihat akan naik turunnya rona alam . Kadang kadang panas , mendung , hujan hatta ribut sekalipun , ia juga merujuk kepada kehidupan kita .

BERSAMBUNG ^^

Saturday, October 20, 2012

Pakai Cermin Mata




Pakai cermin mata ? Kenapa pakai cermin mata ?

Ramai hari ini yang bergerak , berjalan sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini tanpa memakai cermin mata yang sebenar . Ramai hari ini masih lagi salah , dan tidak tahu , cermin mata mana yang harus dipakainya dan berjalan dengan penuh gaya lagi ohsem .

Mari kita lihat cermin mata . Jika seseorang itu pakai cermin mata biru , di akan nampak semua benda jadi warna biru . Kalau pakai cermin mata hitam , semua benda akan berubah menjadi gelap dan begitulah untuk cermin mata warna lain .

Begitu juga pada mereka yang memakai cermin mata seorang peniaga . Dia akan lihat semua yang dihadapannya adalah sumber kekayaan . Malah , sekecil-kecil perkara juga boleh dianggapnya hasil sumber kekayaan .

Wednesday, October 10, 2012

Hujan . Kita Marah . Panas . Kita Bising .





Penyusunan Allah sangat terbaik .

Ya , penyusunan Allah sangat terbaik buat hambaNya . Namun kadang-kala kita menyalahkan Allah sedangkan , setiap penyusunannya sangat terbaik untuk kita .

Hujan . Kita marah . Panas . Kita bising . 

Itu dan itulah berulang kali setiap masa , setiap masa .

Satu kisah yang saya ingin kongsikan pada kali ini ialah kisah seorang ulamak pada masa dahulu . Punyai hikmah yang tersendiri di samping kezuhudannya yang tersendiri . 

Sunday, October 7, 2012

Mula Kembali . Moga Istiqamah , Itu HarapanKu




Bergerak kearah yang Allah redha .

Moga-moga , selepas kerehatan dalam bidang penulisan yang agak lama , dan permulaan untuk hari ini , akan menjadi istiqamah untuk meneruskan usaha yang kecil ini .

Untuk permulaan , satu sahaja yang ingin saya kongsikan ialah , "Mari Perbaiki Diri".


Tuesday, May 29, 2012

Menuju Pintu Harapan



Rasanya dah lama tidak berpuisi .
Kali ni berpusi , menggantikan AWAN.
Moga ada manfaat untuk kita semua .
|
|
|
|
|
|
|

Aku menuju pintu harapan diwaktu
manusia lain sedang tidur .
Aku menuju pintu harapan kerana keyakinan
tetang sebuah harapan .

Sebuah harapan tentang perjalanan
Sebuah perjalanan yang bakal menemukan aku dengan pelbagai ragam
Kerana itu aku perlu menuju pintu harapan
Agar aku tidak lagi berhenti kerana ketandusan .

Menuju pintu harapan diwaktu
manusia lain sedang tidur .
Mengadu tentang diriku , mengadu tentang perjalanan
mengadu tentang cinta , menanam sebuah harapan
Agar aku sentiasa dibawah perlindungan Dia diwaktu perjalanan.

Ia juga tentang cinta .
Ya cinta dan harapan .



Tuesday, May 22, 2012

Keluarga Pendakwah , Terbaik Sungguh !




Setiap yang bergelar Muslim itu adalah pendakwah . Meraka berperanan sebagai agen dakwah untuk menyebarkan Islam .

Dakwah itu bermula dari sekecil dan seremah-remeh perkara kepada sebesar dan sepenting perkara kerana hanya Islamlah satu-satunya agama yang mengambil berat akan hal tersebut .

Belajar menjadi pendakwah dari ibu bapa . Mungkin nampak macam aneh , tapi itulah kepastian .

“Bangun , pergi sembahyang sekarang ”

“Nak makan kene baca doa dulu”

“Kalau kamu sayang ummi dan abi , pasti Allah sayang kamu juga ”

Ini cuma sekadar perbulan biasa , namun luar biasa kesannya . Ya , luar biasa . Kerana kata-kata dan didikan itulah , kita dapat merasai Islam yang dibina sejak bermula dari rumah . Dengan kata-kata itu jugalah , kita hari ini mampu lagi mempertahankan akidah kita .

Mungkin nampak mudah , tetapi dengan belaian dan jambatan hati yang di bina antara anak dan ibu bapanya , dapat melahirkan anak yang soleh , anak yang mampu berkhidmat untuk orang tuanya .

Inilah kesan dakwah yang bermula dari rumah . Segala-galanya bermula dengan usaha dari seorang ibu dan keringat dari seorang ayah .

Jika usaha ini berterusan , maka akan berteruslah cahaya dakwah kepada beberapa generasi yang akan datang .

Mungkin juga doleh dikatakan MLM dalam bidang dakwah ^^

  


Monday, May 14, 2012

Buat Ibu juga Buat Guru ; Kebaikan Yang Berterusan





Mereka mengajar . Mereka mendidik . Mereka juga memperjuangan cinta .

Itulah ibu juga itulah guru .

Cinta mereka disalurkan demi memberikan kemanisan untuk kita . Tanpa henti kita merasainya . Tanpa jemu mereka menaburi cinta untuk kita .

Lihat sahaja hari ini , tanpa usaha keras seorang ibu dan bapa , mana mungkin kita menjadi diri kita yang sekarang . Tanpa letih dan jemu juga kita masih lagi mengguna pakai ilmu yang dicurahkan oleh seorang guru .

Mereka biasa-biasa , namun usaha dan cinta mereka kepada kita sangat luar biasa .

Luar biasa .

Mereka akan terus berjuang , selagi mereka masih bernyawa . Erti hidup pada memberi .

Analoginya ibarat pokok pisang . Ia biasa-biasa , namun hasilnya sangat luar biasa . Menabur budi sehingga ia mati malah jasanya terus mengalir lagi .

Walaupun pisang tidak akan berbuah dua kali , namun berbuahnya kali pertama dan selepas itu mati , cukup memberikan ispirasi . Matinya bukan mati biasa biasa , namun matinya masih lagi berjasa . Ia mati bukan hanya selepas meninggalkan buahnya , sebaliknya ia pasti meninggalkan anak-anaknya dan kita akan dapat menikmati buah pisang lagi walupun pisang yang dahulu telah mati .

Pokok pisang hakikatnya menggambarkan realiti hidup ibu dan guru yang perlu kita contohi dan teladani . Ia mengajar kita erti untuk memberi , berjasa . Jangan berhenti melakukan kebaikan walupun setelah kita telah mati .

Contohnya , sikap berbudi bahasa itu diterapkan sejak bermula dari madrasah pertama anak-anak . Ia didik mengikut acuan dari ibu dan ayahnya . Bagus acuanya , bagus juga produknya . malah sehingga kehari ini , sikap berbudi bahasa itu masih lagi diguna pakai hingga si anak meningkat usianya.

Contoh lain pula , ilmu yang diajar juga ilmu yang dididik oleh seorang guru juga masih lagi diguna pakai untuk masa-masa yang mendatang kerana , semua yang kita lakukan pada hari ini hatta sejak berkurun lamanya lagi perlu disertakan dengan ilmu bagi merealisasikan apa yang ingin direalisasikan.

Inilah yang dikatakan mereka terus berjuang demi cinta . Walaupun sudah pergi , namun cinta mereka masih lagi diguna pakai . Masih lagi mengalir untuk kebaikan .

Kebaikan yang terus hidup .

Namun , adakah kita memerhati ?

Oleh itu , sebagai manusia yang sentiasa berfikir dan berzikir , pasti teladan dari ibu juga guru diiktibarkan dalam kehidupan . Bahkan orang yang berjaya sentiasa berfikir untuk membuat satu kebaikan yang berterusan hidup selepas kematian .

Jasa mereka sangat luar biasa , maka kita juga perlu memeperluar biasakan cinta meraka agar kebaikan itu terus hidup .

“Apabila mati anak Adam , maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakan keatasnya”
( Riwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari)

Jasa yang dikenang untuk ibu dan guru bukan pada bulan Mei sahaja , malah setiap bulan kerana jasa mereka terus hidup bersama kita .

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Selamat hari ibu . Selamat hari guru .



Tuesday, May 8, 2012

Orang Berjaya




Syarat untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup ialah , dengan khusuk dalam solat .

Untuk khusyuk dalam solat , ia memerlukan satu jangka masa yang panjang . 

Maka tidak hairanlah , perjuangan untuk menjadi orang yang berjaya adalah perjuangan sepanjang hidup , kerana sepanjang hidup jugalah kita perlu untuk khusyuk dalam solat .

Azan . Kalimah " Marilah menuju kejayaan " akan diungkapkan selepas kalimah " Marilah mendirikan solat " . Maka tidak hairanlah , untuk seseorang mencapai status "Orang berjaya" , dia perlu mendirikan solat .


“ Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang 
khusyuk dalam sembahyangnya ”
( Surah Al-Mukminun ; 1-2 )

-----------------

Jika ingin membaiki dunia , kita perlu baiki manusia . 
Dan untuk baiki manusia kita perlu baiki hatinya .
Untuk baiki hati , kita perlu bermula dengan memperbaiki solat.



Saturday, May 5, 2012

Muhasabah



Muhasabah tidak semestinya pada perkara yang gagal sahaja , bahkan ia perlu dalam setiap perkara yang dilakukan sama ada kejayaan telah dicapai atau masih dalam usaha untuk mencapai kejayaan .

Orang yang gagal seharusnya bersyukur kerana tidak diuji dengan nikmat dan kejayaan sepertimana 
ujian buat orang yang berjaya .



Friday, May 4, 2012

AWAN ; Maher Zain




AWAN ? Maher Zain ?
Kali ini , cerita tentang pemberian .
Erti hidup pada memberi ?
Moga bermanfaat untuk semua termasuk saya .
|
|
|
|
|
|
|

“Abang tunggu tempat biasa ye” , pesanku.

“Terima kasih abang” , jawab isteriku.

“Sama-sama sayang”

Aku tersenyum . Salamnya mengakhiri perbualan kami .

Cermin sisi kereta aku betulkan .Aisyah dan Humairah masih lagi leka dengan buku yang baru sahaja aku belikan tadi . Memang perlu dilatih sejak kecil lagi , agar mereka sudah terbiasa dengan suasana membaca .

Aisyah dengan celoteh bersama adiknya membuatkan aku tersenyum dan ketawa sendirian . Seakan ibunya . Tingkah lakunya buat aku senang disamping Humairah yang mula belajar celoteh bersama kakaknya .

“Aisyah , nak jadi macam ibu tak ?” , tanyaku kepadanya .

“Jadi apa ayah ?”, mudah jawapanya .

“Jadi doktor”

“Doktor tu apa ?” , pertanyaan .

“Aisyah ingat lagi tak , waktu Humairah sakit dulu , kan ibu bawa jumpa doktor . Ingat lagi tak ?”

“Owhh ingat – ingat” , ketawa dia menjawab pertanyaanku.


“Kalau jadi doktor , boleh tolong orang . Nanti  semua sayang kat kita . Allah sayang , ayah sayang , ibu sayang , Humairah sayang , semua sayang . nak tak ?”

“Nak – nak” , manja . Seakan meniru gaya Upin Ipin.

Aku tersenyum .

 “Hidup untuk memberi sebanyak-banyaknya , bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya ” . Begitulah pesanan terakhir yang sempat aku kutip sebelum aku meninggalkan alam persekolahan . Tugas sebagai BADAR di asrama sungguh mengajar aku erti sebuah kehidupan .

Punat kekunci pintu kereta kutekan . Isteriku masuk . Senyumannya manis ditambah lagi kehadiran dua puteri kesayangannya .

“Ibu , tadi Aisyah dah ngaji ” , sapa Aisyah kepada isteriku.

“Bagusnya anak ibu .Ngaji dengan siapa ?”

“Dengan ayah la” , jawabnya dengan nada riang . Mana tidaknya , dipuji ibunya yang tercinta .

“Pandainya anak ibu ni” , kata isteriku sambil menggosok sedikit kepala dua puteri kesayangannya .

“Sayang , cuba tengok dalam beg plastik tu ada apa” , aku mengarahkan isteriku melihat hadiah yang ku belikan untuknya sedang aku , mula untuk fokus pada pemanduan .

“CD Maher Zain ?”

“Ha`ah la . Takkan CD Lady Gaga pula”

“Abang ni , suka manjakan sayang sangat tau . Apa-apa pun terima kasih ya abang sayang”

Aku mula menarik perhatian Aisyah manakala Humairah sudah mula bergerak kepangkuan ibunya .

“Aisyah nak tau tak , dulu ayah bersaing dengan Maher Zain untuk kahwin dengan ibu . Tapi nasib baik , ibu pilih ayah” , ceritaku kepada Aisyah.

“Abang ni....” , isteriku menjelingku dengan sedikit malu .

Pinggangku dicubit manja .

Aisyah hanya tersenyum . Mungkin belum lagi memahami apa yang cuba aku sampaikan .

Aku dan isteriku tersenyum . Suasana didalam kereta bertambah ceria .

“Tiba-tiba abang teringat cikgu Hasni , cikgu sekolah MRSM kita . Sayang ingat lagi ?” , tanyaku.

“Ingat , tapi kenapa tiba-tiba teringat”, soalnya .

“Sebab dia pernah pesan kat abang sebelum abang tinggalkan sekolah lepas SPM dulu . Dia cakap , hidup ini memang untuk berbakti sebagai bekalan di sana yang kekal abadi . Hidup untuk memberi sebanyak-banyknya , bukan menerima sebanyak-banyaknya”

Isteriku tersenyum .

“Maka apalah gunanya hidup ini kalau tidak mampu berbakti sesama makluk . Hubungan dengan Allah kita jaga , hubungan dengan hamba kita pelihara , pasti hidup jadi bahagia .  Maka tidak teragak-agak kalau abang katakan , yang abang bangga dan syukur sebab , isteri abang salah seorang dari penggerak-penggerak jiwa menyebarkan kebaikan . Moga apa yang sayang usahakan sampai pada pengetaran jiwa anak-anak kita” , sambungku.

“Abang pun apa kurangnya . Seorang motivatior yang mampu menggetarkan jiwa yang mendengar setiap bicara abang . Bukankah itu juga jariah , khidmat , pemberian ? Sayang lagi bertuah sebab dapat abang sebagai suami . Malah , setia menunggu sayang dan bergerak untuk membawa sayang kearah yang Allah reda” , balas isteriku sambil memandang wajahku .

“Itulah tandanya sayang . Sebab , kalau sayang , kita akan membawa orang yang kita sayangi bergerak kearah syurga dan reda Allah dan bukannya murka serta neraka Allah” , jawabku .

Kami tersenyum . Syukur . 

Tuesday, May 1, 2012

Paradise






I remember when I first met you
I felt that God answered my call
There was that one place I always thought about
And I just wanted to be there with you
The place that no eye has ever seen
The place that no heart has ever perceived
I had a great feeling inside of me
That one day I’ll be there with you
And now that we’re here feeling so good
About all the things that we went through
Knowing that God is pleased with us too
It’s not a dream, this is so true
Feeling the peace all around
Seeing things we could never imagine
Hearing the sound of rivers flow
And we know we’ll be here forever
The feeling is indescribable
Knowing that this is our reward
Do you remember the hard times we went through?
And those days we used to argue
But there was not one thing that could bring us down
‘Cause we always had in our minds
The place that no eye has ever seen
The place that no heart has ever perceived
The place we’ve been promised to live in forever
And best of all, it’s just me and you
I remember us praying at night
And just dreaming about this together
I’m so blessed to have you in my life
And now we can enjoy these blessings forever
Paradise is where we are now
Paradise, a dream come true
Paradise, O what a feeling!
Paradise, thank You Allah!
---------------------

Lagu ni ada orang hantar kat email saya .
Maka dengan tersenyumnya , saya kongsikan bersama kalian .
Moga bermanfaat untuk semua khususnya buat saya .
Lagu ni dinyanyikan Maher Zain dalam album 'Forgive Me' .
^^

Monday, March 5, 2012

Bicara Yang Menggetarkan Fahri , Adakah Kalian Memerhati




Fahri .

Mungkin ramai yang kenal Fahri .

Seorang pemuda yang begitu sempurna , malah diangkat menjadi watak utama dalam Ayat-ayat Cinta .

Baik novel hatta filemnya , Ayat-ayat Cinta benar-benar menarik perhatian masyarakat sama ada di tanah airnya ataupun di Malaysia .

“Saya suka cerita tu . Bagus untuk mereka yang bercinta” , respon seorang mahasiswa .

“Saya dah menonton 5 kali filemnya . Novelnya pulak saya dah khatam empat kali ” , reaksi seorang pelajar perempuan .

Lihat , impaknya sangat besar !

Tapi , Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman El Shirazy hanya dilihat cinta sebagai tunjang utama . Tapi hakikatnya , Habiburrahman El Shirazy punya maksud tersirat dalam karya ini . Ya , yang tersirat itu ada pada babak Fahri bersama jeriji besi didalam tembok penjara bersama lelaki gila .

Adakah kalian memerhati ? .

Baru-baru ini , saya mengambil masa untuk menonton filem itu sekali lagi , supaya benar-benar hadam akan apa yang cuba disampaikan oleh lelaki gila tersebut . Terdiam sejenak , terfikir saya dibuatnya .

*****************

Baju Fahri ditarik , “Kau masih ingat lagi Fahri akan apa yang Yusuf katakan? ” , tanya orang gila itu .

Nafas mereka masing-masing turun naik , turun naik . Orang gila itu menyambung , “Ya Allah jika memang kehidupan penjara lebih bererti padaku daripada dunia luar maka aku lebih untuk memilih tinggal dipenjara tapi dekat dengan Mu daripada aku bersama manusia pendusta”

“Allah sedang berbicara kepadamu tentang SABAR dan IKHLAS......SABAR dan IKHLAS itulah Islam”

“Tapi apa salah saya pada Allah ” , rungut Fahri .

“Istifar Indonesia , istifar ! Allah sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong ! Ingat siapa diri kamu !” , bicara waras seorang gila .

*****************




Sudah memerhati ? Mungkin ia suatu dialog biasa-biasa , tapi hakikatnya , ia membawa satu pengajaran yang sangat luar biasa .

Manusia , jangan sombong !

Kalaulah kamu ditakdirkan handsome , punyai suara yang sedap , berketerampilan , kamu masih lagi memegang staus HAMBA .

Kalaulah kamu merupakan pelajar terbaik , pandai , disukai ramai orang , fasih bertutur , kamu masih lagi memegang status HAMBA .

Kalaulah kamu ditimpa kemalangan , berbulan-bulan di hospital , derita sakit itu , derita sakit ini , kamu masih lagi berstatuskan HAMBA .

Kalaulah kamu dikeji , dihina , masih lagi melakukan kemungkaran , masih lagi berseronok melakukan perkara yang mengundang marah Allah , kamu juga berstatus HAMBA .

Maka , sudah menjadi resmi HAMBA ialah , diuji oleh PEMILIK HAMBA ; ALLAH .

Allah punyai hak keatas kita , maka ALLAH berhak untuk menguji kita . Maka , hamba yang lupa dirinya sebagai hamba , akan merasa tidak sedia untuk menerima ujian dari Dia . Dalam taatnya , dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaranya dirinya menjadi seperti ini , mempersoalkan dirinya diuji .

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ; “kami beriman” , sedangkan mereka tidak diuji ? ” ( Al-Ankabut ; 2 )

Maka , di saat kamu menghadapi kesulitan dalam pembelajaran , difitnah rakan , menghadapi kemalangan , sering merasa duka cita , memeiliki pelbagai nikmat , punyai suami yang memahai maka ketahuilah , Allah sedang berbicara dengan kamu .

Allah sedang berbicara dengan kamu !

Moga bermanfaat untuk semua termasuk saya .

Saturday, March 3, 2012

AWAN ; Sayang , Kerana Allah




AWAN kali ini berkaitan kerana Allah .

Sejauh mana kita buat sesuatu itu kerana Allah ?

Moga bermanfaat terutamanya buat saya .

Bonus kali ini , watak utama dah ada anak . 

|
|
|
|
|
|

Hujan masih lagi membasalahi bumi Bangi pada malam ini . Dan aku masih lagi bersama isteriku duduk di atas sofa merah di ruang tamu . Isteriku membaringkan kepalanya di atas bahuku sedang aku masih lagi memegang erat jari jemarinya .


Macam orang yang baru bercinta pun ada juga . 


Tiba-tiba terdengar satu suara yang menggetarkan tubuhku .


"Sayang abang sangat-sangat . Rindu abang sangat-sangat"


Tersenyum . Itu luahan isteriku .


"Sayang sayang juga . Lagi sayang dari sayang , sayang abang . Kira lagi hebatla sayang abang untuk sayang  " , balas ku dengan nada memujuk .


Kami ketawa bersama . Wajahnya berubah kemerah-merahan tanda malu.

“Sayang abang ni , masih tak paham lagi ehh ?” , tanya ku sambil memegang tangan isteriku .

Hangat . Terasa getaran dari isteriku.

“Tak paham lagi la”, mudah jawabnya .

Mukanya menjadi kelat seketika . Mulutnya dicemekkan sedikit , tanda minta penjelasan dari ku .

Aku mengukirkan senyuman . Dahinya ku cium . Tersenyum seketika kami .

“Hmmm........”

“Sayang ingat lagi tak waktu kita bercinta dulu ? Masa tu , kita jarang berhubung ditambah pula dengan syarat cinta kita yang memerlukan kita membuat persedian diri sebelum akad . Ingat lagi tak sayang abang ni ? ” , tanyaku sebagai memulakan perbualan .

“Ha`ah ingat lagi . Masa tu abang pesan , kita kena persiapakan diri dulu sebab, kita nak keputusan yang baik untuk bakal anak-anak kita ” , jawab isteriku dengan senyuman .

“Ingat lagi tak pesan abang ? ”

“Pesan yang mana ek ? Pesan tentang perubahan kah ? ”

Keningnya diangkatkan sedikit .

“Ha`ah . Masa itu , abang pesan , kalau kita nak berubah , jangan sesekali berubah kerana manusia , tapi berubah kerana Allah ” , jawab ku sambil tersenyum .

“Ingat lagi abang ” , balas isteriku .

“Okey , jom kita muhasabah balik . Hakikatnya , kita ini manusia . Manusia ini nak mudah je kerjanya. Nak itu , nak ini , tapi nak mudah je . Kadang-kadang , manusia ni juga suka menunjuk-nunjuk . Lakukan perubahan , tapi bersebab . Sebabnya kerana duniawi , bukan datangnya perubahan dek kerana timbul dari hati . Lakukan perubahan bukan kerana Allah ”

Matanya memandangku dengan penuh perhatian .

“Bila manusia lakukan perubahan kerana manusia , dan bukanya kerana Allah , maka keputusannya dapatlah macam apa yang dia akan dapat . Ya , dia akan berubah , tapi dia kan penat . Sebabnya , manusia terhad pada penglihatanya untuk melihat perubahannya itu . Tapi jika dia lakukan perubahan kerana Allah , maka dia kan bahagia , kerana penglihatan Allah tidak terhad  ”

“Macam amalan juga . Kalau kita lakukan sesuatu amalan itu just kerana seseorang , tapi bukan kerana Allah dan tak ikhlas , maka kita akan penat . Percaya tak ? Lihat je orang disekeliling kita . Mereka bekerja , tapi mereka akan terasa penat . Jawapannya mudah sebab , mereka bekerja bukan kerana Allah , tetapi mereka bekerja kerana sesuatu . Ya , kerana sesuatu . Tapi , cube kita lihat mereka yang bekerja ihklas kerana Allah , mereka akan tenang je . Kalau penat pown , penat sebab letih , bukan penat macam yang bekerja kerana sesuatu ” , tambahku .

Isteriku menambah “Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.”

Kami tersenyum . Syukur kerana aku dikurniakan isteri yang memahami.

Dari riak wajahnya , aku tahu yang dia sudah mengerti .

“Kerana kita hamba , maka kita memang layak diuji ” , bisik hatiku.

Tiba-tiba kedengaran satu suara .

“Ibu , Humairah koyakkan kertas along . Macam mana along nak colour ?” , ngadu anak sulung kami , Aisyah .

Aisyah anak sulong kami , manakala Humairah merupakan adik kepada Aisyah .

“Aisyah nak colour apa ? ”tanyaku sambil memujuk .

“Aisyah nak colur pelangi , macam blog ayah tu ” , jawabnya dengan senyuman .



Friday, March 2, 2012

Bukan Macam Naik Lif




Mahu tingkatkan diri bukannya macam naik lif . 

Tekan butang , terus sampai atas bumbung. 

Perjalanan panjang dan kita perlu sabar serta istiqamah.



Layak Diuji



HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki

HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji

HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA

HAMBA yang lupa dirinya sebagai HAMBA , tidak bersedia 
untuk menerima ujian

------------------------------------------------

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : 'kami beriman' , sedang mereka tidak diuji ? "
( Al- Ankabut ; 2 )


Wednesday, February 15, 2012

AWAN ; Doa Dengan Yakin


( Gambar sekadar hiasan sahaja ^^ )

Perjalanan AWAN diteruskan dengan doa.
Moga ada manfaat untuk kita bersama termasuk saya .

|
|
|
|
|
|

Awak , ari tu kami melawat sedara saya yang baru balik haji . Tenanag je bila tengok dia orang , rasa sayu je , tiba-tiba rasa nak pergi sana . Tapi , saya nak pergi dengan awak . Boleh tak ? Maksud saya kita pergi sana waktu kita dah halal lah ehh

-----------------------------------------------------------------------------

Jam sudah menunjukkan jam 2 pagi . Kami masih menghabiskan masa di dalam kawasan Masjidil Haram , menghadap ke arah Ka`abah . Sayu dan syahdu malam ini .

Hasrat yang sudah lama kami mohon bersama akhirnya Allah bagi juga jalan untuk mencapainya . Malam ini adalah malam terakhir kami di sini , kerana esok kami akan pulang ke Malaysia. Maka , sudah sempurnalah ibadah umrah kami .

“Sayang , rapat sikit dengan abang . Ada someting yang abang nak cakap ” , aku memulakan bicara dengan isteriku .

“Apew pulak tak boleh . Sayakan isteri abang . Bukankah , isteri itu sentisa dekat dengan suami ? Tapi , abang nak cakap apa ek ? Berdebar pulak saya”, balas isteriku dengan iringan senyum yang menguntum.

“Sebelum abang nak beritahu , abang nak nyanyi sikit boleh ? Tapi syaratnya , sayang kene pejam mata dulu . Cari feeling , sebab suara abang tak berapa sedap . Manalah tau kalau sayang pejam mata , tiba-tiba suara abang jadi sedap”, aku membalas.

“Abang ni , suka sakat saya kan. Okey , cepatlah nyanyi , dah lama tak dengar abang nyanyi”, isteriku membalas.

Manisnya senyummu menawan kalbuku
Ayu wajahmu pesona bak salju
Lembutnya tingkahmu penyejuk jiwaku
Sopan-santunmu pengikat kasihku

Syukur-syukur pada-Mu ya Esa
Kau kau kurnia dia yang setia
Menemani sepi kembara

Jujur setiamu tiada tandingan
Nur kasihmu membawa bahagia
Senyum tawamu penghibur resahku
Tingkatkan taqwa
Perteguh imanmu

Kusemai kasih ku titip mesra
Ingin kucurahkan rahasia hati ini

Bersatu hati berpadulah jiwa
Bersama kita mencari ridha-Nya
Ya Ar-Rahman..Ya Ar-Rahim
Satukan kami dunia akhirat


Dengan suara bernada perlahan , aku menyanyikan lagu Isteriku dari kumpulan Syifa . Aku perasan , isteriku asyik tersenyum sepanjang nasyid itu aku dendangkan . Pipinya mula kemerah-merahan tanda malu . Walaupun isteriku seorang yang sederhana , namun dia tetap cantik .

Habis sahaja aku nyanyikan lagu itu , aku meminta dia membuka mata dan memandangku .

“Sayang tahu , sejak abang kenal sayang , Allah sedikit sebanyak didik diri abang . Lebih bersemangat , lebih bermatlamat dan lebih bersabar . Malah , Allah didik abang dengan sikap , yakin dengan doa”

Mata isteriku betul-betul memandang kearahku . Perhatiannya diberikan 100% kepada percakapanku. Nampak macam teruja , mungkin juga kerana terkasima dengan suaraku agaknya .

“Abang pernah doa , agar Allah bawa kita samapai ke Baitullah ni . Setiap hari abang doa , malah lepas je sayang beritahu hasrat sayang pada abang , abang mula kumpul duit , mula tanam azam . Paham tak maksud abang ? ”

“Ce abag cerita dulu , saya dengar je dulu”

“Maksudnya , bila kita berhajat sesuatu , jangan lupa doa pada Allah . Hakikatnya , semua yang ada ini Allah yang punya , maka , kita mintaklah pada Dia . Tapi , ramai orang silap dalam ketika doa . Mereka berdoa , tapi hanya sekadar berdoa tanpa usaha . Bukankah Allah mahu lihat usaha kita ? ”

“Kadang-kadang , apa yang kita doa itu , Allah cepat makbulkan . Kadang-kadang juga apa yang kita doa itu Allah lambat makbulkan , malah kadang-kadang doa tersebut langsung Allah tidak makbulkan . Buka bererti Allah tak suka kita atau suka kita , tapi Allah nak uji kita ”

“Tapi , sayang kene ingat bahawa , Allah tahu mana yang terbaik untuk kita . Bila mana Allah lambatkan atau tangguhkan doa hambanya , sebenarnya Allah sedang mendidik dan mengujinya . Ya , menguji kesabaran dan keimanannya sebagai hamba . Malah mereka ini Allah didik mereka dengan sifat istiqamah dan tidak mudah putus asa . Tujuannya mungkin Allah nak pagar hati dan imannya agar bila dah dapat apa yg di hajati , tak mudah bangga diri , lupa Allah , malah tinggalkan ibadat”

“Bagi yang Allah tak makbulkan doanya , Allah tahu mana yang terbaik untuknya . Mungkin dia tak dapat apa yg dia hajati , tapi mungkin Allah dah aturkan sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang dia hajati . Malah , kalau kita perhatikan , orang-orang dari golongan ini , Allah tawarkannya dengan ketenangan hati . Pernah alami kan ? ”

Isteriku tersenyum mendengar apa yang aku sampaikan . Dia membetulkan cermin matanya . Bahasa tubuhnya menandakan bahawa , dia paham akan apa yang aku cuba sampaikan .

“Sya, abang nak ucap selamat hari lahir . Semoga dengan bertambahnya usia sayang , maka bertambahlah usaha sayang untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik . Bila dah tambah umur ini juga , harap-harap bertambahlah juga ketaatan dan ketaqwaan dan jauh dari kemurkaan .Moga-moga , sayang abang ni boleh jadi isteri yang solehah , ibu yang mithali . Doktor yang beriman . Abang tak ada hadiah , tapi Allah bantu abang untuk realisasikan hajat sayang sembilan tahun lepas . Kira macam hadah jugalah eh”

Aku tersenyum .

“Hari-hari saya dapat hadiah . Hadiah berkongsi hidup dengan abang . Rasa bahagia dan selamat je bila abang ada dengan saya . Alhamdulilah , saya tak tau nak cakap macam mana lagi . Sangat-sangat terharu . Allah sahaja yang tahu apa perasaan saya sekarang . Terima kasih abang . Terima kasih ” , kain telekungnya basah dek mutiara jernih yang mengalir tanda syukur. Isteriku seorang yang cukup sensitif , mudah sahaja mengalirkan air mata .

Sangat terharu . Sayu .

Aku hanya sekadar tersenyum tanda syukur . Tahan punya tahan , maka ia mengalir juga . Kami sama-sama mengalirkan air mata kesyukuran atas nikmat ini dan atas doa kami yang telah Allah makbulkan .

Tiba-tiba , isteriku diam . Air matanya dikesat . Senyum manjanya di ukur kembali . Perutnya di gosok-gosok .

“Abang , yang dalam perut ni pula , Allah hadiahkan untuk abang . Abang dah nak jadi ayah , dan sayang dan nak jadi ibu  ”

Aku terdiam . Terkasima seketika . Alhamdulilah , itu perkataan pertama yang aku keluarkan dari kotak mulutku . Mengeletar seluruh tubuhku , hanya Allah sahaja tahu betapa gembiranya aku pada saat itu . Syukur.

Isteriku menambah , "Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih."

Sebelum pulang ke hotel , kami sempat melakukan solat sunnat hajat dan sujud syukur . Sewaktu perjalanan pulang , isteriku sempat lagi mengusik .

“Jal oh Jal . Sweet sungguh la suami saya . Romantik sungguh , ni yang saya sayang sangat ni ”